Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Sunday, November 4, 2007

Kenapa Perlu report Polis??? - By semut

Assalamualaikum...

Dimanakah pendirian anda sekarang mengenai Jai Network??? Adakah anda percaya yang satu hari nanti Jai Network kembali gemilang??? Pada saya, ini adalah sangat mustahil.... adakah anda masih mengharap boleh dapat duit balik daripada Jailani??? Apakah reason yang boleh menyebabkan anda percaya yang jailani akan membayar balik modal anda???

Soalan yang paling asas, darimana jailani boleh dapat duit untuk membayar anda??? Jual stromberg?? sudah tentu tidak... Bisnes rahsia??? jangan mimpi lah... Sekarang sudah jelas yang jailani memang tidak mahu membayar ahli lagi... Kita lihat lah, sehingga sekarang, tiada lansung perjumpaan dari syarikat (jailani dan azmi)....

Jika dahulu, masa akaun mula2 akaun dibekukan, syarikat ada buat perjumpaan bagi menerangkan keadaan yang berlaku... Janji manis dan harapan kosong ditaburkan, kononnya kecairan dipastikan bulan oktober (yang sudah lepas)... pada masa yang sama, SSP HFT dilancarkan... Maka, saya membuat kesimpulan bahawa, janji manis tersebut adalah untuk melariskan SSP sahaja... sekarang sudah terbukti... Harini, 4/11/2007 adalah tarikh pembayaran SSP HFT, tetapi takde sesiapa pun menerimanya lagi duit tu...

Ramai yang sudah sedar skang bahawa mereka sudah ditipu... Tetapi ade juga yang masih taksub... Tetapi agak malang apabila saya meneliti, tak sampai 4% pun ahli2 jai yang mengikuti perkembangan jai di internet... sebab sekarang, hanya internet lah tempat untuk mengetahui update disebabkan sudah tiada lagi perjumpaan dari syarikat... Sudah tentu ade benar dan ade maklumat palsu di internet, tapi pandai2 lah tapis ye... Lebih malang lagi apabila balance lebih 96% ahli2 jai di luar sana hanya diberitahu oleh upline sebagai perkembangn adalah positif...

Golongan yang sudah sedar bahawa mereka ini ditipu pun skang tidak tahu ape yang perlu dibuat... Nak harapkan belas ihsan jailani untuk bayar duit balik, sudah tentu tidak akan berlaku... Sebab jailani sendiri sudah mengasingkan diri daripada ahli skang... hanya hidup untuk enjoy duit2 yang banyak...

Nak gi jumpe jailani dan paksa dia bayar??? skang ni susah nak cari orang yang tengah bersembunyi ni.. kalo jumpa pun, penuh bodyguard keliling... yer lah, duit banyak.... Anda pun bz ngan kerja2 lain, sudah tentu tiada masa untuk itu...

Nak dakwa secara law??? kita pun sedia maklum bahawa agreement sengaja ditulis salah (typo error kata "arwah" Mr. Otai)... resit2, borang akad yang original dan sebagainya tiada kat kita.. so, sangat susah lah untuk kita menang kes... Jika kita ditakdirkan menang kes pun, jai skang sudah tiada harta sendiri.. sume diletakkan atas nama proxy... maka, paling teruk pun, jai diistihar muflis atau bankrupt jer... kita tak dapat ape2...

Jadi, apa lagi langkah terbaik yang kita boleh buat??? Tunggu lagi 9 bulan, dan terus tunggu lagi 9 tahun tanpa berbuat apa2??? Maka, cara yang saya rasakan terbaik ialah dengan melaporkan penipuan ini under jenayah perdagangan... Rujuk post CG saya di sini...

Dengan melaporkan kepada polis under jenayah perdagangan, maka, semua aset2 dan harta2 jai yang diletakkan atas nama proxy akan di trace kembali dan dirampas... Kerana kita semua maklum bahawa jumlah duit sebenarnya majority berada didalam akaun proxy... Perkara ini mudah mudahan mendapat liputan media... Maka, kesatuan2 pengguna seperti FOMCA dan PPIM akan datang bagi membantu mengurangkan kerugian yang dialami pelabur... Mereka akan berunding dengan pihak2 berwajib mengenai perkara ini...

Selepas membuat laporan polis, kita tidak perlu lah memikirkan lagi mengenai nasib duit dalam Jai walaupun sangat banyak disebabkan nasi sudahpun menjadi bubur... Buat pening kepala jer pikir sedangkan harapan nak dapat tu adalah hampir mustahil... Lebih baik cari alternatif lain untuk menyelesaikan hutang2 yang tertunggak...

Selamat memulakan hidup baru....

1 comments:

Anonymous said...

asm.. ntah ler apa nk jadi ngan kita ni..