salam kengkawan semua .. saya ada satu perkara nak diluahkan .. ini merupakan pendapat peribadi saya .. tidak ada kena mengena dgn sesiapa pun .. sekiranya ada yg terasa saya minta ampun dan maaf dahulu ..
seperti mana yg kita maklum , duit kita skang ni dibeku kan oleh pihak BNM .. pembekuan akaun dr. jai bermaksud pembekuan pemberian duit kita kerana dr. jai masih "berhutang" dgn kita selama beberapa bulan lagi .. saya baru je masuk dan masih blm dpt kumpul modal saya semula .. jumlah yg saya masuk ada lah kecil jika dibandingkan dengan rakan rakan yg lain .. ada dlm belas jer .. tetapi , jumlah bkn menjadi ukuran sekarang ni .. yg menjadi masalah saya ialah persoalan yg timbul dibenak hati saya .. saya telah meminjam wang utk dilaburkan kepada jnssb ini kerana percaya dan yakin yg akan mendapat pulangan dlm tempoh 8 bulan .. saya meminjam dari sedara mara , pak mertua , adik beradik dan sebagainya .. malah , dibawah saya juga terdapat lebih kurang 25 org downline ..
setiap hari saya "dikejar" oleh mereka .. bertanya kan situasi hutang saya ini .. apa yg blh saya katakan ialah " sabar dulu " .. ada yg paham , kira ok la kan .. yg tak paham tu yg payah .. setiap hari downline saya akan call bertanya kan pasal duit mereka .. saya berasa sungguh rimas dan tak selesa .. setiap hari saya berada dlm ketakutan .. ada yg dtg umah kacau anak bini saya kerana nak kan saya pulangkan duit mereka .. semakin hari semakin saya kurang yakin dgn jnssb ni .. ada beberapa persoalan yg mereka suruh saya tanya .. antara nya
1. dgr citer jnssb ada hotel di kuantan .. kenapa tak jual hotel itu untuk cover semua duit pelabur .. dpt pulang modal dah kira cukup baik
2. dgr citer juga dr. jai ada guna kereta besar dan byk kereta .. kenapa tak jual utk cover duit pelabur ?? sepatutnya dia lebih bertanggungjawap dlm menyelesaikan hutang kami .. bkn setakat nak tunggu hingga 3 bulan baru nak masukkan duit .. kami nak guna duit
3. mana surat janji yg telah diisi masa mendaftar haritu ?? dah dekat 3 bln tak dpt pun .. kata dlm tempoh sebulan nak bagi balik.. nak juga tau peguam mana yg diambil dan duit guaman telah diberi tapi sampai hari ini tiada apa apa fed back pun
4. agak agak blh tak kami saman jnssb sbb melanggar kontrak perjanjian ?? sepatutnya mengikut kontrak , bayaran mesti diselesaikan dlm tempoh 8 bln .. tiada dlm perjanjian mengatakan bayaran akan tertunggak kerana masalah dalaman .. jadi , sebarang masalah pihak jnssb yg kena tanggung sendiri .. apa yg pasti kami mesti dpt duit kami setiap bulan selama 8 bulan
5. setiap kali saya suruh masuk web mereka akan memberitahu bahawa , apa yg kat web tu sesiapa pun blh tulis .. benda tak tau pasti atau tidak .. samada permainan belaka atau kenyataan .. tiada pun sebarang berita di dada akhbar .. setakat main cakap jer budak kecik pun blh taip mcm tu kat internet .. maksudnya mereka tak yakin dgn jnssb ni .. dahulu kata nak bantu melayu , tapi lain lak citer .. mcm mana melayu nak percaya dan nak bantu sesama islam kalau mcm ni jadinya ..
dan ada beberapa lagi soalan yg saya pun dah tak ingat .. saya terpaksa menutup telefon saya selama beberapa hari kerana tak tahan dgn gangguan mcm ni .. tak dpt kat umah , kat opis mereka cari saya .. mereka kata yg saya telah songlapkan duit mereka .. padahal kenyataan adalah berlainan .. saya kini menjadi buruan untuk membayar duit mereka .. adakah saya perlu menghadapi semua perkara mcm ni ?? saya terpaksa menjual kereta saya semata mata utk menyelamatkan periuk nasi saya dan membayar pada mereka dgn membuat perjanjian bahawa jnssb akan membuat pembayaran .. sekiranya pembayaran telah dibuat , saya akan kutip semula duit yg telah saya berikan pada mereka .. adakah patut saya menghadapi perkara ini bersendirian ?? ..
adalah dimaklumkan bahawa downline saya kebanyakkannya adalah orang kampung yg membuat kerja kerja kampung .. jadi bila kita bagitau yg ada masalah sket , mereka dah anggap yg saya ni dah buat mcm skim pak man telo .. anak anak mereka pun dtg kacau saya suruh saya bayar balik duit mak bapak mereka .. apa yg mereka tau duit mereka mesti dpt .. masalah yg dtg tu jnssb punya pasal .. ada juga antara mereka yang nak saman saya dan istiharkan saya muflis kerana saya berhutang dgn mereka padahal jnssb yg ada masalah .. jadi utk menyelamatkan keadaan saya terpaksa menjual kereta saya utk membayar semula kepada org org kampung ni ..
saya dah letih dgn memberikan jawapan " sabar " .. saya masih boleh bersabar dgn jnssb ni .. saya takut downline saya yg tak sabar nanti .. sekarang ni anak bini saya pun dah takut nak keluar rumah .. takut diapa apakan .. nak kerja pun tak tenteram .. adik beradik , ipar duai , mak mertua semua dah pandang serong sbb duit mereka saya blm ganti lagi .. nak minta tolong dgn siapa lagi ?? kekadang tu menyesal juga tarik org supaya jadi downline saya .. dpt tak seberapa tapi kena jawap segala soalan mcm ni setiap hari ..
saya berharap sgt agar masalah ini dpt diselesaikan dgn cepat .. kalau blh tolong bagi satu tarikh tetap .. saya dah tak sanggup lagi nak menghadapi dugaan mcm ni .. kalau perkara ini disebabkan oleh saya , saya sanggup hadapi dan bertanggungjawap .. tapi perkara ini bkn salah saya .. adakah saya kena tanggung juga ?? .. harap dpt dgr rintihan dan keperitan masalah yg saya alami ni .. dgn bebanan kerja yg byk , ditambah lagi dgn telefon dan org dtg rumah bertanya kan duit mereka , saya rasa saya blh jadi gila kalau benda ni berterusan utk satu jangka masa yg lama .. skang ni dah nak masuk bulan ogos .. seharusnya pembayaran akan dpt lagi .. tapi kalau masih sama , saya tak tau apa nak cakap kat mereka .. adakah saya perlu lari ke tempat lain ?? tak berbaloi rasanya membuat pengorbanan seperti itu semata mata utk jnssb ..
demikian la keluhan hati saya .. saya harap agar pihak jnssb tidak terasa hati .. saya terpaksa memberitahu kerana tak tahan lagi dgn asakan dan soalan dari org kampung ni .. saya harap pihak jnssb jgn la sekadar membaca apa yg saya tulis sahaja .. tetapi ambil la tindakan yang sewajar nya secepat mungkin .. sekian , terima kasih ..
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Tuesday, September 4, 2007
Pengalaman Upline
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
padan muka, sapela suruh korang melabur. jai tak penah pun buat pelaburan... isk2... ramai lagi yg tak paham2...
x-semut...x-semut.., itu perkataan je yg di psikokan leh JNSSB supaya x nampak cam pelaburan internet lain, tapi hakikatnye itulah bendanya...cubalah switch sikit pandangan tu, karang nampaklah ianya menyerupai pelaburan....
x-semut, nanti saya akan buktikan tentang jai adalah pelaburan... tungguuuuu.....
SIMPATI AKU KAT SAHABAT2 SEMUA YG DAH MELABUR BANYAK..AKU PUN HAMPIR2 DAH NAK MELABUR TAPI MASA AKU POSTPONED KE BLN BERIKUT..TUP TAP DGR DAH KENA TAHAN DGN BNM....TAPI KNP YG DAH DAPAT AGGREMENT TAK NAK BAWAK KES INI KE MAHKAMAH?
Aku dpt agreement tu balik, tp aku muskil agreement tu x de mati stem. Huhuhu3... 30k aku dah labur..
Klu ade ape2 cadangan undang2 ajaklah aku sekali...
Post a Comment