Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Wednesday, September 5, 2007

Duit SP Disembunyikan - By otaibnm

Akum...

Tanggal 31 OGOS memang menjadi hari yang cukup bermakna bagi kita rakyat malaysia. Dan saya begitu yakin dan pasti bahawa PERISTIWA JULAI meninggalkan kesan yang amat mendalam terutamanya bagi ahli-ahli JNSSB yang terdiri daripada orang melayu sendiri.
Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah ketika peristiwa 'lawatan' BNM ke office JNHSB pada 17 JULAI 2007 yang menyebabkan segala acc syarikat DIBEKUKAN termasuklah beberapa acc?????. Yang menjadi persoalannya. Mengapa Pengarah BWSB terus terbang ke LABUAN pada keesokan harinya iaitu 18 JULAI 2007. Lebih kurang 5 hari berada di LABUAN. Sepatutnya jambu m****r kena berada di Mermaid pada hari Ahad tuh. Lama gak duk sana. Buat aper erkkk kat LABUAN???? Saper yang hantar??? 'Boss' atau 'Master'??? Nak tanya bleh lah tanya empunya diri tuh!
Buat pengetahuan rakan-rakan, Di MALYSIA, Offshore Acc hanya boleh dibuka di LABUAN. Ini adalah hasil usaha Tun Dr Mahathir ketika era pemerintahannya untuk mengalakkn pelabur-pelabur asing melabur kedalam negara kita. Sebelum ni hanya kat Singapura ataupun terus ke SW***. BNM tidak mempunyai kuasa untuk melakukan penyisatan keatas sebarang offshore acc.
Fikirkanlah bersama???????
Adakah anda begitu yakin bahawa BNM akan mencairkan acc syarikat pada bulan OKTOBER ini???? Jangan terjadi TRAGEDI OKTOBER sudahlah... Yang kita nampak sekarang samada disedari atau tidak 'boss' telah berjaya mengalihkan tumpuan ahli-ahli kepada BNM. Katanya... walau apapun yang terjadi BNM pasti akan mencairkan acc syarikat. Begitu Pasti??? Dan syarikat pula akan mengambil masa hinggalah 1-2 bulan, sekiranya cair (Hehehe) untuk mengemaskinikan maklumat ahli-ahli untuk melakukan bayaran SP. Cukup DUIT ker dalam acc tu??? Maka terlekalah ahli-ahli sekali lagi. Maka nyanyikanlah lagu 'NOVEMBER RAIN' beramai-ramai sementara menunggu bulan seterusnya. Mungkin sehinggalah TSUNAMI DISEMBER melanda???? Tetapi tunggulah muslihat seterusnya....
Dari hari kehari 'boss' hanya memikirkan bagaiman untuk memberi alasan yang seterusnya dan dalam pada masa yang sama meletakkan kesalahan kepada pihak lain. Tapi plan nak kaut DUIT tetap jalan lagi... Macam-macamlah.. Tunggulah peristiwa seterusnya. Saya tak nak katakan disini. Nanti akan terbukti...
Saya sebenarnya merasa begitu sangsi akan pengeluaran HYDROFUEL pada bulan puasa ni. Sebab kalau anda tahu akan hakikat sebenarnya yang berlaku (akan dikongsi kemudian), amatlah merisaukan....
'Come on' lah para-para Pengarah yang masih berkhidmat (ada watikah perlantikan ker???) ataupun yang 'berundur' (ada surat perletakan jawatan ker???) Ceritakanlah hakikat sebenarnya... Janganlah teruskan pengkhianatan ini... Janganlah sedapkan hati ahli-ahli yang seramai 25000 orang ini. Habis bangsa MELAYU kita, jika ditipu begini. Merana dengan hutang jer lah...
Tetapi tidak mustahil juga HYDROFUEL akan berada dipasaran pada bulan puasa ni. tapi yang berharga RM30 dan dijual dengan harga RM5000 pd ahli-ahli. SSP katakan. Tiruan lah tuuu... STROMBERG tiruan bleh buat (tahu cite tak???). Hydrofuel pun boleh jugaka kan??? Makin sedaplah 'boss' meratah duit orang-orang MELAYU....

Kepada semut dan pajey, aku hormati pendirian masing-masing... Harap kita boleh memberi maklumat yang baik untuk dikongsi bersama. Yang dah terkena tu nak buat macam mana, harap tak kan ada yang seterusnya.. Sekali lagi aku katakan, matlamat perjuangan kita semua tetap sama. Inginkan sekurang-kurangnya modal SP KEMBALI.... (Teringin nak dengar teori semut) Kalau aku nak mereka cerita... letihlah...

FAKTA ATAU AUTA... Jom fikirkan dan bertindak bersama... Jangan lalai dengan janji-janji yang belum pasti...

4 comments:

Semut said...

Perkara macam ni memang saya dah jangka dari awal lagi seperti mana saya sudah tulis di

http://jnssb.blogspot.com/2007/09/kronology-teori-semut.html

sememangnya dr. jai membawa duit tu ke akaun proxy bagi mengelakkan ia terbeku oleh BNM...

pharmacist said...

Jango Fett wrote: Untuk pengetahuan anda semua selepas 9/11 mana2 BN boleh membekukan ac offshore tak kira dimana jua kecuali dikedai along(sebab pki buku 555)sekiranya tuduhan keatas individu atau com tersebut bersabit dgn terrorist funding so klu mengikut tuduhan 1 dan 2 keatas JNSSB dah tentulah BN boleh trace dan freze so tak yah laa nak kluarkan statement yg tak berasas takkan lah pergi labuan sampai lima hari sebab nak bukak offshore ac lagi pun apa yg menarik sgt kat labuan tu sampai nak lepak lima hari fikir2kanlah. buktinya pihak bank amerika boleh membekukan duit North korea diHK atas tuduhan membina senjata nuklear utk pihak iran

Semut said...

Apa yang saya jangkakan ialah akaun proxy, iaitu akaun bukan atas nama Dr. Jai, Syarikat dan sedara mara terdekat...

beliau boleh pakai nama orang lain, ataupun ape2 nama, boleh juga pakai nama akaun syarikat lain... inilah yang dimaksudkan akaun proxy... tak kira lah onshore ke offshore...

Semut said...

dengan menggunakan akaun proxy, bank tidak ada hak untuk membekukan akaun orang yang tidak bersalah...

sebab tu dalam Teori Semut, saya nyatakan, Dr. jai memindahkan duit dalam akaun syarikat sedikit demi sedikit bagi mengelak dari dikesan...