Update I
Daripada Dr Jai:
1- BNM masih menyiasat JNSSB. InsyaAllah, jika tiada masalah, BNM akan unfreeze dlm bulan September 07. Jika bermasalah, BNM akan juga unfreeze tetapi dalam bulan Oktober 07. Kesimpulannya, kecairan adalah sesuatu yang dipastikan!
2- Pembayaran SP yang dibekukan mengambil masa 2/3 bulan lagi memandangkan ke semua dokumen (2 lori) yang diangkut akan dipulangkan dan mengambil masa untuk disusun semula.
3- HFT akan mula dipasang dalam bulan puasa untuk ahli pelan SSP dahulu (rugi kalau tak join lagi).
4- Kursus Khas (sehari sahaja) dicipta bagi membolehkan ahli mendapat 10% daripada SP HFT & byk kelebihan lain lagi. (boleh dapatkan borang & keterangan daripada saya, emel sharudinzain@ gmail.com)
5- Bisnes Efektif Sdn Bhd dimasukkan di bawah unit Ekonomi PEKIDA dan akan membuka cawangan di Bukit Bintang, di bawah pejabat PEKIDA Bukit Bintang.
6- Sebuah masjid/surau akan dibina di atas tapak letak kereta di Jalan Bukit Bintang oleh JAI. (janji telah dibuat kepada Ayahanda PEKIDA Bukit Bintang)
7- Arkitek dari Dubai telah tiba di KL dan akan membentangkan pelan bangunan yang unik yang akan dibina di tanah kosong sebelah Mermaid Inn dalam masa 2-3 hari lagi. Harga belum dinyatakan.
8- Agenda menjatuhkan JAI sangat dahsyat di luar sana, oleh itu diminta ahli JANGAN membaca/mendengar/ mengambil apa-apa cerita yang keluar dari mulut orang ramai/ahli sendiri melainkan datangnya dari Dr Jai/Pengarah/ syarikat sendiri.
9- Mejar Mokhtar mengundur diri sebagai Pengarah syarikat dan tiada masalah di antara JAI dan beliau. Pengunduran beliau disaksikan sendiri oleh Ayahanda Roslan (PEKIDA Bukit Bintang). Dr Jai menganggap tiada paksaan dalam meneruskan perjuangan ini.
10- Tiada lagi jalan berpatah balik di dalam JAI melainkan keluar atau terus ke hadapan.
Daripada Mr Adzmi:
1- Bayaran bonus pada bulan september ini mencecah RM 1 juta.
2- 3 acc bank untuk Bisnes Efektif telah boleh digunakan.
3- Prosedur siasatan BNM berjalan seperti biasa.
Daripada Dr Izham:
1- Bagi leader2, jangan berhenti sebaliknya terus mara ke hadapan. Sekurang-kurangnya, bonus bulan-bulan berikutnya dapat membantu anda untuk membantu downline2 yang kesempitan wang.
2- Teruskan usaha kita dalam menceritakan bagaimana JAI menjana ekonomi ummah dan menggerakkan plan-plan yang sedia ada.
Daripada Ayahanda Roslan:
1- PEKIDA adalah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah Malaysia.
2- Bersatu dalam Amar Makruf & Nahi Mungkar.
3- Sama-sama menyelamatkan anak-anak Melayu Islam kita pada hari ini.
Itulah serba sedikit tentang perjumpaan yang kami hadiri pada hari ini. Diharap semua ahli terus berdoa. Moga-moga Allah memberi kemudahan di dalam dugaan-dugaan yang kita tempuhi ini. InsyaAllah, kekuatan para pejuang di hadapan adalah dari doa-doa kita semua.
Update II
Satu perjumpaan khas telah diadakan antara pengarah-pengarah syarikat dan ahli-ahli yang komited bertempat di Mermaid Inn Resort, Cherating. Seramai lebih 150 orang leader dari seluruh negara termasuk dari Selatan, Utara dan Barat tanahair telah hadir bagi mendengar keadaan terkini syarikat selepas peristiwa lawatan BNM ke Wisma Jai Network Holdings SB pada 17 Julai yang lepas.
Untuk pengetahuan semua, lawatan tersebut dibuat atas dasar 414 pucuk surat aduan yang diterima oleh BNM atas tuduhan:
1) Anti Money Laundary Act (AMLA)
2) Berniaga tanpa lesen AJL
3) Bank and Finance Institutional Act (BAFIA)
Tuduhan pertama iaitu AMLA atau Anti Money Laundary Act adalah tuduhan tak berasas kerana kita tidak terlibat dengan mana-mana kegiatan pengganas. Nama Dr Jailani di bahagian polis Bukit Aman juga telah bersih/clear setelah polis menyiasat laporan ini. Khabar gembira ini dinyatakan sendiri oleh Dr Jailani dalam pertemuan ini dan mendapat tepukan gemuruh oleh semua hadirin. Selepas ini, sesiapa yang membuat laporan tentang JAI akan ditangkap dan direman sekurang-kurangnya 7 hari untuk disoal siasat. Maka diharap bagi mana-mana ahli yang berniat untuk membuat laporan polis agar mendapatkan penerangan yang tepat dahulu daripada upline atau syarikat sendiri. Jika tidak, anda juga mungkin akan direman sebaik sahaja anda membuat laporan.
Bagi tuduhan kedua, syarikat mengakui bahawa kita tidak mempunyai lesen AJL. Walaubagaimana pun, syarikat telah sedaya upaya memohon daripada KPDNHEP sejak Oktober 2006 lagi. Dalam temuduga pertama, permohonan kita ditolak. Walaubagaimanapun, dalam temuduga kedua iaitu pada bulan Februari, tiada jawapan daripada KPDNHEP sehinggalah jawapan permohonan DITOLAK pada bulan Jun 2007. Difahamkan terdapat permainan dalaman yang melengah-lengahkan syarikat daripada memperolehi lesen tersebut. Oleh sebab itu, syarikat bersedia untuk membayar saman maksima RM 200,000.00 jika didapati bersalah. Kita semua tidak perlu risau kerana kita telah mempunyai lesen AJL selepas ini di atas nama syarikat yang lain. Lesen itu telah diluluskan dan akan diguna pakai selepas ini untuk urusniaga Hydrofuel dan Stromberg.
Bagi tuduhan ketiga iaitu BAFIA atau Bank and Finance Institutional Act, alhamdulillah ketua operasi BNM sendiri akur selepas mendengar penerangan penuh tentang pelan perniagaan kita. Kita tidak terlibat dengan aktiviti memungut deposit haram sebaliknya kita menjalankan perniagaan beli dan jual barang.
Oleh itu, kita semua tidak perlu bimbang dan risau kerana perniagaan kita tidak melanggar 2 akta yang disebutkan di atas. Master Adzmi juga secara peribadi yakin 110% hasil siasatan berpihak kepada kita. Saya mohon kita semua mendoakan agar proses siasatan berjalan lancar.
Bagi pembayaran SP bulan ini (bagi sesiapa yang masih belum mendapatnya) dan bulan hadapan, kita bergantung kepada bila akaun syarikat dibuka semula atau "unfreeze". Syarikat dan ahli lembaga pengarah amat prihatin dan berusaha siang malam bagi melancarkan proses siasatan. Ketua Operasi BNM, Tuan Mazlan juga berjanji akan mempercepatkan proses siasatan agar syarikat dapat berjalan seperti biasa. Sama-samalah kita membantu dengan cara doa ataupun kewangan agar syarikat dapat berjalan dengan baik dalam tempoh pembekuan ini.
Tuan puan juga tidak perlu risau kerana dalam tempoh ini, syarikat akan menjalankan aktiviti syarikat seperti biasa seperti kursus dan Hydrofuel.
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Wednesday, September 5, 2007
Sedikit Update Dari Kuantan pada 17 Julai 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
yeee..yeeee... boleh dapat duit balik... hihihi
pelancaran HFT mungkin bukan dlm bulan posa ni..cuma utk ahli2 yg dah join ssp akan dpt dulu dan boleh pasang dlm bulan posa ni..berdasarkan update I Item 3
agak2 berape orang yang join AD dulu yee???
utk AD stkt yg saya tau, kuota masih ada dan terbuka utk ahli2.
Selepas ini, sesiapa yang membuat laporan tentang JAI akan ditangkap dan direman sekurang-kurangnya 7 hari untuk disoal siasat. Maka diharap bagi mana-mana ahli yang berniat untuk membuat laporan polis agar mendapatkan penerangan yang tepat dahulu daripada upline atau syarikat sendiri. Jika tidak, anda juga mungkin akan direman sebaik sahaja anda membuat laporan."
aku paling lawak statement ni.. hahahah, since yg di bagitau masa tu pun dlm diorang punya majlis, so, pakcik2 yg bendul yg dah kena brainwash ni pun percaya le sebenor2nye..(dlm website tu)
hahaha, since when ada akta yg boleh mereman orang yg membuat report? dah tu pulak, instantly pulak tu. JNSSB ni pakai 'patriot act' yg Us punya tu ke?
sesuka hati miker je nak buat statement begitu..
Maybe JNSSB punya bigman ni dah berjaya ubah perlembagaan negara kut.. dan selitkan "akta syarikat jnssb' kat dlm tu...
further than that, aku no comment,sebab, pasal HFT pun masih tangguh lagi, pasal duit ni, katanya bulan oktober kan?so, tunggu le..
Post a Comment