Assalamualaikum...
Maka, guideline untuk buat report sudah pun siap, terima kasih kepada seorang sahabat kerana telah bersusah payah membuat guideline ini... Semoga kes ini dibawa ke muka pengadilan dan bukan dianggap kes terpencil apabila sudah banyak report diterima nanti...
Pada Jumaat lepas, saya telah berbual dengan seorang anggota PPIM, saya "menyuruh" beliau untuk mengadakan satu sesi dialog bersama jailani, azmi dan izham yang dihadiri oleh saya sendiri dan ahli2 yang berminat nak hadir... Saya juga rekemenkan agar "Dr." Izham "digunakan" untuk menjemput jailani dan azmi kerana dr. izham ni BOD JNSSB... angota ppim tersebut bersetuju dan terus bertanyakan kepada "Dr." Izham dan izham menjawab "anytime", cuma izham tak pasti samada jai nak datang ke tak... Tak kisah la, janji beliau akan berusaha mewujudkan sesi dialog ni, tapi, jika jai tak datang, tak perlu lah kita semua nak datang hanya untuk tengok muka izham!!!
Sebelum ini juga saya telah "berbual" dengan orang PPIM yang sama, dan saya "mendesak" PPIM mengeluarkan kenyataan mengenai pendirian PPIM dan JNSSB... Alhamdulillah, seminggu selepas itu kenyataan dikeluarkan, tetapi ada sedikit yang "tak kena", so, saya baru sahaja menyatakan perkara berkenaan kepada pihak terbabit..
Ok lah, abaikan part tu... Skang ni, saya ulang skali lagi, Jai disiasat oleh BNM kerana mengambil deposit tanpa lesen BNM... Ni antara Jai ngan BNM.... Ia disiasat KPDNHEP kerana tiada lesen AJL.. Ni antara Jai dan KPDNHEP...
Kini part Jai dan ahli2 pulak... Jika anda terus dengan budaya seorang PEMALAS (hanya tahu berdoa dan bersabar), kes ini akan senyap begitu sahaja... kita kenalah membuat laporan polis yang mengatakan jai telah tipu kita semua...
Seperti yang ramai sudah maklum (walaupun awal2 dulu dok cakap aku buat fitnah), duit kat dalam BNM hanya ada kira2 RM20juta sahaja.. BNM tak usik pun duit2 kat proxy jai... Hanya dengan tindakan polis di bahagian Jenayah Perdagangan sahaja duit2 ni akan di trace balik dan akan dirampas berserta harta2 jailani dan azmi...
Seperti kita semua sedia maklum (ramai lagi yang tak tahu nih), jailani skang sedang enjoy ngan duit hasil penipuan smart partnership.... duduk hotel 6 bintang, bayar bodyguard ramai2, beli mercz cash, renovate umah sjuta lebih, pendek kata, hidup sebagai billionaire la... Berbanding investor yang die telah tipu, kini hidup serba daif, hutang keliling pinggang, Kete kene tarik, umah kene lelong, tak leh kawin sebab duit tarak, duit pencen nak gi haji pun dah habis, downline2 dok kejar upline dan sebagainya...
Maka, kita jangan lah beri lagi peluang untuk dia enjoy dengan duit kita tu untuk buat bende2 tak senonoh dan membazir ni, elok kita cepat2 report polis, dan dia disiasat secepat mungkin oleh polis... Yang penting, duit dan harta2 nya dirampas...
Dengan report polis, jumlah kerugian anda sudah ada didalam database polis (rujuk guideline).... PPIM juga telah berjanji akan menolong para pelabur dengan berunding dengan pihak2 tertentu bagi mengurangkan kerugian pihak pelabur...
apabila Jailani start disiasat dibawah jenayah komersial, sume duit2 di proxy akan di trace dan dirampas, begitu juga harta2 nya... harapnya, dengan peranan PPIM dan badan2 NGO lain, sebahagian kecil duit tu akan kita dapat balik...
Mungkin mahkamah membuat keputusan nak bagi 25% balik kepada pelabur, maka, jumlah yang anda declare semasa report polis ini lah yang akan dijadikan ukuran berapakah anda sepatutnya dapat... Jadi, cepat2 lah report polis ye sebelum terlambat...
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Sunday, November 11, 2007
Jom laporkan kepada polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
DONE. Jgn biarkan penyanggak hidup selesa ngan duit kita....biarkan dia rasa camner rasa hidup setelah menipu....
Post a Comment