Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Saturday, September 29, 2007

Sekadar Peringatan - By Semut

Assalamualaikum...

Senario 1 : SP Stromberg

Imbas kembali detik2 kritikal sebelum serbuan BNM... Kita memang mendengar banyak berita2 gembira mengenai syarikat... Antaranya ialah majlis bersama presiden dimana saya dapat bersama dengan jailani dalam majlis yang diadakan di sg. besi pada 11 Julai 2007 yang antara isi kandungannya ialah:

1. Jika jai kene serbu dengan BNM, semua duit akan di transfer ke akaun my smart marketing sdn bhd (bukan BESB), dan kata beliau, syarikat ini sudah pun ade AJL... beliau sengaja pakai name JNSSB lagi pada ketika itu untuk suruh orang hentam JNSSB ataupun sebagai kambing hitam, apabila keadaan dah teruk sangat, beliau akan switch kepada My Smart Marketing... dan plan ini akan berjalan seperti biasa tanpa gangguan kerana sudah ada AJL...

2. Ada sepasang suami isteri yang nak masuk 100k, siap buat smayang istikharah di mekah lagi dan mereka dapat petunjuk yang berat ke arah nak masuk.. so, mereka pun labur lah 100k...


3. Dr. Jai cakap, name die dah kene blacklist di 11 buah jabatan kerajaan. jika beliau ditangkap dan disoal siasat, ahli2 tak perlu lah risau, teruskan perjuangan dengan pengarah2 lain... ini adalah kerana hanya beliau sahaja yang akan disiasat...


4. Kehadiran seorang bekas timbalan menteri (kalo tak silap) dan diberi duduk di atas pentas, sebelah cikgu izham.


5. Tayangan slide Hydrofuel, satu produk "kebanggaan" jai satu ketika dahulu berserta plan2 SSP... Kononnya sudah di peringkat akhir untuk dilancarkan, siap bawa contoh produk lagi... pastu, jemput AD ke kilang di banting lagi untuk majlis doa selamat pada minggu hadapannya..

Dan banyak lagi berita2 gembira yang disampaikan, untuk meyakinkan ahli untuk terus melabur.... Ramai ahli berkeyakinan penuh dengan jai selepas taklimat ini dan terus melabur dengan amount yang sangat banyak... belum pun sampai seminggu selepas majlis tersebut, BNM datang dan semua akaun kene freeze...Dimanakah janji2 manis tersebut??? dimanakah my smart marketing yang sudah ada AJL???


Senario 2 : SSP HFT

Maka, harini ini, seolah2 pisang hampir berbuah dua kali... sejarah berulang kembali... kita dikhabarkan dengan banyak berita2 gembira dari pihak syarikat... Lihat lah kenyataan berikut semasa taklimat jailani pada 17 Julai 2007:

1. BNM masih menyiasat JNSSB. InsyaAllah, jika tiada masalah, BNM akan unfreeze dlm bulan September 07. Jika bermasalah, BNM akan juga unfreeze tetapi dalam bulan Oktober 07. Kesimpulannya, kecairan adalah sesuatu yang dipastikan!

2.
HFT akan mula dipasang dalam bulan puasa untuk ahli pelan SSP dahulu.

Apabila anda menelefon HQ Jai di kuantan, mereka juga akan cakap duit akan unfreeze pada 17 Oktober 2007... Tak percaya, cuba lah call sendiri...

Ini pula apa yang saya ambil dari web sharudin, sms antara beliau dengan jailani:

Mr. Otai : Salam pjuangan dr,ape kabar?sy risau jika BESB pulak kene atack.sy xstop wpun m'dpt tknn.sy tau syrkt perlukan pejuang setia.dr yakin kita boleh pegi jauh?

Kpl(B) JJ : Jnssb bakal terkenal seluruh dunia.Insyaallah,buku yg ada kontravisi mahal harganya.Sama juga dgn jai.Skrg kita tahu siapa musuh kita,kita tapis hbs2an,kita cantas dahan2 pokok yg buruk,proses hidup semula sdg berlaku skrg,Jai ttp dgn perjuangan.Jgn takut dgn ugutan atau BNM,Mereka dah mula nk mengaku kalah,kita biarkan musuh melatah.K

Mr. Otai : Alhamdulillah,sy kagum dgn smgt Dr.makin ditekan,makin kuat.Sy teringin sgt nak tahu kaedah berniaga Yahudi yg Dr pakai.pd sy perkiraan mereka xsama dgn Dr.sebab itulah mereka xnmpk ape yg Dr nmpk.HFT kita lambt lg ke?

Kpl(B) JJ : Dlm bulan ini insyaallah

Ini pula apa yang saya ambil dari shoutbox sharudin dimana beliau menyatakan seperti berikut:

sharudin
: Jangan kecoh2.Ni komen sy,biar 'mereka' menang di laman cyber.Bg yg tak tahu apa2,jgn risau.Tunggu lps raya.Apa yg ada diinternet hanya utk halwa pembaca je.Baca boleh,pecaya jgn.InsyaAllah,kemenangan akan tiba...harap bersabar.

Ni pula saya ambil dari shoutbox alud:
cikgu pojie: smlm dapat sms drp abg din (adik dr.jai)...insyaAllah x lama lg semua kan berakhir dgn baik...Allahuakbar3x

Begitu banyak kan berita gembira yang kita terima dari pihak syarikat... Tarikh 15/10/2007 pun dah makin hampir untuk pelabur2 masukkan duit SSP HFT... Semakin dekat dengan tarikh ini, semakin banyak lah berita gembira yang bakal kita dengar, termasuk keyakinan duit akan unfreeze pada 17/10/2007... Walau bagaimanapun, hakikat sebenar hanya diketahui selepas tarikh tersebut...

Maka, berhati-hatilah, dan fikirkan sejenak, mahukah anda melabur dalam plan SSP HFT??? Sedangkan syarikat skang masih lagi berada dalam keadaan tenat??? Jangan terpengaruh dengan berita gembira dari pihak syarikat dan para talibarut mereka... sesungguhnya, ia adalah satu perangkap untuk melariskan SSP sahaja...

1 comments:

Anonymous said...

adoi,.......
ponat dah tggu ni..............................................
ape daaa...