Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Tuesday, September 18, 2007

Siapa kata Jailani tak boleh untung 20juta sebulan?

Meh meh gerakkan otak korang yang dah karat tu! Walaupun sedang berlapar menahan puasa, tapi buat2 la matematik sikit...
Bayangkan pada Jan 07, 4 juta dilaburkan oleh orang ramai dalam JNSSB. 8 juta pada bulan Feb dan 20 juta pada Mac.
Kita juga anggapkan 20 juta merupakan jumlah pelaburan paling tinggi. Kemudian jumlah pelaburan menjadi tepu, dan pada penghujung 2007, pengambilan modal dihentikan.

Setiap nombor dalam table di atas menunjukkan nilai juta. Dengan andaian ini juga, jumlah bonus paling tinggi pihak syarikat akan bayar dalam sebulan adalah RM 40 juta, masih jauh dengan sasaran Jailani untuk membayar 100 juta bonus sebulan (kita target rendah je... tak berani bermimpi seperti Jailani)
Ruangan sebelah kanan menunjukkan ansuran bayaran yang syarikat akan bayar kepada pelaburan bulan tersebut. (cth: april, 20 juta dilaburkan, setiap bulan syarikat akan bayar 5 juta).

Dari sini kita boleh lihat yang duit syarikat menjadi maksimum pada bulan ke-7, dan boleh tengok sendiri macamana syarikat mampu untuk membayar bonus pada awalnya.

Perkara paling mudah untuk difikirkan, kalau 20juta sebulan dilaburkan, syarikat mesti mampu untuk menjana keuntungan lebih dari 20 juta sebulan (supaya tidak rolling duit). Ada sesiapa kat Malaysia ni yang boleh buat untung 20 juta sebulan???? Sila angkat tangan!!!

Korang buat la analisis sendiri. Tapi dari table ni korang dah boleh bayangkan, macamana syarikat mampu bayar bonus untuk 5-6 bulan sebelum kena freeze.

1 comments:

Semut said...

calculation yang kesian korang buat tu adalah dengan anggapan modal yang dilabur adalah maintain jer 20 juta sebulan start bulan mac...

secara logik nya, jumlah pelabur jai sentiasa meningkat, yang dah masuk pun tambah lagi pelaburan.. jumlah orang baru pun bertambah secara mendadak...

maknanya bebanan hutang jai makin bertambah secara mendadak juga... nak "berhutang" sampai 100 juta???