Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Tuesday, November 20, 2007

Update dari semut

Ini adalah ape yang aku tulis selepas aku balik dari kuantan...

Perjumpaan semalam lain dari yang aku harapkan... seperti yang aku beritahu, memang die akan buat alasan2 lain untuk tidak bayar duit, dan dia akan perkenalkan lawyer untuk tujuan menyaman BNM... Ini memang dah dijangka...

Cuma, aku jangka, dengan pertanyaan yang agak kontraversi dari saudara "tokanvcd"(menantu kepada ayahnda PEKIDA), suasana semakin hangat, tapi perkara sebaliknya berlaku... begitu juga pertanyaan dari orang lain yang bersifat pro pembangkang, termasuk dari kak jamilah, semua hujah dimatikan dengan sorakkan gemuruh dari lebih kurang 80% ahli2 yang hadir...

seorang pak cik yang duduk sebelah aku lansung tidak memberikan reaksi, tetapi dari riyak muka, dia seakan2 menangis didalam hati, beliau kelihatan sebak...

selebihnya hanyalah orang2 yang bercakap mengikut skrip sahaja, terutamanya seorang makcik yang tiba2 datang memberikan kuliah maghrib sambil bersyair... kemudian disertai sorakan dan tepukan gemuruh dari penyokong jai... terlalu ramai talam dua muka, depan cakap lain, blakang cakap lain...

Dengan keadaan ini, maka, plan yang seterusnya tidak dapat dilaksanakan... Sungguh aku tak sangka korang nih, duit sangkut beribu2, tapi pegi kuantan sekejap pun tak mahu.... hanya tahu memintak2 dalam forum ni sahaja...

Duit SSP bulan ni tak leh bayar sebab digunakan untuk bayar lawyer.... takkan nak bayar lawyer sampai 30 juta kot??? camner haritu seorang bekas tahanan ISA boleh menyaman kerajaan??? brape juta die abis bayar lawyer??? banyak btul duit die ni...

seronok ye kau menghina Yang dipertuan Agong ye??? sampai siap cakap kepala bapak agung lagi...

seronok ye kau menghina PEKIDA Bukit bintang??? InsyaAllah, rakaman penghinaan tersebut akan dihantar personally kepada ayahnda PEKIDA bukit bintang oleh kura...

seronok ye ko mengaku berkaraoke, berdondang sayang kat kelab2 dan pub kerana itu katanya cara kau untuk menyelesaikan masalah ini...

seronok ye kau mengaku bahawa duit memang terbeku sebanyak 20juta, walaupun kau menafikan sekeras2 nya sebelum ni...

seronok ye kau cakap nak ludah orang yang meminta duit mereka balik...

seronok ye kau yang dah mengaku pergi disko melaknat orang...

Seronok ye kau cakap jangan selidik dalam2, cukup hanya percaya kat ko jer...

seronok ye kau diampu oleh seorang ustazah tadika dengan syair dan hadis untuk bersatu dengan kau, aku harap die tak maksudkan untuk bersatu di disko...

seronok ye kau mengaku yang kompeni jai network ni kau punye sorang je...

seronok ye kau kerana penyokong kau masih ramai...

Ramai jugak yang dah kenal kura di majlis tersebut, tapi diorang masih tercari2 siapa semut... sebab hampir semua tahu aku n kura ade dalam majlis tersebut... Aku tetap anonymous... identiti aku takkan aku dedahkan...

Satu lagi, buat ape aku nak sambung berforum, sebab sekian lama aku cuba menyedarkan tentang perkara ini, hasilnya 80% tepukan gemuruh dan sorakkan adalah dari orang yang masih pro jai... kalau awal2 dulu aku masuk forum ni sebagai guest untuk tahu ape2 info terbaru, tetapi skang ni, info yang aku dapat secara offline lagi banyak dan lagi cepat daripada yang ditulis di internet...

Aku rase aku dah buat yang terbaik, guideline report dah pun disediakan, korang tak nak buat report, dok takut itu dan ini, terpulanglah kepada korang semua... aku tak kisah pun... selebihnya, hanya masa sahaja yang bakal menentukan yang mana salah dan betul... korang nak pegi melabur dalam SSP tu pun pergi lah, sebab akhir tahun ni korang dijanjikan akan dapat berita gembira oleh peguam india tu... itu duit korang, korang buat lah ape yang korang suka... tak kacau duit aku pun...

Korang kene ingat, nak dapat duit balik memang hampir dah takde harapan... Satu2 nya cara hanya mengambil duit tu secara "paksa" sahaja dan ini yang telah di plan smalam tetapi gagal kerana 80% yang datang adalah geng pro-jai...

Aku bukannye nak jadi hero dan sebagainya... aku hanya buat kerana aku rase bertanggung jawab sahaja... blog aku tu adalah sebagai update kepada downline aku dan semua downline2 orang lain yang diabaikan oleh upline... tapi, tak yah nak cakap update la, buat korang mengharap jer, duit tu dah burn, yang ade hanya janji2 manis dari jai saja...

Aku pun bukan invest berjuta2 dalam jai, bukan ade beratus2 downline... Aku hanya masuk JNSSB 4 bulan sebelum akaun kene freeze, tetapi pelaburan aku yang terbesar ialah pada bulan 7 dmana akaun dibekukan pada bulan tersebut... Jumlah kerugian aku hanya kira2 40k sahaja... downline aku pun tak sampai 10 orang... Mana leader2 lama??? Mentang2 dah kenyang, dok senyap jer.... Sume pertanyaan downline akan di divert kepada web bluster @ sharudin, agar downline tak memberontak kerana ada banyak berita gembira disitu... upline aku pun same jer walaupun dah gi JMC, kononnya leader2 Jai network lah tu.... bila dah jadi camni, terus ambil sikap lepas tangan, tak penah pun die update aku dengan perkembangan terkini....

kepada yang lain, selamat berforum dan meminta2 agar duit dikembalikan didalam forum ni tanpa berbuat apa2...

Good Luck
!

0 comments: