Assalamualaikum...
Masih lagi ada suara2 yang mengajak untuk bersatu, memberi cadangan dan sebagainya... Inilah typical pelabur Jai Network, hanya tahu bagi cadangan sahaja, tapi tak tahu camner nak execute... Ajak pergi mermaid haritu pun tak nak walaupun duit beribu2 hangus... Pada aku, tak payah la nak cakap mari bersatu, pembangkang, pro, tegar, anti dan sebagainya.... semua dah terlambat.... Kita semua ahli2 JNSSB dah "kalah perang".... Yang pro, yang bangkang, sume dah kehilangan wang pelaburan kerana sikap tidak mahu bersatu sejak awal2 dulu...
Lagipun hanya tak sampai 200 dari 25,000 orang yang masih bersemangat dan bagi komitmen serta proaktif untuk mendapat duit balik (tak sampai 1%)... itu pun senarai pada beberapa minggu lepas, iaitu yang sanggup ke mermaid.... sekarang ni berapa tinggal???? Aku pun dah malas nak layan bende ni, baik aku tumpukan kpd career aku... korang buat lah ape yang korang rase terbaik...
Bekas pengarah lain dah lama hilang.... watak utama yang timbul di dunia cyber pun dah hilang.... sape lagi yang tiggal???
Skang ni cerita jai sudah pun tamat.... tak payah lah nak beri cadangan "mari bersatu", kita buat tu, kita buat ni, bertanyakan mana semut, mana sharudin, mana Dr. M, mana Dr. Izham??? sebab semua dah terlambat... cerita dah tamat... sesiapa yang masih sambung berforum, bercerita dan sebagainya tu boleh lah dianggap sebagai sedang mengulas dan memberi pendapat pasal cerita ini...
Report polis ker, lantik lawyer saman jai ker, semua takkan menjamin duit kita balik.... sebabnya duit tu dah pun secure kat tempat lain... harta2 juga sudah ditukar ke nama proxy... Kalau saman pun tak dapat apa2, jai dah takde harta... Kepada yang masih mengharap, masih berdoa dan bersabar tu... hmmm... no komen la... aku rase yang jenis tak nak usaha dan hanya nak berdoa jer ni, aku cadangkan korang doa supaya bila bangun besok, ade 3 guni emas terpacak dalam bilik tidur korang... lagi best...
Seperti yang aku jangkakan, skang ni kes ni sudah pun sejuk dan ia semakin sejuk saban hari.... Tak lama lagi, ia bakal dilupakan sebagai sejarah hitam untuk setiap pelabur, sepertimana bekas2 pelabur Pak Man Telo satu ketika dulu...
Ending dia tetap sama, pelabur tetap takkan dapat balik wang pelaburan, jai akan didakwa, masuk penjara, beberapa tahun kemudian keluar sebagai seorang multi millionaire, hidup kaya raya hingga anak cucu.... Kiranya jailani lah yang jadi hero dalam cerita ni...
Sekian sahaja cerita JNSSB The Movie yang telah digarapkan jalan ceritanya dengan begitu baik skali oleh Prof. Dr. Hj. Kpl(B) Jailani Jabar...
-TAMAT-
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Friday, November 30, 2007
Ending - By Semut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment