Assalamualaikum...
Seperti yang dijangka, setiap kali perjumpaan, ada2 jer berita gembira akan disampaikan... Ramai pula yang bertepuk tangan seolah2 dirasuk... Mereka tidak mengetahui apa yang tersirat disebalik perjumpaan ini...
Apa yang aku nampak ialah SSP HFT secara officially ditutup, bayarannya memang akan tertangguh senasib lah dengan SP stromberg.... Aku memang dah jangka keadaan ini awal2 dulu dan blog ini ditubuhkan bertujuan menghalang orang ramai dari melabur dalam skim SSP HFT... Tengok lah, apa sudah jadi skang, SP sangkut, korang melabur dalam SSP, pastu sangkut lagi... Jangan harap die nak bayar sebab pelabur baru sudah tiada... Itu memang modus operandi standard mana2 skim cepat kaya...
Kepada yang masih tak serik-serik tu, dan masih ade banyak lagi lebihan wang dan masih tercari-cari mana skim cepat kaya untuk melabur, aku cadangkan korang pegi melabur dalam KOPERASI Dr. Izham pula... Lepas KOPERASI Dr. Izham sangkut, suruh Dr. Latipah buat KOPERASI dia pula... Korang teruskan lah melabur ye SAMPAI PAPA KEDANA...
Selain itu perjumpaan di kuantan juga adalah sebagai wadah untuk mengelakkan ahli2 melenting kerana SP belum dibayar... dengan mengkhabarkan kononnya yakin mereka akan menang melawan Kerajaan Malaysia dan BNM, maka ramailah tukang sorak bertepuk tangan....
Katanya nak saman BNM sebab mereka menyebabkan Jai tidak boleh berniaga... BNM hanya menyita benda2 yang berkaitan dengan pengumpulan deposit haram sahaja, dibawah akta AMLA... BNM tidak menghalang proses penjualan stromberg (jika betul lah die jual stromberg)...
Aku memang tidak menolak kemungkinan die akan saman BNM, tetapi peluang die nak menang adalah 0%... ini adalah kerana die memang tidak menjual stromberg pun...
Sempat lagi tu mase perjumpaan tu die promote produk stromberg, siap kate orang dari Iran datang mintak dengan die untuk jual kat Iran... cam bagus jer stromberg die tu, hanya jimat 15% jer, banyak lagi produk yang jauh lebih murah dan lebih baik dari stromberg tu... Part ni pun ramai yang hooray... heran aku...
______________________________________________________________________
Happy Ending???
Kita lihat lah, sejak JNSSB diserbu BNM, Ahli2 sentiasa disajikan dengan berita2 gembira... Tak pernah ada pun berita sedih, semuanya adalah harapan gembira yang apabila tiba ketikanya akan menjadi harapan kosong... Dijanjikan kecairan dipastikan bulan 10, tiba ketika dilanjutkan 9 bulan lagi, menyatakan website untuk SSP Hydrofuel akan dilancarkan, tiba ketika, SSP HFT terhenti sedangkan web belum pun dilancar dan sebagainya...
Berita gembira akan terus disampaikan kepada ahli2, hakikat sebenar ialah duit ahli sedang jai dan konco2 nya gunakan untuk enjoy... Tujuan utama ialah untuk terus menipu ahli dari memberontak... Hakikatnya, jai memang sudah tak nak bayar duit tersebut...
Apa yang aku jangka ialah jai akan terus mewar-warkan yang beliau akan menang kes... Katanya jika menang, kita semua akan dapat balik duit tersebut... Tapi, sejauh manakah anda yakin yang jai akan menang??? stakat lawyer india tu yang bagi jaminan, buat ape??? dia memang dah dibayar berjuta2, kalo kalah pun, poket die tetap berisi... Jai pun tengah happy jer skang enjoy hidup sebagai seorang jutawan...
Tetapi clue untuk penamat cerita ini sudah pun jailani berikan... iaitu, jika Jai kalah, dia akan didenda dan dimasukkan ke dalam penjara selepas dibicarakan... Inilah sebenarnya kesudahan cerita Jai Network Systems Sdn Bhd. Ahli2 pula kehilangan wang pelaburan...
Tetapi, seperti biasalah, sebelum kalah tu, pelbagai fitnah akan dilemparkan, mungkin ade orang sabotaj perbicaraan dsb demi menagih simpati golongan yang masih bodoh... Kemudian Jai akan meringkuk dalam penjara mungkin selama 3 tahun dan didenda antara 500k hingga 1 juta...
Kemudian, selepas kluar penjara, beliau akan jadi seorang jutawan yang bebas, dengan duit yang berjuta2 didalam akaun proxy... Ahli2 pun dah lupa akan kisah jai...
Itulah ceritanya... Sesiapa yang suka jalan cerita ini, teruskan lah menunggu untuk ia berakhir sebegitu rupa... Jika anda ingin mengubah cerita ini, bertindak lah skarang... Keputusan ditangan anda... Melaporkan kepada pihak polis adalah satu tindakan yang anda boleh lakukan untuk mengubah cerita ini... Guideline sudah disediakan...
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Tuesday, November 20, 2007
Rumusan Perjumpaan di Mermaid, Kuantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment