Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Friday, December 7, 2007

Kene sita pulak... - By Semut

Assalamualaikum...


Ni notis penyitaan Jai Network, penyitaan start bulan 10 lagi, tapi jai mintak lanjutkan tempoh die... Ntah ler.. biar je laa... Orang2 kat opis tu pun ape jer keja die, just jadi juru jawab telefon jer... Bayar gaji pekerja kat situ pakai duit yang Jai tipu kite tu... Elok bebenor la kalo kena sita...

Stakat ni takde dengar ape2 perkhabaran lagi pasal Jai nak saman Kerajaan dan BNM... Satu perkara yang aku terpikir, mampu ker lawyer ni mengendali kes??? setahu aku, lawyer Jai network ni nak tandatangan agreement S&P dan menyerahkan kepada ahli pun tak mampu, inikan pula nak saman kerajaan... Nasib baik lah ade ramai orang2 yang kategori makan daun dalam Jai Network nih... Gembira lah mereka dengan khabar ini...



Ramai jugak emel aku harini, mintak update... Serius, aku tak tahu ape tujuan diorang nak update... Time aku ajak report polis dulu, takde la kencang cam harini emel masuk inbox aku... huhuhu... ada yang hanya cakap, "ape updatenya? syer la"... emel camni aku tak balas ye...

Ade yang emel aku mintak update, disertakan dengan alasan kenapa nak tahu sangat update... ade sebab downline dah bising, ade yang menceritakan penderitaan (aku suruh citer kat forum TV3 tak nak pulak), ade yang nak bagitau mak bapak sebab mak bapak dah labur banyak dan sebagainya.. so, kesimpulannya, hanya nak tahu sahaja... Aku pun reply la kesimpulan daripada update2 yang aku dapat tu, tapi tak detail... hehehe....

Ada juga yang bagi alasan upline dah abaikan die, so, harapkan aku jer bagi update.. releks la beb, aku pun upline aku abaikan jugak, lansung tak pernah update aku dengan isu terkini sejak 5 bulan lepas... terkontang kanting aku, tak tahu ape2... huhuhu....

Full update yang mantap lagi "PANAS" aku dah bagi kat beberapa orang seperti boa dan singo_lapar... Aku sangat2 harap korang rahsiakan dulu isu tersebut, terutamanya isu yang kedua tu... Orang lain akan tahu jugak pasal hal ni, cuma bukan sekarang...

1 comments:

azizan8 said...

Harta haram, duit haram, dimakan buat anak dan dapat anak haram. Bukan senang nak jadi senang. Bukan nak jadi pencuri dan perompak tanpa berkorban lebih banyak dari apa yang kita dapat. Menang di dunia tak semestinya menang di akhirat.

Hukum dunia dah bermula, hukum akhirat akan tiba bila-bila.

Ingat satu perkara, doa orang teraniaya akan dimakbulkan Allah s.w.t.