Setelah hampir 2 bulan aku didunia siber, tercari2 akan kebenaran JNSSB, aku tidak mendapat apa2 hasil... setiap hari aku terus mencari, siapakah yang harus dipercayai, sumber manakah yang paling boleh dipercayai, tetapi, aku masih belum dapat membuat keputusan... aku mendengar dari kedua2 belah pihak, samaada pihak "anti" dan pihak "taksub"... dan hati aku tercondong kearah pihak "anti" atas beberapa sebab yang aku sendiri sebelum ini tidak terfikir untuk menyelidik dengan betul2 mengenai JNSSB...
Banyak yang aku nak tulis, tetapi terasa seolah2 membuang masa sahaja... pihak taksub akan terus taksub, pihak anti akan terus anti... itu lah yang berlaku di kebanyakkan forum2 di dunia siber yang membahaskan perihal JNSSB... tiada apa yang boleh diselesaikan... tiada apa2 perubahan yang boleh dibuat...
Aku jangkakan bulan oktober duit masih dibekukan, bulan november sume ahli masih belum dapat duit SP... maka ramai yang sudah sedar akan risiko untuk lemas kali ke dua... itu lah yang aku jangkakan sebelum ini, malangnya ketika ini, ramai pula yang sanggup merisikokan diri untuk lemas kali kedua dengan masuk plan SSP dan berlumba2 pergi kursus khas...
Jika keadaan ini berterusan, kes SP akan semakin diambil ringan dengan ahli2 yang sibuk bercakap tentang SSP... kita lihat 2 bulan lepas ketika akaun mula2 kena freeze, ramai yang mula berfikir dan takut duit mereka "hangus"... pada masa ini, datanglah Dr. Jai memberikan jaminan 90 hari saja siasatan... selepas itu release lah... maka yang mula berfikir tadi tidur kembali...
Apabila tempoh 90 hari semakin dekat, dr. jai menabur janji baru iaitu kalo lah akaun unfreeze pun, beliau mengambil masa sebulan untuk susun dokumen balik... maka, tidur lah golongan yang mula berfikir ini sebulan lagi extra... sekarang, tempoh sebulan extra makin dekat, maka, kita tunggu lah berita positif dari syarikat, yang akan mencipta pelbagai alasan lagi untuk menunjukkan mereka sedang berusaha, tetapi masih belum berjaya... alasan demi alasan bakal dicipta... berita yang diterima dari syarikat sentiasa positif... tapi hakikatnya, golongan mula berfikir ini masih lagi belum dapat petunjuk yang tepat, bilakah duit SP akan berada didalam akaun mereka... sedangkan setiap janji gembira itu secara psikologi dapat menambah kepercayaan kepada SSP...
Dr. jai akan terus menabur janji, terus mengkhabar kan berita gembira, terus memberikan harapan kosong kepada peminat setia... peminat setia ini akan terus menenangkan golongan mula berfikir tadi... pada masa yang sama, plan SSP semakin menunjukkan tanda2 awal kejayaan dalam menarik perhatian si peminat setia ke kursus khas... si peminat setia akan sentiasa mewujudkan suasana yang selesa kepada golongan mula berfikir tadi agar terus tidur... apa2 berita dari Dr. jai akan disampaikan dan ditokok tambah untuk menjadikan ia sedap didengar, supaya yang tidur akan terus lena dibuai mimpi... SP, dimanakah SP... aku lihat kau semakin menjauhi aku...
Ketika ini SSP semakin menjadi sebutan... semakin lama semakin ramai yang mula menaruh harapan dengan SSP... apabila sudah menerima pulangan dengan selamat, maka berlumba2 lah golongan peminat setia ini untuk mencari mangsa lemas seterusnya, demi mendapat komisyen 10%... perkataan SSP disebut setiap hari sedangkan produk untuk komersial lansung tak kelihatan... yang ada hanya beberapa unit sahaja HFT dan sebuah bengkel di kuantan, dan ia bukan untuk dikomersialkan... sekadar digunakan untuk meyakinkan golongan yang sedang tidur sahaja...
Setiap kenyataan gembira dari pihak syarikat bermakna SSP sudah satu tapak dihadapan... dan SP akan terus dilupakan... perkataan perjuangan dan agama semakin dilaung2 kan untuk menutup segala strategi "perniagaan" syarikat... setiap ahli di cuci otak nya untuk berfikir tentang perjuangan yang mereka sendiri masih belum pasti apakah maksud perjuangan yang sebenar... perkataan "perjuangan" berada di hadapan sekali... itu lah pemikiran mereka sesudah di cuci otaknya... mereka sudah tidak dapat berfikir lagi bagaimana pendapatan 30% itu dijanakan... darimana datangnya hasil 120% dalam masa 8 bulan jika produk pun entah kemana... peristiwa ini juga berlaku dalam kisah "stromberg" dimana semua sudah tidak dapat berfikir lagi berapakan jumlah dijual, siapakah pengedar, berapa unit terjual, dan sebagainya sehingga mereka dapat bayaran 25%... walau bagaimanapun, peristiwa "stromberg" dan SP nya makin dilupakan dan terus dilupakan.... SSP terus disebut saban hari menggantikan SP...
Akan tiba satu bulan bertuah, dimana dr. jai mengumumkan untuk membayar SP yang dilupakan itu, walaupun ia masih belum di unfreeze oleh BNM... maka, semua masyarakat JNSSB mula bersorak riang, tidak habis2 mengucapkan terima kasih Dr. jailani... mereka lupa, yang duit itu hanya sebagai umpan sahaja... ketika ini, begitu ramai yang mengeluarkan duit simpanan masing2... Dr. jai tahu, ramai yang menunggu SP start dibayar baru nak masuk SSP... ketika inilah duit paling banyak memasuki akaun Bisnes Efektif Sdn Bhd...
Bank Negara menyiasat SP adalah kerana ia mirip kepada skim ponzi, bukan kerana tak ada AJL... Maka, tidak hairanlah jika akaun BESB dibekukan nanti kerana pelan dia tidak berbeza dengan SP yang telah dibekukan sekian lama... walaupun ketika ini BESB sudah ada AJL...
Sebulan kemudian, sejarah berulang kembali... BNM serbu BESB... ketika ini, ramai yang lemas dan karam untuk kali kedua.. masa inilah perkataan "perjuangan" yang mereka agung2 kan itu sudah tidak bermakna lagi... semua terkulai layu... ketika ini, sesalan sudah tiada guna lagi... sekiranya dahulu dia dikenali sebagai selalu bercakap jujur, sekarang sudah digelar pendusta oleh masyarakat sekeliling...dimanakah perjuangan yang diagung-agungkan???
sekian saja cerita dongeng semut untuk kali terakhir...
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Tuesday, September 11, 2007
Teori Semut II (Selamat Tinggal) - by semut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wehhh jgn berenti lagi!!!
aku still kena selamatkan kawan2 dan nasib sebangsa aku.
kalau korang nak stop, biar aku sambung blog ni pulak. takpun aku copy ke blog aku
ok ke semut?
ok... boleh jer... bagi email... nanti aku add...
ni account blogger aku
orait... check email...
Post a Comment