Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Friday, December 7, 2007

PPIM lepas tangan isu JNSSB

Assalamualaikum...

Sebenarnya, orang kuat PPIM juga bersekongkol dengan skim penipuan ini... Kita tengok Dr. Izham Nayan, seketeriat PPIM juga adalah Pengarah Jai Network... Disaat pengarah2 lain semua berhenti selepas mengetahui skim ini menipu, beliau masih terus menyokong syarikat dengan mempromosi skim kedua syarikat, SSP HFT dan terus mencari sokongan dan kepercayaan ahli bagi mengutip duit lagi...

Pengarah seperti Dr. Mazuki dah lama berhenti, Mejar Mokhtar, Hj Zainal, Kak Jamilah dan orang2 kuat yang lain sudah berhenti..... Tinggal Jailani Jabar, Azmi dan Dr. Izham sahaja... Dr. Izham terus mempromosi skim ini dengan memberi JAMINAN bahawa akaun JNSSB hanya dibekukan selama 3 bulan sahaja... Hakikat sebenarnya sehingga sekarang akaun masih terbeku... Skim yang beliau promosikan itu juga sudah stop, duit pelabur sudah tidak dikembalikan menyebabkan semua pelabur skim baru ini kehilangan wang untuk kali ke dua...

Kenapa beliau membuat tindakan sedemikian???
Izham juga sepatutnya dah tahu bahawa produk tiada dan tidak dijual pun, macam mana nak bayar ahli dengan keuntungan 2 kali ganda???.... Apabila benda ni dah stop, kenapa dia divert kepada pelaburan baru pula, iaitu KOPERASI PPIM???

Saya pun hairan kenapa begitu mudah PPIM memberikan kepercayaan kepada Izham untuk menggunakan KOPERASI nya bagi mengutip deposit orang ramai.... Tidakkan PPIM tahu yang Izham pernah terlibat dengan skim mengutip duit pelabur sebelum ini dan mengakibatkan kerugian jutaan ringgit oleh para pelabur??? Atau Izham juga ada "menyumbang dalam BMF"???

Bukan saya nak salahkan PPIM, tetapi sikap PPIM yang suka "lepas tangan" tu yang membuat saya sedikit kecewa... Maybe sebab jai dah banyak "bagi duit" kat die punye tabung Blue Mosque Fartenity kot??? Menang PPIM mengakui yang jai ade bagi duit untuk tabung tu, saya harap ia bukan dalam bentuk rasuah....

Pengaruh PPIM digunakan pada peringkat awal untuk meyakini pelabur, kononnya skim ini dipantau PPIM... apabila BNM mula2 mengambil tindakan, PPIM buat donno jer... sehingga lah saya masuk forum PPIM dan berkali2 meminta penjelasan mengenai penglibatan PPIM, maka kenyataan yang berunsurkan "lepas tangan" dikeluarkan... Kononnya penglibatan izham adalah penglibatan individu... itu pun setelah 3 bulan syarikat diambil tindakan oleh BNM.. Sekiranya saya tidak bertindak demikian, PPIM sudah tentu tidak mempedulikan perkara ini...

Saya juga meminta satu perjumpaan diadakan dengan ahli2 dimana PPIM menjadi orang tengah dalam menemukan ahli2 dengan pihak syarikat, lagipun Dr. Izham tu adalah salah seorang pengarah syarikat ni... Disini kami semua akan dapat penjelasan dengan adil... Jika Jai yang anjurkan, sudah tentu keadaan yang berat sebelah berlaku, seperti perjumpaan kat mermaid Inn tempohari... sehingga sekarang PPIM dok sibuk dengan isu makanan halal haram jer... takde apa2 inisiatif dari PPIM... (setakat yang saya tahu, jika ada, sila bagitahu)...

Ada juga post saya di forum PPIM di "block by admin" walaupun respon yang positif saya terima terhadap post tersebut dari regular forumer PPIM yang lansung tak terlibat ngan jai... tapi saya tidak hairan kerana penyelaras laman web PPIM adalah Dr. Izham Nayan...

P/S: klakar jugak, jailani yang telah berjaya menipu ramai orang, pada masa yang sama ditipu oleh Mr. X... wakakakaka... tapi tak banyak la, hanya RM[........] Juta Ringgit sahaja.... uish, banyak jugak tuu.. huhuhu... tak yah citer detail laa, sebab cerita sudah TAMAT...

1 comments:

azizan8 said...

Robber rob the thief, the culprit, penyanggak Melayu.