Aku ingin membawa korang semua untuk berfikir sejenak. Gunakanlah akal fikiran anugerah Allah s.w.t dengan sebaik-baiknya...
1. Yakinkah Korang acc akan dicairkan pada 17/10/2007 oleh BNM sedangkan pada minggu hadapan pihak penyiasat BNM akan mengambil lagi keterangan dari ahli JNSSB di Seremban.(Terbukti siasatan masih belum selesai)
2. Yakinkah Korang sekiranya acc syarikat dicairkan pada 17/10/2007, korang akan dibayar SP pada 18/10/2007??? Lupakah korang akan kenyataan master zemi tentang 2 lori dokumen yang perlu disusun semula memerlukan sekurang-kurangnya 2 bulan untuk dikemaskini. Ini bermakna paling awal akan dibayar ialah pada Januari 2008.
3. Yakinkah Korang bahawa syarikat akan dapat Lesen AJL??? Sedangkan Bisnes Efektif Sdn. Bhd. hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM2. Lagipun menurut makhluk halus, tiada sebarang permohonan yang telah dibuat di KPDN&HEP oleh BESB. Cubalah korang selidik skit. Ringan-ringankanlah tangan tuh tepon ker??? Pandai-pandailah cari maklumat....
4. Yakinkah Korang bahawa produk Hydrofuel akan dipasang pada bulan puasa ini??? Sedangkan bulan Ramadhan pun dah nak berakhir tak lama lagi dan jurutera yang ada di bengkel kebanggaan JNSSB di Semambu hanyalah Pak Guard sahaja!!!
5. Yakinkah Korang Kpl JJ memang sudah bersedia untuk membayar SP tertangguh pada 18/10/2007 sedangkan sepatutnya Kpl JJ master zemi sudah berada di pejabat JNSSB di Kuantan. Skang dah masuk hari yang keberapa dah??? Dah lebih 70 hari. Takkan duk entertain lagi kot??? Habisss duit SP ahli-ahli JNSSB!!!
DAN YANG PENTING,ADAKAH KORANG YAKIN KPL (B) JAILANI JABAR AKAN BERADA DIKUANTAN DIKUANTAN PADA 18/10/2007 menunggu kedatangan korang semua dengan penuh senyumannya!!!
INI PALING PENTING!!! Dengan jumlah wang yang telah dibekukan oleh BNM dalam lingkungan RM20 JUTA. Yakinkah korang ianya dapat menyelesaikan semua bayaran bonus & komisyen yang tertangguh!!! Kiralah sendiri. Acc yang terlibat telah diberi figure nya pun.
Cuma satu yang ku pinta Cikgu Idzham, bersedialah menerima terkaman ahli-ahli JNSSB pada 18/10/2007 kerana Cikgu telah meyakinkan & menjanjikan kepada mereka (ahli-ahli JNSSB) di setiap BOM yang dibuat samada di Sg. Buloh, Tasik Raban Kuala Kangsar, Melaka, JB dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya bahawa JNSSB akan membayar SP pada tarikh tersebut... Tapi tak perlu bimbang kerana cikgu akan dilindungi oleh 5 serikandi yang turut sama mempertahankan cikgu nanti.
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Saturday, September 29, 2007
YAKINKAH KORANG AHLI-AHLI JNSSB??? - By otaibnm
Labels: otaibnm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Soal Yakin ker tidak sebenarnya no answer dalam kes ni.....Tapi camner caranya utk dapat balik modal yang telah dilaburkan! Yang penting apa statement JAI nanti! Yang terbaik pada masa ni ialah jgn invovle apa-apa dalam bisnes JAI .......
aku rasa cam tau apa alasan dia nak bg bila tiba hari penentuan tuh .. mesti dia kata time raya, maklumlah 18/10 tuh hari ke 6 raya ..masing2 bz lagik kat kampung ... so akan terlengah lagi lah benda nih ..huk huk..
saya dah called BNM pagi tadi. JAI akan didakwa di mahkamah kerana sabit kesalahan under section 25 (1). bukti2 pun BNM ada. Pegawai terbabit kata, siasatan masih belum berakhir. Bila dah berakhir, kes mahkamah pula. Kes mahkamah bukan ambil masa 1 atau 2 hari, tapi berbulan, bertahun mungkin. dan org2 yg invest dalam JAI ni takde insurans. Most of the case BNM akan rampas semua duit terbabit jika sabit kesalahan. meaning.. dont hope that we will get back the money.. chances is very2 low. cuma satu je yg kita dapat.. pengajaran .. rezeki tu takkan dtg dengan senang.. Allah akan memberi jika umatnya berusaha dan disertakan dengan doa pada-NYA
amin - Marcello
Post a Comment