Assalamualaikum...
Masih lagi ada suara2 yang mengajak untuk bersatu, memberi cadangan dan sebagainya... Inilah typical pelabur Jai Network, hanya tahu bagi cadangan sahaja, tapi tak tahu camner nak execute... Ajak pergi mermaid haritu pun tak nak walaupun duit beribu2 hangus... Pada aku, tak payah la nak cakap mari bersatu, pembangkang, pro, tegar, anti dan sebagainya.... semua dah terlambat.... Kita semua ahli2 JNSSB dah "kalah perang".... Yang pro, yang bangkang, sume dah kehilangan wang pelaburan kerana sikap tidak mahu bersatu sejak awal2 dulu...
Lagipun hanya tak sampai 200 dari 25,000 orang yang masih bersemangat dan bagi komitmen serta proaktif untuk mendapat duit balik (tak sampai 1%)... itu pun senarai pada beberapa minggu lepas, iaitu yang sanggup ke mermaid.... sekarang ni berapa tinggal???? Aku pun dah malas nak layan bende ni, baik aku tumpukan kpd career aku... korang buat lah ape yang korang rase terbaik...
Bekas pengarah lain dah lama hilang.... watak utama yang timbul di dunia cyber pun dah hilang.... sape lagi yang tiggal???
Skang ni cerita jai sudah pun tamat.... tak payah lah nak beri cadangan "mari bersatu", kita buat tu, kita buat ni, bertanyakan mana semut, mana sharudin, mana Dr. M, mana Dr. Izham??? sebab semua dah terlambat... cerita dah tamat... sesiapa yang masih sambung berforum, bercerita dan sebagainya tu boleh lah dianggap sebagai sedang mengulas dan memberi pendapat pasal cerita ini...
Report polis ker, lantik lawyer saman jai ker, semua takkan menjamin duit kita balik.... sebabnya duit tu dah pun secure kat tempat lain... harta2 juga sudah ditukar ke nama proxy... Kalau saman pun tak dapat apa2, jai dah takde harta... Kepada yang masih mengharap, masih berdoa dan bersabar tu... hmmm... no komen la... aku rase yang jenis tak nak usaha dan hanya nak berdoa jer ni, aku cadangkan korang doa supaya bila bangun besok, ade 3 guni emas terpacak dalam bilik tidur korang... lagi best...
Seperti yang aku jangkakan, skang ni kes ni sudah pun sejuk dan ia semakin sejuk saban hari.... Tak lama lagi, ia bakal dilupakan sebagai sejarah hitam untuk setiap pelabur, sepertimana bekas2 pelabur Pak Man Telo satu ketika dulu...
Ending dia tetap sama, pelabur tetap takkan dapat balik wang pelaburan, jai akan didakwa, masuk penjara, beberapa tahun kemudian keluar sebagai seorang multi millionaire, hidup kaya raya hingga anak cucu.... Kiranya jailani lah yang jadi hero dalam cerita ni...
Sekian sahaja cerita JNSSB The Movie yang telah digarapkan jalan ceritanya dengan begitu baik skali oleh Prof. Dr. Hj. Kpl(B) Jailani Jabar...
-TAMAT-
Tahniah kepada yang buat report polis, skang polis sudah memantau kes ini dengan beberapa orang yang dah diambil keterangan termasuk A** R****....
Ending die pun tak seperti yang aku ceritakan keatas tu, die lain sket jer... Nasib Jai adalah lebih malang daripada itu... Die takkan jadi multimilionaire... Tempoh dia menjadi jutawan skang ni sudah terhad, tinggal sket je mase lagi untuk die menjalani hidup mewah... Itu jer lah kesimpulan die.... Update lain nanti kura akan bagitau kat CG... tapi bukan skang la...
Platform kat TV3 tu aku dah sediakan, korang pegi mengadu lah kat situ... nanti TV3 akan tolong korang carikan update dan bagitau korang kat buletin utama... korang suka "update" kan??? kalau berduyun2 email aku mintak update, takkan post kat forum TV3 pun tak mahu... btul tak??? aku pun malas nak debate kat situ, sebab hujah golongan makan daun ni lebih kurang same jer... soalan aku tak reti pun nak jawab, dok main ugutan jer.. kambing pun tak takut...
Lagipun ramai yang dah sedar skang, tak cam dulu, hanya beberapa orang jer yang sedar, so, aku kena berusaha lebih la untuk menyedarkan orang ramai... Skang ni aku tinggal kat korang je la untuk sambung usaha aku... hehehe... Lagipun banyak dah fitnah aku bertukar jadi fakta...
Aku nak sambung keje aku... Cuma aku nasihatkan korang, bersedia lah untuk menerima hakikat yang duit korang tu dah hangus... Tak tinggal ape2 dah... Mungkin skang korang tak dapat terima hakikat, tapi masa akan memaksa korang menerimanya... Kepada yang dah brenti keje utk buat jai, sila la cari keje balik... Tak kisah ler gaji kecik pun, janji halal...
3 comments:
WAHAI TUAN TUAN /PUAN PUAN Sedarlah yang kamu semua telah tertipu .Perusahaan berniaga ini memang terkenal yang di panggil PONZI scheme:
http://en.wikipedia.org/wiki/Ponzi_
Ia tak ade kene mengena dgn perjuangan Agama dan Bangsa utk maju kecuali untuk majukan Dr Jai semata mata.Saya heran bila ade yang kate Dr Jai Mujadidlah,pencana ekonomi melayulah tetepi sebenonya beliau macam Pak Man Telo Taiping jugak.Ini cakap2 doa mintak doa utk ditolong Dr Jai adelah menunjukan kehebatan penipuan sistem PONZI .Sebabnya jarang kite tengok org yg ditipu mengucapkan terimakasih kepada penipu Dr Jai ini ..itulah hebatnya .Jgn harap dapat duit ni balik sebab system pyramid memeng tak boleh bertahan lama.Ramai org kg saya di KIJAL rugi ade yang beratus ribu.Sebenarnya penjualan barangan yang harga nya tak seberapa tapi dijual pada harga yg mahal hanyalah cara mengabui mata dalm menghalalkan penipuan ini.Tanya diri sendiri adekah barangan yg dibeli dgn harga sebegitu mahal berpadanan? Tepuk dada tanya selera.
TQ
salam semut jai telah bukak satu lagi progaram bernama next g kini tertumpu di kawasan n9 semua upline lama spt hj zakaria..n the gang tgh hangat memperomosikan program ini
salam semut jai telah bukak satu lagi progaram bernama next g kini tertumpu di kawasan n9 semua upline lama spt hj zakaria..n the gang tgh hangat memperomosikan program ini
Post a Comment