"membangunkan ekonomi ummah"... itu lah moto jai network sdn bhd... tujuan asal ialah untuk menolong orang melayu... kata dr. jai, berniaga dengan duit orang lebih baik daripada pakai duit bank... itu dulu, maybe mase die mula2 nak berniaga, modal takde...
terlalu banyak pendapat mengenai harga asal seunit stromberg... ade yang cakap RM20 ade yang cakap RM80... untuk memudahkan calculation, aku anggap harga die RM50 seunit... setiap unit jualan smart partnership dr. jai untung RM200, ahli akan untung RM250...
so, kalo korang invest RM1000, beli 4 unit stromberg, korang untung RM1000, dr. jai untung RM800... boleh disimpulkan dr.jai untung 80% (berdasarkan anggapan modal seunit RM50) dari investment ko...
mase perjumpaan di sg besi sebelum jai kene serbu BNM, dr. jai umumkan die bayar SP bulan jun sebanyak RM36juta (25% sebulan)... maknenye total sume investment mase tu dah pun cecah RM144 juta... ini blum lagi diambilkira SP yang dah lepas tempoh 8 bulan tu... 80% dari 144 ialah RM115.2 juta (untung dr. jai)... jika ditambah dengan pendapatan dari kursus JMC dan kursus asas, bayaram masuk ahli baru, tolak bayaran gaji pengarah2, tolak beli mermaid inn dan wisma jai serta harta2 lain, kurang2 pun dr. jai masih ade RM100 juta lagi...
kalau dulu dia takde modal, skang die dah ade RM100 juta... skang, kenapa dr jai takut sangat dengan musuh2 jai??? knape takut sangat dengan khabar angin??? takut ahli2 lari??? kalo ahli2 jai dah tak yakin dengan jai, sume cabut lari tinggal otai2 jer, adakah jai akan berkubur??? TIDAK !!! kerana duit dr. jai RM100 juta tu dah cukup untuk die jual stromberg dengan keuntungan maksimum RM450 seunit (modal 50) di 56 buah negara2 asia... bayangkan berapa dr. jai untung... so, buat ape nak ahli2 jai network yang dianggap berpendirian macam lalang di dalam jai network??? biar je la diorang lari... bukan mengganggu core bisnes jai network pun, iaitu jual stromberg di 56 buah negara asia... modal pun dr. jai dah ade, ape nak risau... beliau masih lagi meningkatkan ekonomi ummah dengan cara yang saye akan sebutkan seperti perenggan kedua terakhir...
so, kenapa nak ramai ahli??? nak suruh melayu jadi kuat sebab bersatu??? kite dah ade umno dan pas yang ahlinya jauh lebih besar dari ahli jai... nak memperjuangkan ekonomi melayu??? sekadar berhutang keliling pinggan dan masuk SP, lepastu berangan2 nak beli nak beli mercz, jaguar, BMW, nak beli banglo kat mak, anto mak pegi haji dsb, itu bukan berjuang, itu hanya melahirkan bangsa melayu yang malas berusaha... ade yang dah berhenti kerja sebab nak cari downline sepenuh mase...
semasa kursus asas, ade sorang yang keje engineer di herdik kerana jadi kuli orang... gaji beliau RM3k++ dikatakan terlalu kecil jika dibandingkan dengan pendapatan jika join jai network... sekiranya beliau termakan dengan kata2 itu, maka, malaysia sudah kehilangan seorang professional melayu...
sekiranya dr. jai betul2 nak tolong orang melayu, skang modal beliau dah banyak... patutnye beliau dah ubah corak "tolong" tersebut kepada orang2 yang lebih memerlukan... skang nak join SSP kene bayar RM5000 sebelum membuat belian SSP... siapa yang ade RM5000 untuk dibayar secara cash??? adakah golongan melayu yang dok makan siput babi dalam rancangan bersamamu TV3 mampu bayar RM5000??? sekiranya seseorang itu mampu nak bayar RM 5000 cash, bermakna beliau bukanlah golongan miskin yang betul2 memerlukan bantuan...
dulu cakap maksimum RM50,000 je sebab tanak yang kaya bertambah kaya... skang SSP dibuka sampai RM100,000... Dr. jai pun tahu, jika orang tu nak labur lebih pun boleh, create la lagi satu akaun dengan nama anak ke, adik ker, bini ker...
sekiranya dr. jai betul2 nak tolong orang melayu, contohilah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. beliau membuka yayasan Albukhari, memberi tusyen kepada anak2 bangsa yang tak berkemampuan secara percuma, banyak mendirikan masjid dan mengindahkan masjid2 lama, taja pelajar miskin belajar di IPT, membuka institut pengajian yang menempatkan 3000 pelajar islam dari dalam dan luar negara, menaja rakyat malaysia yang tak berkemampuan untuk pergi haji setiap tahun dan lain2...
itu lebih mulia daripada merisiko kan duit ahli2 jai terhadap "ancaman" bank negara... tanpa lesen AJL yang sah...
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Thursday, September 6, 2007
Apakah Perjuangan yang dilaungkan JNSSB??? - By Semut
Labels: Semut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
500% agreed with semut.
can someone please find out where did Jai & latifah get their 'doctorate'?
From there we will know whether he is really as 'brilliant' as he claimed. Really curious to know.
p/s: cons are everywhere nowadays. fake 'datuk', 'tan sri', 'doktor' & 'haji' can be found anytime.
tenkiu anak melayu... hehehe..
ini memang luahan hati aku sejak sebelum akaun kene freeze lagi... aku memang muskil dengan perkataan "perjuangan" nih...
Post a Comment