Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Saturday, November 10, 2007

Guideline Untuk Membuat Laporan Polis

FASA PERTAMA - LAPORAN POLIS (TRANSAKSI JUAL BELI STROMBERG MENERUSI SMART PARTNERSHIP):

  • Ingat semula sekurang-kurangnya tempat tuan/puan menandatangani borang akad dan S&P untuk menyertai Smart Partnership.
  • Cari atau minta dengan upline/ pengenal tuan/puan salinan borang akad yang disertakan dengan salinan kemasukan wang ke akaun syarikat.
  • Pergi ke mana-mana balai polis yang berdekatan dengan tempat tuan/puan menandatangani borang akad dan S&P tersebut untuk memfailkan laporan polis (lebih baik sekiranya tuan/puan pergi ke IPD berdekatan kerana memudahkan proses pengambilan kenyataan kemudiannya oleh pihak JSJ Komersial).
  • PENTING: Adalah penting untuk tuan/puan menghubungi pengenal tuan/puan sebelum laporan polis dibuat lagi kerana nama mereka akan turut disabitkan dalam laporan tersebut.

  • Contoh laporan yang boleh dibuat:

Pada (haribulan yang terdapat pada borang akad tersebut) jam lebih kurang (anggaran waktu menandatangani borang akad) saya ada membuat satu perjanjian jual beli dengan syarikat Bagai Wangsa Sdn Bhd dan Jai Network Systems Sdn Bhd yang diwakili oleh (nama pengenal tuan/puan beserta no K/P). Perjanjian ini dibuat di (tempat tuan/puan bertemu dengan pengenal tuan/puan). Dalam perjanjian tersebut, pihak syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd dikehendaki membayar secara ansuran bulanan selama 8 bulan sebanyak RMxxx.xx* setiap bulan. Bayaran bermula (tarikh sepatutnya mula mendapat bayaran) sehingga (tarikh sepatutnya mendapat bayaran terakhir). Pihak syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd telah membuat bayaran sebanyak x kali*. Tetapi sehingga hari ini, pihak syarikat masih belum menjelaskan baki bayaran selama x bulan* sebanyak RMxxx.xx*. Saya telah menghubungi (nama pengenal tuan/puan) dan beliau meminta saya menghubungi pengarah syarikat En Jailani bin Jabar di Kuantan, Pahang kerana urusan kewangan hanya dikendalikan oleh pihak syarikat. Saya telah menghubungi pengarah syarikat tersebut beberapa kali tetapi gagal. Saya percaya telah ditipu oleh pihak syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd. Sekian laporan saya.

*bergantung kepada kes masing-masing

FASA KEDUA – KETERANGAN MANGSA (TRANSAKSI JUAL BELI STROMBERG MENERUSI SMART PARTNERSHIP):

  • Sesudah tuan/puan membuat laporan polis, pihak polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersial akan mengambil keterangan tuan/puan.
  • Proses ini merupakan proses yang kritikal kerana sebarang kenyataan tuan/puan boleh dijadikan hujah mahkamah (sama ada terhadap tertuduh atau terhadap tuan/puan sendiri) di kemudian hari. Keterangan yang didapati salah atau didapati bercanggah atau didapati direka boleh menyebabkan tuan/puan akan didakwa memberi keterangan palsu.
  • PENTING: Adalah penting untuk tuan/puan menghubungi pengenal tuan/puan sebelum laporan polis dibuat lagi kerana nama mereka akan turut disabitkan dalam laporan tersebut.
  • Pastikan keterangan yang tuan/puan akan berikan nanti sah, tulen dan sepatutnya menyamai keterangan pengenal tuan/puan nanti.
  • Sila bawa salinan borang akad, keratan akhbar Harian Metro bertajuk JNSSB wakil Stromberg, sebarang bukti berupa kertas iklan, cetakan slaid pembentangan rancangan perniagaan Smart Partnership dan sebagainya (hanya yang berkaitan dengan Smart Partnership sahaja) sebelum menghadiri sesi memberi keterangan polis (sebaik-baiknya sewaktu menghadiri sesi membuat laporan polis).
  • PENTING: Pastikan tuan/puan hanya menjawab soalan yang faktanya diketahui secara jelas oleh tuan/puan. Jawablah “Saya tidak pasti” atau “Saya tidak tahu” sekiranya jawapan terhadap soalan yang dikemukakan TIDAK DIKETAHUI SECARA JELAS.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  • Contoh soalan akan ditanya dan jawapan yang boleh dijawab:

  • Terangkan laporan yang tuan/puan telah buat?

Pada (haribulan yang terdapat pada borang akad tersebut) jam lebih kurang (anggaran waktu menandatangani borang akad) saya ada membuat satu perjanjian jual beli dengan syarikat Bagai Wangsa Sdn Bhd dan Jai Network Systems Sdn Bhd yang diwakili oleh (nama pengenal tuan/puan beserta no K/P). Perjanjian ini dibuat di (tempat tuan/puan bertemu dengan pengenal tuan/puan). Dalam perjanjian tersebut, pihak syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd dikehendaki membayar secara ansuran bulanan selama 8 bulan sebanyak RMxxx.xx* setiap bulan. Bayaran bermula (tarikh sepatutnya mula mendapat bayaran) sehingga (tarikh sepatutnya mendapat bayaran terakhir). Pihak syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd telah membuat bayaran sebanyak x kali*. Tetapi sehingga hari ini, pihak syarikat masih belum menjelaskan baki bayaran selama x bulan* sebanyak RMxxx.xx*. Saya telah menghubungi (nama pengenal tuan/puan) dan beliau meminta saya menghubungi pengarah syarikat En Jailani bin Jabar di Kuantan, Pahang kerana urusan kewangan hanya dikendalikan oleh pihak syarikat. Saya telah menghubungi pengarah syarikat tersebut beberapa kali tetapi gagal. Saya percaya telah ditipu oleh pihak syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd. Sekian laporan saya.

  • Terangkan secara jelas transaksi jual beli tersebut?

Saya membeli alat penjimatan petrol berjenama Stromberg sebanyak x set daripada syarikat Bagai Wangsa Sdn Bhd yang diwakili oleh (nama pengenal) dengan harga RM250 satu set. Saya menjual semula alat tersebut sebanyak x set kepada syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd yang turut diwakili oleh (nama pengenal) dengan harga RM500 satu set. Pengenal tidak menguruskan proses penyerahan produk dan saya tidak perlu menerima produk tersebut kerana produk akan diserahkan secara terus kepada Jai Network Systems Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ini merupakan anak syarikat JAI NETWORK HOLDINGS SDN BHD yang diketuai oleh Dr Jailani bin Jabar. Saya hanya perlu membayar jumlah pembelian saya RMxxx.xx beserta RM20.00 untuk kos matikan setem perjanjian jual beli. Proses pembayaran adalah secara bank in kepada (nama akaun dan no. akaun tertakluk kepada resit bank in pada borang akad tuan puan – sama ada Jai Network Systems Sdn Bhd, Bagai Wangsa Sdn Bhd, Jailani bin Jabar, Mazuki bin Jusoh dsb). Keuntungan akan dibayar secara terus oleh syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd ke dalam akaun saya di bank (nama bank dan no akaun tertakluk kepada bank yang dicatatkan dalam borang akad tuan/puan). Syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd perlu membayar kepada saya secara ansuran selama 8 bulan sebanyak RMxxx.xx setiap bulan. Saya telah menerima bayaran sebanyak RMxxx.xx bagi bulan (nyatakan bulan yang telah diterima bayaran) tetapi tidak mendapat bayaran sebanyak RMxxx.xx untuk bulan (nyatakan bulan yang tidak mendapat bayaran). Saya telah menghubungi pengenal saya tetapi beliau meminta saya menghubungi pengarah syarikat Dr Jailani bin Jabar di no. telefon 019-9468185 atau no. telefon pejabat 09-5602280 kerana urusan kewangan hanya diuruskan oleh pihak syarikat. Saya telah menghubungi beberapa kali tetapi gagal menghubungi beliau sehingga sekarang.

(Bagi sesiapa yang pernah ke pejabat di Kuantan, pernah bertemu Dr Jailani boleh tambah kenyataan berikut): Sebelum masalah pembayaran ini berlaku, saya pernah bertemu Dr Jailani bin Jabar beberapa kali di pejabat Jai Network Holdings Sdn Bhd, Jalan Beserah, Kuantan, Pahang.

  • Adakah tuan masih dapat menghubungi pengenal tuan?

Ya, sehingga sekarang.

  • Adakah produk telah diterima oleh syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd?

Saya tidak tahu.

  • Apakah tujuan laporan polis ini dibuat dan apakah kerugian yang tuan alami?

Tujuan saya membuat laporan polis untuk mendapatkan hak saya sebanyak RMxxx.xx yang masih belum dibayar oleh pihak syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd. Saya juga mahu mendapatkan penjelasan rasmi syarikat berkenaan masalah pembayaran ini. Kerugian yang saya alami sebanyak RMxxx.xx bagi x bulan penangguhan pembayaran sejak bulan Ogos 2007.

  • Ada apa-apa penambahan keterangan lagi?

Tidak. (Jangan terlalu leka bercakap kerana kenyataan tuan/puan boleh digunakan terhadap tuan/puan sekiranya fakta yang diberikan didapati salah atau didapati rekaan).

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  • Tuan/puan akan diminta membaca semula kenyataan yang telah ditaip sebelum dicetak dan disahkan oleh tuan/puan.
  • PENTING: Pastikan kenyataan tuan/puan yang ditaip selari dengan apa yang tuan/puan katakan. Tuan/puan perlu diberikan peluang untuk menyemak kenyataan yang telah dirakam. Sila semak sebelum kenyataan dicetak.
  • PENTING: Tuan/puan tidak dibenarkan membawa keluar kenyataan tersebut tetapi tuan/puan boleh menyalin menggunakan sehelai kertas dengan menggunakan sebatang pensil sepanjang proses kenyataan diambil. Tindakan menyalin point yang tuan jawab sangat penting untuk mengelakkan percanggahan kenyataan di kemudian hari.
__________________________________________________________________

Setelah anda membuat report nanti, boleh lah anda memberikan feedback di ruangan "comments" di bawah ini bagi membantu ahli2 lain untuk membuat report...

.

2 comments:

Anonymous said...

Jom... sape yang dok area KL?

Anonymous said...

sapa yang dok area kl kalau nak pegi tu let me know le...i nak ikut sekali...call me at 0162545005