Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut

*cikgureza bukan pelabur

Friday, December 7, 2007

TAMAT - by semut

Assalamualaikum...

Masih lagi ada suara2 yang mengajak untuk bersatu, memberi cadangan dan sebagainya... Inilah typical pelabur Jai Network, hanya tahu bagi cadangan sahaja, tapi tak tahu camner nak execute... Ajak pergi mermaid haritu pun tak nak walaupun duit beribu2 hangus... Pada aku, tak payah la nak cakap mari bersatu, pembangkang, pro, tegar, anti dan sebagainya.... semua dah terlambat.... Kita semua ahli2 JNSSB dah "kalah perang".... Yang pro, yang bangkang, sume dah kehilangan wang pelaburan kerana sikap tidak mahu bersatu sejak awal2 dulu...

Lagipun hanya tak sampai 200 dari 25,000 orang yang masih bersemangat dan bagi komitmen serta proaktif untuk mendapat duit balik (tak sampai 1%)... itu pun senarai pada beberapa minggu lepas, iaitu yang sanggup ke mermaid.... sekarang ni berapa tinggal???? Aku pun dah malas nak layan bende ni, baik aku tumpukan kpd career aku... korang buat lah ape yang korang rase terbaik...

Bekas pengarah lain dah lama hilang.... watak utama yang timbul di dunia cyber pun dah hilang.... sape lagi yang tiggal???

Skang ni cerita jai sudah pun tamat.... tak payah lah nak beri cadangan "mari bersatu", kita buat tu, kita buat ni, bertanyakan mana semut, mana sharudin, mana Dr. M, mana Dr. Izham??? sebab semua dah terlambat... cerita dah tamat... sesiapa yang masih sambung berforum, bercerita dan sebagainya tu boleh lah dianggap sebagai sedang mengulas dan memberi pendapat pasal cerita ini...

Report polis ker, lantik lawyer saman jai ker, semua takkan menjamin duit kita balik.... sebabnya duit tu dah pun secure kat tempat lain... harta2 juga sudah ditukar ke nama proxy... Kalau saman pun tak dapat apa2, jai dah takde harta... Kepada yang masih mengharap, masih berdoa dan bersabar tu... hmmm... no komen la... aku rase yang jenis tak nak usaha dan hanya nak berdoa jer ni, aku cadangkan korang doa supaya bila bangun besok, ade 3 guni emas terpacak dalam bilik tidur korang... lagi best...

Seperti yang aku jangkakan, skang ni kes ni sudah pun sejuk dan ia semakin sejuk saban hari.... Tak lama lagi, ia bakal dilupakan sebagai sejarah hitam untuk setiap pelabur, sepertimana bekas2 pelabur Pak Man Telo satu ketika dulu...

Ending dia tetap sama, pelabur tetap takkan dapat balik wang pelaburan, jai akan didakwa, masuk penjara, beberapa tahun kemudian keluar sebagai seorang multi millionaire, hidup kaya raya hingga anak cucu.... Kiranya jailani lah yang jadi hero dalam cerita ni...

Sekian sahaja cerita JNSSB The Movie yang telah digarapkan jalan ceritanya dengan begitu baik skali oleh Prof. Dr. Hj. Kpl(B) Jailani Jabar...

-TAMAT-

Kesimpulan daripada update yang aku dapat tu, DUIT MEMANG CONFIRM BURN... Kepada yang makan daun tu, tak lama lagi anda akan sedar akan hakikat ini... Satu jer cara korang nak dapat balik duit, iaitu dengan cara "paksa"... inilah yang aku plan nak buat kat mermaid dulu, malangnya, yang makan daun ramai sangat datang, yang lain hanya menunggu duit jatuh keriba didepan PC...

Tahniah kepada yang buat report polis, skang polis sudah memantau kes ini dengan beberapa orang yang dah diambil keterangan termasuk A** R****....

Ending die pun tak seperti yang aku ceritakan keatas tu, die lain sket jer... Nasib Jai adalah lebih malang daripada itu... Die takkan jadi multimilionaire... Tempoh dia menjadi jutawan skang ni sudah terhad, tinggal sket je mase lagi untuk die menjalani hidup mewah... Itu jer lah kesimpulan die.... Update lain nanti kura akan bagitau kat CG... tapi bukan skang la...

Platform kat TV3 tu aku dah sediakan, korang pegi mengadu lah kat situ... nanti TV3 akan tolong korang carikan update dan bagitau korang kat buletin utama... korang suka "update" kan??? kalau berduyun2 email aku mintak update, takkan post kat forum TV3 pun tak mahu... btul tak??? aku pun malas nak debate kat situ, sebab hujah golongan makan daun ni lebih kurang same jer... soalan aku tak reti pun nak jawab, dok main ugutan jer.. kambing pun tak takut...

Lagipun ramai yang dah sedar skang, tak cam dulu, hanya beberapa orang jer yang sedar, so, aku kena berusaha lebih la untuk menyedarkan orang ramai... Skang ni aku tinggal kat korang je la untuk sambung usaha aku... hehehe... Lagipun banyak dah fitnah aku bertukar jadi fakta...

Aku nak sambung keje aku... Cuma aku nasihatkan korang, bersedia lah untuk menerima hakikat yang duit korang tu dah hangus... Tak tinggal ape2 dah... Mungkin skang korang tak dapat terima hakikat, tapi masa akan memaksa korang menerimanya... Kepada yang dah brenti keje utk buat jai, sila la cari keje balik... Tak kisah ler gaji kecik pun, janji halal...

Kene sita pulak... - By Semut

Assalamualaikum...

Ni notis penyitaan Jai Network, penyitaan start bulan 10 lagi, tapi jai mintak lanjutkan tempoh die... Ntah ler.. biar je laa... Orang2 kat opis tu pun ape jer keja die, just jadi juru jawab telefon jer... Bayar gaji pekerja kat situ pakai duit yang Jai tipu kite tu... Elok bebenor la kalo kena sita...

Stakat ni takde dengar ape2 perkhabaran lagi pasal Jai nak saman Kerajaan dan BNM... Satu perkara yang aku terpikir, mampu ker lawyer ni mengendali kes??? setahu aku, lawyer Jai network ni nak tandatangan agreement S&P dan menyerahkan kepada ahli pun tak mampu, inikan pula nak saman kerajaan... Nasib baik lah ade ramai orang2 yang kategori makan daun dalam Jai Network nih... Gembira lah mereka dengan khabar ini...

Ramai jugak emel aku harini, mintak update... Serius, aku tak tahu ape tujuan diorang nak update... Time aku ajak report polis dulu, takde la kencang cam harini emel masuk inbox aku... huhuhu... ada yang hanya cakap, "ape updatenya? syer la"... emel camni aku tak balas ye...

Ade yang emel aku mintak update, disertakan dengan alasan kenapa nak tahu sangat update... ade sebab downline dah bising, ade yang menceritakan penderitaan (aku suruh citer kat forum TV3 tak nak pulak), ade yang nak bagitau mak bapak sebab mak bapak dah labur banyak dan sebagainya.. so, kesimpulannya, hanya nak tahu sahaja... Aku pun reply la kesimpulan daripada update2 yang aku dapat tu, tapi tak detail... hehehe....

Ada juga yang bagi alasan upline dah abaikan die, so, harapkan aku jer bagi update.. releks la beb, aku pun upline aku abaikan jugak, lansung tak pernah update aku dengan isu terkini sejak 5 bulan lepas... terkontang kanting aku, tak tahu ape2... huhuhu....

Full update yang mantap lagi "PANAS" aku dah bagi kat beberapa orang seperti boa dan singo_lapar... Aku sangat2 harap korang rahsiakan dulu isu tersebut, terutamanya isu yang kedua tu... Orang lain akan tahu jugak pasal hal ni, cuma bukan sekarang...

PPIM lepas tangan isu JNSSB

Assalamualaikum...

Sebenarnya, orang kuat PPIM juga bersekongkol dengan skim penipuan ini... Kita tengok Dr. Izham Nayan, seketeriat PPIM juga adalah Pengarah Jai Network... Disaat pengarah2 lain semua berhenti selepas mengetahui skim ini menipu, beliau masih terus menyokong syarikat dengan mempromosi skim kedua syarikat, SSP HFT dan terus mencari sokongan dan kepercayaan ahli bagi mengutip duit lagi...

Pengarah seperti Dr. Mazuki dah lama berhenti, Mejar Mokhtar, Hj Zainal, Kak Jamilah dan orang2 kuat yang lain sudah berhenti..... Tinggal Jailani Jabar, Azmi dan Dr. Izham sahaja... Dr. Izham terus mempromosi skim ini dengan memberi JAMINAN bahawa akaun JNSSB hanya dibekukan selama 3 bulan sahaja... Hakikat sebenarnya sehingga sekarang akaun masih terbeku... Skim yang beliau promosikan itu juga sudah stop, duit pelabur sudah tidak dikembalikan menyebabkan semua pelabur skim baru ini kehilangan wang untuk kali ke dua...

Kenapa beliau membuat tindakan sedemikian???
Izham juga sepatutnya dah tahu bahawa produk tiada dan tidak dijual pun, macam mana nak bayar ahli dengan keuntungan 2 kali ganda???.... Apabila benda ni dah stop, kenapa dia divert kepada pelaburan baru pula, iaitu KOPERASI PPIM???

Saya pun hairan kenapa begitu mudah PPIM memberikan kepercayaan kepada Izham untuk menggunakan KOPERASI nya bagi mengutip deposit orang ramai.... Tidakkan PPIM tahu yang Izham pernah terlibat dengan skim mengutip duit pelabur sebelum ini dan mengakibatkan kerugian jutaan ringgit oleh para pelabur??? Atau Izham juga ada "menyumbang dalam BMF"???

Bukan saya nak salahkan PPIM, tetapi sikap PPIM yang suka "lepas tangan" tu yang membuat saya sedikit kecewa... Maybe sebab jai dah banyak "bagi duit" kat die punye tabung Blue Mosque Fartenity kot??? Menang PPIM mengakui yang jai ade bagi duit untuk tabung tu, saya harap ia bukan dalam bentuk rasuah....

Pengaruh PPIM digunakan pada peringkat awal untuk meyakini pelabur, kononnya skim ini dipantau PPIM... apabila BNM mula2 mengambil tindakan, PPIM buat donno jer... sehingga lah saya masuk forum PPIM dan berkali2 meminta penjelasan mengenai penglibatan PPIM, maka kenyataan yang berunsurkan "lepas tangan" dikeluarkan... Kononnya penglibatan izham adalah penglibatan individu... itu pun setelah 3 bulan syarikat diambil tindakan oleh BNM.. Sekiranya saya tidak bertindak demikian, PPIM sudah tentu tidak mempedulikan perkara ini...

Saya juga meminta satu perjumpaan diadakan dengan ahli2 dimana PPIM menjadi orang tengah dalam menemukan ahli2 dengan pihak syarikat, lagipun Dr. Izham tu adalah salah seorang pengarah syarikat ni... Disini kami semua akan dapat penjelasan dengan adil... Jika Jai yang anjurkan, sudah tentu keadaan yang berat sebelah berlaku, seperti perjumpaan kat mermaid Inn tempohari... sehingga sekarang PPIM dok sibuk dengan isu makanan halal haram jer... takde apa2 inisiatif dari PPIM... (setakat yang saya tahu, jika ada, sila bagitahu)...

Ada juga post saya di forum PPIM di "block by admin" walaupun respon yang positif saya terima terhadap post tersebut dari regular forumer PPIM yang lansung tak terlibat ngan jai... tapi saya tidak hairan kerana penyelaras laman web PPIM adalah Dr. Izham Nayan...

P/S: klakar jugak, jailani yang telah berjaya menipu ramai orang, pada masa yang sama ditipu oleh Mr. X... wakakakaka... tapi tak banyak la, hanya RM[........] Juta Ringgit sahaja.... uish, banyak jugak tuu.. huhuhu... tak yah citer detail laa, sebab cerita sudah TAMAT...

Thursday, December 6, 2007

Nak Update ker???

Assalamualaikum...

Sekarang dah bulan December.... Tiap2 hari ade orang masuk blog aku ni... Terima kasih diucapkan.... Tapi ape tujuan korang masuk sini ye??? hmmm... Untuk membaca novel yang bertajuk Jai Network ker??? sebenarnya novel ni dah tamat pun.... dah takde sambungan dah...

Actually, aku dah tak berminat sangat nak tulis pasal Jai Network kat internet pun, sebab duit tu kemungkinan besar akan burn camtu jer... Dah tak leh buat ape dah... Lagipun tujuan aku tulis kat sini untuk mengajak semua bersatu menuntut duit balik ngan jai... Tapi nampaknye korang sekadar hanya baca blog aku ni sebagai baca novel sahaja.. Takpe lah, tak kisah pun... Kalo korang tak nak bertindak bersama aku, aku ada cara aku sendiri.....

Dah beberapa minggu takde ape2 update yang "panas" kat internet ni yee.... takpe.... Sejak beberapa minggu lepas banyak jugak peristiwa yang berlaku, terutamanya maklumat hasil siasatan dari kura, perrgghhh... memang panassss... Ada antaranya yang mungkin menjadi berita yang SANGAT gembira untuk sesetengah orang seperti boa, singo_lapar dan rakan2 yang sehaluan dengan aku... Oleh sebab ia kategori berita gembira, aku pun ambil keputusan untuk tulis kat sini....

Tiba2 aku rase tak jadi pulak nak publish... hehehe... Kan aku cakap, cerita dia dah TAMAT.... So, tak yah publish laa...

Kepada sesiapa yang rase die sehaluan dengan aku tu boleh lah email kat aku atau PM aku kat CG jika berminat nak tau update ni.... hehehe... sekurang2 korang akan rase lega sket lepas baca update tu... huhuhu...

Tapi ingat, apa yang aku bagitau tu jangan dihebahkan lagi... Kita tunggu peristiwa tu berlaku dulu, pastinya akan berlaku... Ending die mungkin lain sket dari yang aku ceritakan... Hahahaha... Mr. Otai, any comment???

____________________malas nak wat tajuk baru, tulis kat sini je la____________________

Smalam dah kluar notis penyitaan terhadap HQ Syarikat dan harta2 persendirian jailalani dan latipah... Cari la paper Berita Harian smalam (6 December 2007)... Hmmm.... kes makin kronik nih... tapi tak pelik pun, memang dah dijangka...

Friday, November 30, 2007

Ending - By Semut