Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Thursday, November 29, 2007

Skim Cepat Kaya Bumiputra : Baru & Awas !

Assalamualaikum...

Sejak akhir2 ni ramai pulak x-jai yang mempromosikan skim baru, tak serik-serik... Dah tahap memang pemalas la orang melayu nih (ditujukan khas kepada penggemar skim cepat kaya)... kate cikgureza, golongan ni ialah spesis makan daun... hahaha... Memang nak senang dengan cara melabur je, pastu goyang kaki kat umah, duit masuk tiap2 bulan dalam bank...

Dah kena tipu beratus2 kali pun, selagi ade saki baki duit, masih nak melabur jugak... Kalo dengan skim yang kerajaan luluskan tu ok gak... Cam public mutual ker, ASB ker.. ni skim cepat kaya jugak yang die pilih... ape laa... Ini bukan lagi Melayu Mudah Lupa, tapi dah kategori Nyanyuk dah...

Ramai jugak yang email aku tanye pasal skim nih, tapi malas aku nak layan sebab aku bz skang nih... tapi ntah camner, malam nih tergerak hati pulak nak kaji dengan detail... mungkin sebab salah seorang yang pernah aku "berdiskusi" dalam email kini sedang aktif mempromosi bende ni... kesian aku kat die nih...

Elok2 dok cari maklumat, terjumpa artikel yang perfect by Uztaz Zaharudin.... Senang keje aku.. hehehe...

Aku copy paste je laa... Click link asal disini

Skim Cepat Kaya Bumiputra : Baru & Awas !

Soalan

fazlullah nazri < paklah1122@yahoo.com > wrote:

Minta komentar kawan2 groups berhubung dengan syarikat berikut:-

BRIGHT Pxxxx Sxxxx (M) BHD, SYARIKAT MALAYSIA (100% BUMI PUTRA). ADA IBU PEJABAT, LEMBAGA PENGARAH, ADA LESEN PERNIAGAAN DAN ADA AGREEMENT KONTRAK. KINI KAMI MEMPELAWA ANDA MENJADI RAKAN NIAGA KAMI BERDASARKAN PROFIT KEUNTUNGAN DIKONGSI 70:30

MENJANA PENDAPATAN 10% TIAP-TIAP BULAN TERUS MASUK KE AKAUN MAYBANK ANDA SELAMA 3@5TAHUN!!! MEMANG HEBAT!!! SEBELUM INI PENYERTAAN HANYA DIBUKA UTK SYARIKAT2 BESAR DGN MODAL YG BESAR... KINI PELAN DI BUKA PADA SEMUA / INDIVIDU BIASA PUN BOLEH MENYERTAINYA........

- PELAN SESUAI UNTUK MEGA CORPARATE, SYARIKAT KORPARAT, USAHAWAN, DAN INDIVIDU BIASA.:

1. RM1,000,000.00 - KEATAS (MEGA KOPRAT) BY AGREEMENT
2. RM150,000.00 - RM1,000,000.00 (KOPRAT) BY AGREEMENT
3. RM25,000.00 - RM150,000.00 (USAHAWAN) BY M.O.U
4. RM2,000 - RM25,000.00 RETAIL....

NOTE :
RM2,000 - RM4,999.99 KONTRAK 3 TAHUN SAHAJA.
RM5,000 KEATAS KONTRAK BOLEH 3 ATAU 5 TAHUN.

1. DIVIDEN BULANAN (PASSIVE INCOME)

Setiap Merch Partnership akan mendapat advance setiap bulan sebanyak 10% dari jumlah share.
Contoh : Faisal share dalam syarikat BPS sebanyak RM10,000.00
RM10,000.00 x 10%= RM1,000.00 perbulan
RM1,000.00 x 60 bulan = RM60,000.00 + RM10,000.00 (modal)
Jadi total keuntungan Faisal selepas lima tahun adalah RM70,000.00

2. REWARD ROYALTY (BONUS PENAJAAN)

Syarikat akan memberi insentif tambahan sedalam 4 level kepada
- ADA BONUS PENAJAAN DAN REWARD ROYALTY.( 3%, 1%, 0.7%,
0.5%)- 4 level
- POTONGAN ZAKAT
- MODAL TAK HANGUS DAN AKAN DIPULANG SELEPAS ABIS KONTRAK

PERINGATAN: INI BUKAN PERLABURAN INTERNET...YG SANGGUP BAYAR PULANGAN SECARA DAILY%

MARILAH ANDA DILUAR SANA, BERSAMA-SAMA MENYERTAI PROGRAM INI...MASIH BARU LAGI..DAN PROSPEK MASIH LUAS LAGI...

PROGRAM BARU BERMULA JANUARY 2007.

UNTUK KETERANGAN LANJUT, HUBUNGI SAYA ATAU BERIKAN EMAIL ADRESS UTK PRESENTATION:
JAMAL xxxxxx.

JAWAPAN UZAR

salam,

Hukumnya adalah haram dan mempunyai riba dengan amat jelas.

Keadaan ini berlaku dalam skim di bawah akibat kurang faham displin perniagaan dan pelaburan di dalam Islam dengan serius, mereka amat keliru maka skim yang ditawarkannya bercampur-campur, sebahagian diwarwarkan cara yang betul seperti profit sharing keuntungan adalah 70:30.

Tetapi selepas tu, tiba-tiba pula disebut "menjana pendapatan 10% tiap-tiap bulan"

Contoh yang diberikannya juga tidak reflect apa yang disebut di atas (profit sharing 70 :30 ) iaitu :

Contoh : Faisal share dalam syarikat BPS sebanyak RM10,000.00
RM10,000.00 x 10%= RM1,000.00 perbulan
RM1,000.00 x 60 bulan = RM60,000.00 + RM10,000.00 (modal)
Jadi total keuntungan Faisal selepas lima tahun adalah RM70,000.00

Di mana perginya pengiraan 70 : 30 profit sharing ratio jika sudah ditetapkan pulangan 10 % dari modal adalah keuntungan?. Amat jelas ini adalah riba dari kategori Duyun dari kelopok riba al-qard, ia juga salah satu bentuk skim cepat kaya yang diharamkan menurut pandangan Islam.

Selain itu ia juga, ia juga menjamin modal dari sebarang risiko, sekali lagi bukti pengharaman ditemui. Bezanya ia hanya bukan internet tetapi sama haramnya macam pelaburan cepat kaya internet.

Ini terbukti dari iklannya :

MODAL TAK HANGUS DAN AKAN DIPULANG SELEPAS ABIS KONTRAK

Secara mudah ini adalah skim money game, terbukti dari plan mencari ahlinya.

Sistem zakatnya juga adalah salah.Tiada perlu dipotong di situ, kerana ia adalah harta haram.

Saya juga diberitahu dari satu email bahawa seorang bekas pelabur pak man telo dulu berkata bahawa skim pak man telo pada tahun 1999 di Kulim Kedah juga ada lessen dan syarikat yang benama Platinum Lane SB (PLSB). 100% milik bumiputra dan ia lebih hebat ketika itu apabila dikatakan mempunyai ‘approval' dari BNM dan KPDNDHEP....

Sekian

ust zaharuddin


Ni pulak pandangan semut:

Berdasarkan yang aku tengok2 kat forum2, sistem dia sama, sbijik ngan jai... cuma pulangan 10% sebulan dapat menjanjikan survival kompeni ni lebih lama, jai lingkup cepat sebab die bagi banyak sangat, 25% sebulan...

Stakat masuk media tu, jai pun masuk metro..

Kalo ko nak tengok dengan jelas sejelas jelas nya, SEMUA skim cepat
kaya akan gunakan orang lain dalam mengumpul deposit... maksudnya,
pengenal akan disuruh cari downline dimana pengenal akan dapat
komisyen hasil pelaburan downline...

Sistem lain memag diorang bleh pelbagaikan, tapi bab nak cari pelabur
baru ni, diorang akn bagi komisyen kepada upline bagi menggalakkan
mereka bergerak mencari kawan2 rapat yang mempercayai mereka untuk
bersama2 melabur...

Cuba tanya pihak mereka, kenapa nak kena kita yang carikkan modal
ataupun melabur untuk mereka??? kenapa nak bayar 10% tiap2 bulan
kepada kita atau 120% stahun kepada pelabur??? tidakkah jauh lebih
untung jika mereka buat pinjaman bank yang tiap2 bulan mereka hanya
bayar bunga kira2 1% - 2% sebulan ataupun 12% - 24% setahun???

Modal dipulang kan balik lak tu lepas abis kontrak, kalo punjam bank, tak perlu bagi balik modal tu, lagi banyak kompeni untung...


Kalo dia cakap nak tolong ahli, memang sah, skim cepat kaya...

Kalo dia cakap susah nak wat pinjaman bank, dia tipu, dengan kertas
kerja yang untung sebegitu banyak sangat senang nak dapat pinjaman,
lagipun kerajaan ada skim utk usahawan bumiputra...

Tepuk dada tanya selera, kalo tak serik2 lagi, silakan, tapi jangan ler dok libatkan orang lain.. kesian diorang tu... Kerana kau, orang lain menanggung kerugian...


PS:: Rupenye kat internet nih tak sampai 20% pun yang masih tegar (tengok poll kat sbelah tu).... ini membuktikan aku and team telah berjaya membuka fikiran orang2 yang selalu mengikuti perkembangan di internet ni mengenai penipuan jai... cuma beberapa orang jer yang masih "makan daun"...

b

1 comments:

Khalifah said...

t.kasih kerana mengingatkan. aku hampir2 terjerumus dgn skim2 macam ni.