Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Saturday, November 3, 2007

Nasihat Teknikal - by cikgureza

Since korang takde agreement dari company untuk menyatakan yang korang ni memang beri jai hutang duit tu,dan dia berjanji nak bayor, maybe korang boleh gunakan akta yg aku list kan kat bawah ni untuk mahkamah ataupun report polis nanti.

1) Seksyen 59, Akta Keterangan:

Akta ini secara ringkasnya menyatakan,segala fakta (**kecuali dokumen), boleh di buktikan dengan keterangan lisan.
Maksudnya,apa-apa sahaja yang kita rasa dan kita mengetahuinya,boleh dibuktikan samada dengan memberikan keterangan secara lisan di mahkamah ataupun dengan menukarnya ke dalam bentuk dokumen seperti surat sumpah.
**(merujuk kepada 'kecuali dokumen: adalah apa2 sahaja keterangan bertulis, sperti agreement,invois,PO dll)

Jadi,korang kena buat surat sumpah (dengan peseuruhanjaya sumpah), yang korang ni memang ada bagi pinjaman duit pada Jai,dan dia berjanji untuk bayar pada sekian2 tempoh.
Lagi bagus,kalau korang dapat cari BOD JNSSB ataupun BWSB untuk buat sumpah memang diorang ada amik duit ada ambik duit korang dan berjanji untuk bayar dlm tempoh2 sekian2.. tapi kalau tak dapat jumpa BOD pun, surat sumpah korang tu pun dah kira valid.

manakala:

2)Seksyen 60 (1) (a):

Menyatakan secara ringkasnya jika keterangan lisan itu mengenai suatu fakta yang boleh di lihat,maka, ia mestilah keterangan seorang saksi yang menyatakan dia telah melihat fakta itu.

Fakta yag di andaikan sebagai boleh di lihat itu adalah, janji company untuk membayar dlm sekian2 tempoh setelah duit di amibil (dlm kes ni,saksi mungkin melihat semasa kursus2 asa di jalankan,iaitu bagaimana wakil syarikat mneerangkan bagaimana syarikat amik duit tu. Manakala saksi yang di maksudkan adalah Upline yang introkan perjanjian tu dengan korang.)
Serta, saksi juga melihat agrement yang sudah di tandatangani oleh pihak korang namun belum di tandatangani dan di matikan stem oleh pihak syarikat.

Dan:

3) Seksyen 60 (1) (b)

Pula menyatakan secara ringkasnya, jika keterangan lisan itu mengenai suatu fakta yang boleh di dengar,maka, ia mestilah keterangan saksi yang menyatakan yang ia telah mendengar fakta itu.

yg ni sama gak mcm seksyen yang (2) tadi tu,cuma di tukar dengan orang yg mendengar. Iaitu dengar tentang Janji company ni, serta janji dengan korang tentang perihal ambil duit dan bayar hutang. Jadi,upline jugaklah yang jadi saksi kalau nak buat ikut akta ini.

Serta

4)Seksyen 60 (1) (d)

Secara ringkasnya menyatakan jika keterangan lisan itu mengenai pendapat atau alasan2 yang padanya pendapat itu berasaskan, maka ,ia mestilah keterangan orang yang berpegang pada pendapat itu atas alasan-alasan tersebut.

Pendapat yang di maksudkan adalah: JNSSB sebelum ini mampu untuk bayar semua ahli dlm lingkungan RM35juta sebulan,tanpa berniaga SFS lansung,kerana dia mempunya teknik rahsia yang tak boleh di ceritakan., tapi apa bila pembekuan berlaku, JNSSB mula bertukar kepada bisnes HFt yang mempu menjana lebih bnayak keuntungan,walaupun HFT belum lagi di jual sebijik pun.

Jadi,pendapat korang adalah, JNSSB/BESB memang mampu bayar,even akaun JNSSB di bekukan,kerana, BNM memang mengizinkan JNSSB untuk beroperasi niaga seperti biasa, dan BNM tidak pernah mneyekat 'rahsia syarikat' itu untuk menjana keuntungan.
So,pendapat ini lah yang boleh di gunakan di mahkamah untuk meminta mahkamah menimbangkan pembayaras semula duit2 korang tu..

So,harap maklum dan faham bila dan dimanakah yg korang boleh gunakan akta-akta di atas..


p/s: atas nasihat dan cadangan dari peguam kanan dan penceramah undang-undang.
.

1 comments:

Anonymous said...

cikgureza, surat agreement tu takde kat kitorang, tapi yang ader cume salinan surat akad.. buleh dijadikan bukti tak? dalam surat tu ader sign wakil pembeli (pelanggan) dan wakil penjual..