Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Sunday, September 16, 2007

konspirasi badut

Assalamualaikum kepada semua pembaca, pertama sekali, kenapakah anda semua di sini??
Adakah untuk mencari maklumat tentang syarikat & jai, mencari kebenaran ke mana wang anda pergi, mencari jawapan untuk wang ribu2 anda, atau sengaja mahu membaca konspirasi badut yang dibawakan khas dari bilik sempit di dalam hutan?

Biar apapun jawapan anda kepada persoalan di atas, saya tak peduli dan tak kesah. Biar saya tegaskan di sini;
-Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan jika Jai & orang2 kuatnya musnah
-Saya tidak pernah diupah, disuruh atau bersekongkol dengan mana2 pihak untuk menjatuhkan Jai & pasukannya (bahkan saya tidak pernah mengenali semut, otaibnm, cikgureza dan lain2 sebelum ini)
-Saya tidak pernah iri hati, diulangi tidak pernah iri hati terhadap jai dan leader2 yang sudah berjaya. Malahan saya gembira kerana leader2 ini membelanja saya makan dengan kerap. Perjuangan saya ini bermula kerana sifat ingin tahu saya apabila wang SP saya tidak masuk (belum balik modal lagi)
-Tidak pernah terdetik di hati ini untuk melaga-lagakan sesama kita. penulisan kami mungkin ekstrim bagi mereka2 yang taksub, tetapi bagi mereka yang berfikir secara secara rasional, sedikit sebanyak kebenaran dan logik dapat mereka lihat. leader2 jai sekalian, berikan kami jawapan yang konkrit, maka tidak perlu kami membuat blog ini, dan tidak perlu pula ahli lain datang ke blog ini untuk mencari jawapan

Apa yang saya mahukan adalah;
-Menyelamatkan lebih ramai anak bangsa sendiri daripada terjebak (sebelum dapat dibuktikan yang Jai tidak melakukan sebarang penyelewengan dan mengurus semua dana dengan betul)
-Memastikan hak2 semua orang dapat diperjuangkan (jika didapati Jai menyeleweng wang tuan puan)
-Tuan puan dapat berfikir secara rasional dan mempertimbangkan segala kemungkinan dan jalan
-Tuan puan dapat mengkaji sendiri segala dalil dan bukti yang yang saya dan lain-lain kemukakan. Jangan terlalu bergantung terhadap jawapan leader tuan puan

Berikut saya nyatakan sekali lagi persoalan2 yang masih menghantui dan masih tidak dapat dijawab oleh seorang leader pun;

1. Peribadi & background Jai (& lain2)
-Dari mana Jai, Latifah dan DOKTOR2 lain dalam syarikat mendapat kedoktoran mereka? kenapa tak pernah diorang cerita pun? tak bangga ke jadi doktor? dalam bisnes kad diorang takde tulis ke PhD. in Business (UUM), atau mana2 universiti ke?
-Apa yang Jai dan orang lain buat sebelum JNSSB ni? Ikut kata PADAM MUKA KORANG, Jai buat Eagle Network sekitar tahun 2000 dan surat berantai sekitar 2002. Ala-ala scam jugak la. Leader2 tau ke Jai & rakan2 buat apa sblm ni?
-Adzmi yang korang dok panggil 'Master' tu penah declared muflis. Duit sendiri pun tak ter'managed' inikan duit berpuluh juta??? Hisyyy

2. Syarikat tidak profesional
-kenapa banyak sangat syarikat??? Jai Network Holding. Jai Network System, Jai Resources, De Four Marketing, Bagai Wangsa dan terbaru Bisnes Efektif. Dalam banyak2 tu pulak, hanya JNSSB je yang ada paid-up capital 500k, itupun sebab nak apply lesen AJL (jualan langsung). Yang lain semua tu company RM2 dengan guna nama pelabur upahan.
-Adzmi cakap nak apply lesen AJL untuk Bisnes Efektif, tapi Bisnes Efektif cuma ada RM 2 paid-up capital. Syarat utk apply AJL adalah 500k paid up capital. So si Adzmi ni setakat bagi janji palsu je ke?
-cakap agreement siap laywer tetuan blabla tapi bila dah bayar, agreement entah ke mana, bila ditanya, macam2 la alasan. so sekarang BNM dah datang angkut semua, salahkan BNM. Sampai 3-4 bulan tunggu agreement, lepas tu kena angkut dengan BNM, nak berniaga ke taknak???
-dalam director JNSSB ada sorang ni Kamal ke Khairul (tak ingat dah), umur baru 23 tahun dah dinamakan sebagai director. Korang kalau ada duit 500 ribu, percaya ke nak bagi budak 23 tahun uruskan? Inikan pulak duit mencecah ratusan juta.

3. Stromberg??? lawak sungguh!!!
-Sale report stromberg mana? korang tau tak, haram hukumnya kalau korang melabur ke tempat yang korang tak tau duit korang ke mana. cakap dari dulu stromberg stromberg, mana??? report takdak, gambar orang siam ngan indon jual stromberg pun takdak. buta2 hangpa semua kena tipu bulat2 dengan jai noo...
-Siapa yang uruskan sale stromberg? "Biarlah orang yang dilantik Jai buat kerja diorang", "dua kontena dieksport ke luar". Pernah ke korang kenal ada Jai lantik Pengarah operasi untuk sale2 stromberg??? Pernah tak terlihat gambar stromberg dalam kontena? Pernah tak pengarah2 atau Jai cerita yang dia susah2 nak kena bayar cukai import eksport, supply dari south africa sangkut dsb.
-hak pengedar esklusif 56 negara Asia? hahahhaa lawak. korang bukak je website stromberg, ada berapa nama kat situ? Lagipun semut dah merungkaikan misteri pengedear tunggal stromberg di sini, yang mana leader2 kelu terkelu keras lidah mereka dan jai sendiri sudah ketar lutut kerana rahsia dia sudah terbongkar.

4. Yang penting amik duit!!!
- dulu smart partnership dikenalkan dengan alasan tak perlu buat loan bank dan senang nak beli stromberg secara pukal. La ni HFT pun pakai SP gak apa cerita? cerita karut ka?
- Bila tanya cukup ke sale stromberg nak kaver bonus, dengan angkuhnya mereka menjawab, kita ada 56 negara Asia yang masih belum penetrate marketnya. kereta, motor, bas lori dan kapalterbang negara2 tu semua boleh pasang stromberg!!!
- korang bukak website JNSSB, banyak info kat dalam tu semua kursus BOM kuantan, BOM KL, kursus JMC, kursus sana kursus sini, download borang dan sebagainya. Ada ke dia cerita sale stromberg meningkat atau cerita persatuan kancil gembira sebab stromberg bagi kereta diorang makin laju? Atau cerita stromberg di pasang di mobil2 di indonesia? Ngakkk ada pak...
- La ni HFT pulak, dahla bayar RM5k, satu kereta pun tak pasang lagi. Yang semua2 ni dok gembira tak terkata bila tengok sederet rumah kedai jadi bengkel HFT. Duit RM5k dapat tengok gambar bengkel je ke???

Nak list out kan lagi memang tak cukup 10 page pun. Sekali lagi, saya hanya ingin mengajak anda semua berfikir, dan seterusnya menyediakan plan B, plan C dan plan D.

Kepada leader2 Jai, saya faham bahawa terlalu besar 'beban' yang anda perlu tanggung jika JNSSB ini runtuh. Ratusan downline dan hutang sendiri, ini menyebabkan TIADA JALAN KELUAR yang anda terfikir buat ketika ini dan hanya mengharapkan bahawa apa yang kami BADUT2 HUTAN katakan cumalah bahan lawak yang MEMUALKAN. Nasihat saya, cuba fikir2kan plan B & C, kalau2 betul JNSSB ni breakdown, supaya anda tidak mengalami mental breakdown pulak.

Segala apa yang mendatang, hadapi dengan tenang dan anggap ini ujian dariNya. Saya hanya mampu membuat segala yang terdaya, berkongsi info dengan anda semua. Keputusan di tangan anda, siapkan payung sebelum hujan. Sebaiknya payung pasar Ramadhan sebab nampak gaya macam hutan ribut yang nak turun ni.

Katalah apa sahaja, dakyah, fitnah, konspirasi, batu api, yang penting saya telah melakukan apa yang saya rasa betul. Kalau tuan puan kata saya fitnah, maka jawablah persoalan saya dengan bukti. Takde bukti, jom tolong cari sekali.

Sekian, selamat berpuasa semua

Yang benar, kesian a.k.a. badut no. 3

3 comments:

Anonymous said...

Sama je mcm swisscash jai ni , tu pun ada mamat percaya gak
Yg aku x fhm org2 mcm ni ialah MEREKA TAK TAKUT LANGSUNG MENGANIAYAI DAN MENIPU BERIBU2 ORANG YANG SAMA BANGSA DAN SAMA AGAMA DENGAN MEREKA IAITU ORG MELAYU DAN ISLAM

Org2 yg ditu ni kbyakan nya ialah org2 miskin dan dr kelas pertangahan psl org kaya mmg jarang percaya dg bnda2 camni

Meraka ni semua x takut diprsoalkan di hari dibangkitkan nanti , janji meraka kaya di dunia

Yg kita yg dah trkena tipu JANGAN HALALKAN 1 sen pun duit kita yg mereka tipu tu , kita JUMPA NANTI

Anonymous said...

Flashback kursus asas:
"Korang ingat korang kerja sekarang dapat RM10,000, Rm15,000....apaaa!!! dah besar sangat...pirrraaahh!! Dah besar sangat!!!...Nothing....fahamm...kita punya ahli biasa pun dapat lebih dari tu...Kita kat sini dapat RM80,000 sebulan..biasa je..."

ha..ha..kena tipulah melayu. Yang kerja baik2 semua nak berhenti kerja dan ada yang dah berhenti kerja...spa mereka...anak melayu jugak kan....ni nak menegakkan ekonomi ummah ke nak melenyek ekonomi ummah...hampehhhhhh kau semua direktor2 dalam tu...

Anonymous said...

sejak berlakunya huru hara (sapa yg pergi kursus asas shj (yak pergi JMC) dah tak boleh htr SP dan pulangan duit akan dimasukkan ke dalam akaun ahli JMC) aku dah sangsi dengan perniagaan ni. bulan feb aku masuk, semuanya teratur dan cantik, memang tak dinafikan ada org yg cuba memburukkan syarikat dan ketika itu aku masih berfikiran positif sebab perjalanan syarikat masih betul. selepas berlaku perkara di atas, aku rasa was was dan sejak tuh, apa shj yg plan syarikat yg baru dibuat, aku tak pernah join. bukan tak percaya, tapi biarlah apa yang aku dah invest dapat dulu, barulah ambil langkah seterusnya. takkan belum pandai merangkak dah nak berlari kan..? aku pun dah sedia mental dan fizikal sejak mula lagi. if this is scam, than aku dah ready. cuma aku kesian sgt kat salah sorang family aku yg baru masuk 10K (dtg menyerah diri nak join sedangkan masa tuh tgh huru hara dan aku pun tak konfiden tapi dia still nak) masuk duit 15/7, 17/7 dah kena freeze .. aku risau gak bukan untuk diri aku ..tapi risaukan duit dia ... tak semua org dapat terima hakikat if this is a scam ... :( pada aku, kalau family aku tuh dapat balik duit dia pun dah kira bagus dah .. tak yah pikir untung lah ..sebab tuh duit susah payah dia .hard earn money ... kita tunggu dan lihat ...sejak JAI jd macam ni .. hati aku dah tawar terhadap perjuangan yang dilaungkan selama ini. orang kata - mula mula seiringan, kemudian bila tak serasi ..buat hal sendiri lah ..that is what yg aku rasa skang ...dan i believe itu yg dirasa oleh dr Marzuki, Hj Mokthar dan mereka yang seangkat "kaki" dengannya ...