Assalamualaikum...
Pernah kah anda terfikir, kenapa seorang demi seorang pengarah menjadi "pengkhianat bangsa"??? Bermula dengan Dr. Mazuki, Mejar Mokhtar, Hj Zainal dan Kak Jamilah serta lain2... Dimanakah mereka berada sekarang??? Siapakan pengkhianat sebenarnya???
Dr. Jai @ kpl JJ tidak pernah disclose account syarikat kepada pengarah2 nya... Beliau juga tidak pernah memberikan penerangan tentang perjalanan syarikat kepada pengarah, terutamanya mengenai jualan stromberg sehingga dapat untung 35juta sebulan... Setiap pengarah dialihkan tumpuan kepada tugas2 lain bagi mengelakkan mereka mengetahui "sesuatu" tentang perjalanan syarikat... Dr. Mazuki dengan HFT nya, Hj Zainal dengan JMC nya, Cikgu Idzham dengan kursus nya dan sebagainya....
Ahli2 nya juga dialih kan perhatian kepada konsep "perjuangan" yang diterapkan semasa kursus, menyebabkan mereka lupa untuk menyelidik mengenai perjalanan syarikat yang penuh misteri... sehingga sekarang pun masih ramai yang "tidur nyenyak" dengan konsep perjuangan tersebut walaupun "hari kebenaran" semakin hampir...
"Sesuatu" yang misteri tentang jai, iaitu, apa yang disifatkan oleh Dr. Mazuki sebagai Model perniagaan Jai, sedang dihidu dan semakin terserlah... Walau bagaimanapun, ia adalah suatu kerahsiaan bagi kpl JJ dan tidak mahu mendedahkannya kepada Dr. Mazuki... Setelah menyelidik kembali, maka, Dr. Mazuki telah terjumpa "sesuatu" tentang model perniagaan Jai... Beliau berasa bersalah dan terus berhenti dari JNSSB sebagai tanda "ingin terus berjuang"... Itu adalah signal pertama yang diberi kepada ahli2 Jai... Walau bagaimanapun, ramai yang tidak nampak...
Perjumpaan tergempar di kuantan dibuat untuk memberikan penjelasan kenapa Dr. Mazuki berenti. Tujuan utama ialah untuk melenyapkan signal yang diberikan oleh Dr. Mazuki kepada ahli2 jai, disebabkan pengaruh Dr. Mazuki amatlah besar... Fitnah disebarkan bagi membunuh kredibility dan kepercayaan ahli kepada Dr. Mazuki... pelbagai tuduhan dilemparkan menyebabkan majority ahli percaya yang Dr. Mazuki adalah "pengkhianat"... Ini adalah langkah berjaga2 bagi menyenangkan kpl JJ mencantas Dr. Mazuki apabila beliau cuba membuka mulut satu hari nanti...
Apabila BNM datang freeze akaun, maka, mejar mokhtar banyak membantu kpl JJ dalam membantu siasatan... Semakin lama, Mejar Mokhtar semakin nampak "sesuatu" tentang perjalanan syarikat... Maka, Mejar Mokhtar mengambil keputusan untuk berhenti sebagai pengarah... Seperti biasa lah, jika tidak sehaluan dengan syarikat, maka, akan dilabel sebagai "pengkhianat"... Maka, pelbagai fitnah dikenakan terhadap Mejar Mokhtar, termasuk mendalangi fitnah di internet... dan juga dalang disebalik blog semut...
Pengarah JMC, Hj Zainal dan kak jamilah juga sudah ternampak "sesuatu" dalam Jai Network menyebabkan mereka juga mengambil langkah yang sama untuk berhenti... Kita tunggu lah, beberapa hari lagi untuk mendengar fitnah tentang mereka pula...
Apa yang semut maksudkan sebagai "sesuatu" tersebut ialah ape yang semut jangkakan sejak awal2 dulu, iaitu, jai main rolling duit atau skim piramid... Kalau mereka semua satu ketika dulu anda sanjung, sekarang mereka telah memberi anda signal untuk anda sendiri berfikir, apa rasionalnya tindakan mereka... Fikir lah dengan minda yang waras dan tenang, kalau boleh, jumpa sendiri mereka secara personal...
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Monday, September 24, 2007
"Signal" Dari Pengarah - By Semut
Labels: Semut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
'sesuatu' yang tak disangka...
seringkali mendatangi kita...
hrmmm... kebenaran hampir terungkai, the biggest malay scam of the century ...
Yeah... hari kebenaran hampir tiba... 17 Oktober 2007
ada sesaper nak buat flash animation utk hari kebenaran tak?
kasi gempaq satu malaya.....
Post a Comment