Assalamualaikum..
Ramadhan yang sejuk tahun ni membuatkan aku lebih terpikir tentang nasib2 mereka2 yg telah 'melabur' duit dlm bisnes si Jai (haprak) ni...
Apa lah yang nak jadi pada yg telah buat loan dengan bank, dengan sedara mara, adik beradik, tai yi long (ah long) dan jugak majikan...
Ada yg cerita dia dah nak kawin hujung tahun ni, ada yg kata dah pinjam duit dari adik beradik dan mcm2 cerita lagi.Dan pada pandangan aku semua nya malang.
Tak kira korang bakal dapat duit tu ataupun tidak di masa depan, yang nyatanya, duit yg di janjikan tu telah pun tertangguh..
AKu terpanggil untuk menyiasat tng biznes si Jai ni di sebuah forum tempatan, bila ada beberapa forumers yg meminta pandangan aku untuk mengkaji samada bisnes si Jai ni 'boleh' atau 'tak boleh'.
Jangan salah sangka, aku bukan tukang tilik atau tukang ramal atau ahlil nujum, tapi kajian aku adalah bersifat dari 'sudut bisnes' sahaja.
Mudah sahaja untuk mengkaji bisnes Jai ni , iaiatu, mereka meng claim kan diri mereka sebagai trading company serta sole distributor untuk sebuah alat penjimat minyak Stromberg (SFS) yg di katakan telah di pasarkan di 56 buah negara Asia...
so, kajian aku bermula daripada alat SFS tersebut...
since aku tak dapat exact figure, berapa banyak yg telah si Jai ni jual kepada 56 buah negara tersebut, maka, aku telah mengunakan figure ilustrasi, iaitu sesuatu yang aku suka buat di masa lapang untuk bisnes2 yg aku diminta untuk menjadi penasihat.
Aku juga tak tahu berapa angka 'pelaburan' yg telah masuk pada day 1 si Jai ni business, tapi seperti apa yg kebanyakan bisnes man selalau buat untuk merangka proposal ataupun biz plan, aku akan mula mengira break even (pulang modal) bagi setiap bulan, dan break even itu akan di bahagikan dengan berapa unit produk (dlm kes Jai ni- SFS) di jual setiap bulan.
Secara mudahnya, mengunakan variables, formula pengiraan adalah begini:
a) Jumlah perbelanjaan sebulan / unit SFs perlu di jual untuk break even = Tahap break even
- bermaksud, katakan jumlah perbelanjaan company si Jai ni kira2 dlm RM 3 juta sebulan (termasuk kos operasi,kos import export, overhead lain2, serta jumlah yg nak di bayar untuk SP).
Jadi, jumlah tu akan di bahagikan pulak dengan : berapa banyak SFS yg perlu di jual setiap bulan untuk cover kan perbelanjaan tersebut. Ini belum kira untung lagi, baru kir apulang modal
- So, katakan untuk cover balik RM3 juta sebulan tu, (break even level), si Jai ni perlu jual lebih dari 200,000 unit SFS, jadi, adakah betul company si Jai ni jual banyak tu setiap bulan?
Dan itulah yang aku duk tanya pada promoter tegar (pengebom berani mati) dlm forum yg aku join tu, iaiatu, berapa banyak unit yg telah di jual..
Walaupun aku bertanya tu adalah bagi pihak orang2 yg telah minta nasihat aku, tapi, masa tu, soalan tu sepatutnya juga sudah timbul pada promoter2 tersebut, iaiatu, keraguan tentang jualan SFS ke 56 buah negara.
Dan tahukah korang apa yg diorang reply balik?
" kami yakin dengan company, dan kalau nak tahu sgt, kau pergi lah tanya sendiri Dr. Jai tu.."
(maksudnya aku kena spend RM500 untuk pergi kursus dan tanya sendiri pada Dr. Jai..- yeah, Right! :P )
Tambahan lagi pulak lame excuse Jai pasal perlu duit SP ni untik beli secara cash dari Stromberg Africa juga menimbulkan keraguan, iaiatu seperti yg aku tulis kat dlm calculation post aku tempohari, kalau dah stok melebihi paras yang diperlukan nak buat apa order lagi stok baru?
Maksud aku, duit yg diminta untuk SP tu adalah untuk beli SFS dari Africa, ini bermakna, setiap orang yg keluarkan duit untuk aqad tu adalah buyers untuk SFS sebanyak mana yg dia keluar duit. Dan kalau ikut logic nya duit yg ada kat SP tu, aku tak tau le berapa banyak SFS yg dah diorang beli..
(ingat satu set baru USD$18 je! duit SP tu ada berapa banyak? )
Even kalau tolak mark up price yg si Jai ni dapat (USD$18 - RM 500= untung diorang), SFS tu mesti ada berjuta unit dlm stok diorang skrg ni ataupun kat agent yg di katakan ada kat '56' buat negara tu..
By the way, cashflow results setiap bulan tu memang negatif,bermakna, memang diorang tak boleh nak capai pun break even level kalau bergantung pada jualan SFS, yg menimbulkan satu soalan (yg dah encik Semut bagi jawapan), iaiatu "Mana diorang dapat duit nak bayar balik SP kalau takde buat jualan"
Otak ada kan? pikir2 lah..
Aku nak sentuh lagi satu bab mengenai 'kurapsi' yg berlaku kat bisnes Jai ni sebelum aku masuk ke bahagian undang2.
Ramai ahli tegar Jai yg buta mata serta hatinya selalu berkata :
"kalau Jai nak tipu buat apa dia beli asset tetap? beli hotel lah, beli itu lah inilah.. (duhh whatever..)"
Jawapan dia simple je :
Sebab Jai ingat dia boleh bisnes cara ni dlm jangkamasa yg lama, dan dia tak pernah plan pun untuk fail...
Aku bagi jawapan ni, sebab, apa yg aku nampak, Jai cuba guna konsep Bank Islam, yg menawarkan pinjaman jenis pembelian tertangguh.
So, pada hemat Jai, kalau bank boleh buat, apsal dia takleh buat pulak?
Camouflage (samaran) bagi pelan si Jai ni adalah pada produk SFS tersebut, iaiatu, sesuatu yg membezakan nya dgn skim pak man telo. Ini sebab, dia boleh claim yg dia ada produk..
Jadi, bila siasatan mula di buat, perkara yg mungkin lah BNM akan siasat , (ini fantasi aku sahaja..)
"Mana bukti jualan yg di katakan kat 56 buah negara tu? "
Senang kan kalau nak kaitkan Jai ni dgn skim cepat kaya, kalau diorang berani claim duit tu hasil jualan SFS?
Tapi apa2 pun kita tunggu lah BNM punya siasatan..
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Bab tindakan undang2:
Terkejut aku bila korang kata ramai yg tak dapat lagi borang aqad yg dah di seal tu! Biar betul? aku ingatkan dapat dah!
Itulah insurans korang sebenarnya. Tapi berapa ramai yg dah dapat balik borang aqad tu ye?
Kira promoter2 tegar yg kata bisnes Jai ni ada aqad tu mcm 'sembang dgn taik' je lah bila diorang promote yg Jai ni islamic sikit sebab ada aqd semua tu.. meman g betul2 korang sembang taik lah..
Tapi takpe, aku ada solution:
Since diorang kata borang aqad tu ada kat BNM sebab siasatan , dan tak sempat nak bagi balik poada korang (walaupun siasaan tu lepas beberapa bulan borang tu di tandatangani). Ini saranan aku:
Korang pakat ramai2, dan jumpa si Jai atau sesiapa y bertanggungjawab, dan buat semula perjanjian tersebut, maksud aku:
"Korang buat perjanjian beraqad yg bersain yg baru dengan Jai ni.."
make sure korang boleh buktikan jumlah yg korang bayar dahulu ataupun baki yg masih belum dapat lagi..
Bila dah dapat perjanjian baru tu, tak reti-reti lagi ke?
P/s: kalau diorang (Jai) taknak sign, korang sepak je ponggong je dia..sapa suruh awal2 dulu taknak bagi borang tu (masa takde problem..)
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Sunday, September 16, 2007
Lagi cadangan tindakan undang2..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
satu idea yang bagus... hmmm...
korang dapat baca apa yg ditulis dalam website sharudin pasal panggilan ahli2 jai oleh BNM?
Post a Comment