Akum...
Aku kembali lagi... Tapi bukan lagi untuk menyatakan & mengupas 5 pertuduhan yang telah pun dikeluarkan oleh Bank Negara pada hari Isnin yang baru ni 17 September 2007. Tapi untuk membuktikan kepada pengunjung-pengunjung setia CG yang dihormati tentang kebenaran akan penulisan saya semalam yang bertajuk 'Duit dipunggah dengan Effektifnya' di pages 1009.
Hari ini 19 September 2007, tersebarnya dengan luas satu msg drpd Master Zemi kepada semua para leader & PEJUANG JAI yang SEJATI. Msgnya berbunyi:-
Salam, maklumat penting. Tlg hentikan dulu kemasukan duit ke semua akaun bisnes efektif buat sementara waktu, utk mengelakkan dari disiasat oleh bnm. Hanya bayaran secara cash sahaja diterima sementara waktu ini. Harap maklum. Adzmi.
Apakah motif msg diatas??? Ini menunjukkan modus operandi yang dijalankan oleh Bisnes Efektif adalah menyalahi undang-undang negara. Nampaknya, tak serik-serik jugak walaupun menyedari kesalahan yang telah dan sedang dilakukan oleh Bisnes Efektif iaitu mengambil duit orang ramai. Diingatkan sekali lagi bahawa Bisnes Efektif TIADA LESEN AJL dan TIADA PRODUK!!! Syarikat Takut nak suruh PEJUANG SEJATINYA bank in kan duit, tapi masih menyuruh PEJUANGNYA menghantar cash money ke Kuantan. Nak mengaburi pihak Bank Negara ker?? Tahu tak kesan pertuduhan BAFIA & AMLA ni!!! Adakah pihak Bisnes Efektif betul-betul nak mencabar kredibiliti pihak Bank Negara Malaysia dan KPDN&HEP???
Nampaknya, forum CG ini sebenarnya sentiasa diikuti oleh pihak-pihak yang berkenaan. Termasuklah Kpl JJ sendiri walaupun melalui orang pertengahan (Iyelah, nak on PC pun mintak tolong org) dan Master Zemi sendiri serta mereka-mereka yang sewaktu dengannya....
Sebenarnya pengunjung-pengunjung yang dihormati...
MAster Zemi fikir dia boleh terlepas dari segala permasalahan dan pertuduhan yang akan dikenakan keatasnya. Kita sedia maklum bahawa Master zemi seorang yang MUFLIS. Tapi master perlu ingat bahawa master adalah MD bagi JNSSB. Kpl JJ pun dah ader perangkap untuk master. Tungguuu...
Kita juga sedia maklum bahawa segala permasalahan yang timbul pada Bisnes Efektif, Orang yang akan bertanggungjawab ialah Pn Airani (wife master) dan Pn Rosiah (wife Din). Kpl JJ fikir dia selamat lagi.. Tunggu yer 'kek' untuk Kpl JJ!!!
Sedikit berita tentang acc HLB Bisnes Efektif. Skang tinggal RM120,000 sahaja setelah pada 14 September 2007 dikeluarkan sebanyak RM500,000 dan yang terbaru adalah sebanyak RM400,000. Punggah.... punggah cepat-cepat. BNM tak nampak??? Hehehhe....
Sekarang.. penilaian terletak ditangan masing-masing. Gunakanlah anugerah akal dengan sebaik-baiknya.... Saya percaya bahawa pengunjung-pengunjung CG ini adalah orang-orang yang hebat dari pelbagai bidang dan cabang.. Renung-renungkanlah...
p/s: En. Hafiz Bagai Wangsa, Trip ke Labuan dah Penuh ker??? Mesti master zemi duk seat depan skali...
Arif kat Maxis pun menghilangkan diri hari ni. Hehehe..
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Wednesday, September 19, 2007
Terang Lagi Bersuluh - By otaibnm
Labels: otaibnm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hai saya nk tanyer ni buat otai bnm and others otai2 ni sbb saya dpt tau dr memember...diorg kate kalo kite x buat tuntutan duit kite dalam tempoh 3 bln ni duit tu akan jadi hak kerajaan???jadi betul ke x info ni??kalo betul nampaknye ahli mmg kene buat something la....
Bro otaibnm,
Boleh cite x apa 5 pertuduhan tu?
nanti die akan ceritakan...
tungguuuuuuu...
Post a Comment