Assalamualaikum wbt..
Kehadiran peserta ialah seramai 35 orang. Jadual agak padat iaitu bermula jam 9am hingga 11pm. Antara aturcara kursus ialah:
1) Bersama Dr Izham Nayan - mengulas dengan lebih terperinci salah satu modul di dalam JMC.
2) Bersama Abang Long Zuhri - penerangan tentang PEKIDA dan halatuju bersama JAI.
3) Bersama Master Adzmi - memberi gambaran keadaan semasa dan langkah seterusnya bersama Bisnes Efektif Sdn Bhd.
4) Bersama Ruzaidi (juara dunia silat a.k.a bodyguard Dr Jai)- merungkai rahsia seorang juara dengan menggunakan kaedah-kaedah yg diberikan oleh Dr Izham secara praktikal.
5) Aktiviti di pantai - modul dibawa oleh Dr Izham (ada berani??)
Antara isi penting:
Dr Izham:
- lupakan seketika masalah BNM. Minta ahli tumpukan kepada kursus.
- menggarap ilmu-ilmu tenaga dalam yg ada dalam setiap diri manusia (bukan batin)
Master Adzmi:
- Tiada paksaan dalam menyertai PEKIDA.
- Untuk orang yang baru ingin menyertai Bisnes Efektif Sdn Bhd dan ahli2 JAI:
1) Masuk Ahli BESB - menyertai Kursus Khas (RM 1k)
Jika ingin membeli SP Hydrofuel:
2) Menyertai SSP - Smart Synergy Plan a.k.a Kursus Hydrofuel (RM 5k)
3) Selepas menyertai SSP, barulah layak membuat SP Hydrofuel (RM 5k - 100k)
Keahlian BESB hanyalah dihadkan untuk 4000 org sahaja. 4000 org ini juga mestilah menyertai ketiga-tiga langkah di atas. Untuk 4001 seterusnya, mereka mestilah melalui 4000 org ini dan tidak terus ke syarikat.
Untuk mendapat kod Kursus Khas, setiap ahli perlu:
1) Mendaftar kursus RM 1k (dapat baju putih Hydrofuel dan keahlian PEKIDA)
2) Menghadiri kursus khas (sehari di Mermaid Inn)
3) Berbaiah (perjanjian dengan Allah dengan menjunjung al-quran)
Mengapa 4000 org sahaja?
- kerana JAI mahu melahirkan Jeneral-jeneral bukannya tentera di dalam BESB.
- mereka semua perlu melalui 3 perkara utk mendapat kod Kursus Khas
- perjanjian mereka dengan Allah, bukan JAI atau PEKIDA
- pengalaman dalam JNSSB (ramai yg dah sertai kursus asas dulu berjanji dan menangis2 kata akan berjuang tetapi bila tiba musibah begini, ramai yg berundur dan membiarkan syarikat -erti kata lain, datang kursus untuk 10% dan tembolok sendiri)
- 4000 ini akan membuka cawangan masing-masing kelak
- dengan 4000 ini syarikat akan berusaha mencapai matlamat membayar bonus+SP 100 juta sebulan
Bagaimana denga pelan-pelan di JNSSB?
- buat masa ini, kita akan bergerak dengan pelan di dalam BESB
- pelan di JNSSB ditangguh buat sementara waktu dan BESB akan menggunakan pelannya sendiri
- siasatan sedang dijalankan menyebabkan kita perlu memberi masa dan ruang kepada BNM & KPDNHEP
Bagaimana dengan AJL BESB?
- Master Adzmi akan berusaha mendapatkannya sendiri (tidak lagi menggunakan org tengah/consultant)
- Hanya pelan SSP dihantar kepada KPDNHEP untuk mendapatkan lesen AJL
- SSP sekarang dijalankan dalam bentuk Kursus Hydrofuel (RM 5k)
- Kita akan reveal pelan SSP sebenar sebaik sahaja mendapat AJL
Bagaimana seriusnya syarikat?
- Jika JAI main-main, maka tak perlu kita bergabung dengan PEKIDA
- Penaung PEKIDA Cwgn Bukit Bintang ialah Pegawai Khas PM, En Ahmad Zaki bin Zahid
- Dr Jailani akan mendapat watikah lantikan sebagai Ahli Kehormat Biro Ekonomi PEKIDA Cwgn Bukit Bintang pada 9/9/2007 di Hotel Royal Bintang
- Bengkel pemasangan Hydrofuel telah siap sepenuhnya di Kuantan dan menunggu 2000 stok hydrofuel untuk dipasang di kereta ahli SSP.
- JAI tidak pernah berdiam diri menunggu duit di unfreeze sebaliknya terus mencari jalan untuk memastikan semua perniagaan2 nya berjalan lancar.
Apa kita perlu lakukan?
- Bagi yang boleh & mampu untuk meneruskan perjuangan ini, dijemput untuk sama-sama di dalam 4000 org ini.
- Bagi yang tidak mampu, janganlah berputus asa berdoa agar duit kita segera di unfreezekan.
- Bagi yang masih ragu-ragu, tanyalah kepada orang yg lebih tahu serta dapatkan sumber yg tepat atas org yg ikhlas.
- Bagi yang berhasad dengki, hentikanlah kerana Allah Maha Mengetahui.
- Bagi yang mencari kebenaran, hadirlah ke perjumpaan JAI dan kursusnya agar tuan dapat mendengar dan melihat dengan telinga mata sendiri (bukannya dari sumber-sumber di atas angin atau di dalam internet).
Sekian, laporan Kursus Khas yang pertama di Mermaid Inn, Cherating.
Sumber:
http://h1.topix.net/forum/world/brunei/TG7NOG109ORDSN6L2/p131#lastPost
.
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Sunday, September 9, 2007
Sedikit Update Dari Kuantan pada 8 Sept 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Bleh caye ker pasal HFT tu???
Post a Comment