Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Wednesday, September 5, 2007

Teori Semut (Mesti Baca!!!) - By Semut

Teori ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup atau pun yang dah mati ataupun tengah pengsan... hehehe... anda dinasihatkan untuk TIDAK mempercayainya...


April & Mei 2007:

  • Bayaran SP yang biase 4hb terlewat sehingga 18 mei untuk bulan mei, 13 Jun untuk bulan Jun. katanya masalah bank.
  • Tetapi mungkin jugak duit dalam akaun tu tak banyak, mungkin banyak dah pindah ke akaun proxy, sebagai langkah berjaga2 kalo jai diambil tindakan...
  • so, kene tunggu ahli top up untuk bulan seterusnya, baru bleh bayar SP untuk bulan ni.
  • Bulan mei, isu pelaburan internet timbul.


Jun 2007:
  • Orang ramai mula takut nak melabur disebabkan banyak isu pelaburan internet ditutup kerajaan.
  • Dr. jai jangkakan bulan depan JNSSB akan diserbu BNM dan akaun kene freeze...
  • Untuk memulihkan keyakinan orang ramai bagi memperbanyakkan duit dalam akaun jai dan seterusnya memindahkannye ke akaun proxy sebelum kene freeze, majlis bersama presiden dibuat. Bermula di seremban (19jun), melaka(26jun), johor(28jun), kota baru(3julai), terengganu(5 julai)dan kl(11jul)
  • pembayaran SP bulan ni juga makin lewat, kali ni sehingga 15hb. Maybe sebab terlalu banyak sangat duit dipindahkan ke akaun proxy.
  • Bagi mendapatkan lebih banyak duit kedalam akaun JNSSB, untuk dibawa ke akaun proxy, untuk melayakkan ejen dapat 10%, wajib masuk JMC... so, memang berpusu2 orang pergi kursus JMC bulan jun... seorang daftar RM5,000...
  • 18 Jun - Dr. jai umumkan bayaran SP bulan julai bermula 15hb dan bukan 4hb lagi spt sblm ni.


Awal Julai 2007:
  • Sambutan JMC semakin hangat, jnssb banyak dapat duit dari JMC ni.
  • Orang ramai yang telah mendengar penerangan face to face dari dr. jai mase majlis bersama presiden memang mendapat keyakinan untuk terus melabur (aku salah seorang darinya).. mereka2 ini juga akan balik mempengaruhi downline dengan keyakinan ini... apatah lagi, "jaminan keselamatan" diberikan oleh dr. jai yang jika pihak berkuasa nak tutup jnssb, diorang akan switch terus kepada syarikat smart marketing sdn bhd yang kononnya dah ada AJL.
  • so, memang dah ramai yang start masukkan duit awal bulan ni.
  • Dr. jai yakin bang negara akan freeze akaun dalam mase terdekat. Semua duit2 dalam akaun JNSSB sudah dipindah ke akaun proxy yang menggunakan nama orang lain, tinggal maybe RM10 je setiap akaun jai.

Pertengahan Julai 2007:
  • Akaun JNSSB skang sudah takde duit.
  • 13, 14 & 15 Julai adalah tarikh majority ahli masukkan duit dalam JNSSB. Akaun JNSSB berisi semula.
  • Pembayaran tidak dibuat pada 15hb dengan alasan ahad bank cuti...
  • 16&17 julai, beberapa ahli dah dapat bayaran SP hasil duit yang dimasukkan pada 13, 14 & 15 julai...
  • 17 Julai, akaun kene Freeze...
  • Duit yang tinggal dalam akaun JNSSB adalah balance yang duit orang masukkan pada 13, 14 & 15 julai sahaja, yang tak sempat digunakan untuk buat bayaran SP.

Akhir Julai 2007


  • Dr. jai memberi jaminan duit yang di freeze tu akan dapat balik dalam mase 90 hari. Ini sebenaynye bertujuan untuk melariskan kursus2 yang menjadi pendapatan JNSSB.
  • syarikat memperkenalkan SSP dengan return 30% atas nama De Four Marketing. Maklumatnya amat terhad.

Ogos 2007
  • 20 ogos, sms dari master adzmi mengatakan sume pembayaran hendak lah atas nama bisnes Efektif Sdn Bhd, akaun d four marketing sudah tak digunakan lagi.
  • 20-23 Ogos - syarikat tutup. Kemungkinan kegiatan SSP juga dihidu bank negara, maka bukti pasal kegiatan ni disembunyikan dan akaun bank yang digunakan pun ditukar. Bagi mengelakkan ia dikesan oleh bank negara sekali lagi, sume maklumat amatlah dirahsiakan. kat dalam website juga lansung tak diceritakan pasal SSP ni. Hanya upline2 tertentu saja dapat tahu, tu pun dari sms.
  • 26 ogos - kursus khas pertama diadakan di mermaid inn, dimana melayakkan seseorang dapat komisyen 10%. hari ini juga dr. jai memberi jaminan duit SP tu paling lewat akan di unfreeze bulan 10...
  • ini sebenarnye untuk melariskan SSP sahaja... sebabnye, dr. jai cakap amik mase 2-3 bulan untuk susun balik dokumen.. so, dijangka bulan 1 tahun depan baru dapat SP tu... dalam mase ni, macam2 boleh berlaku...

4 comments:

Anonymous said...

bace boleh, percaya jangan!!!

Anonymous said...

SALAM

TIADA SESIAPA AKAN BAWAK PEKARA NI KE MAHKAMAH KE KLU JAI TIDAK BOLEH MEMBAYAR?

Anonymous said...

Takde sape2 brani kot... hehehe... sume bz ngan keje masing2... lagipun, duit tinggal sket jer dalam akaun beku tu...

Anonymous said...

aku berani buat lah.. coz abang aku dengan akak aku peguam negara. jai ingat benda nie leh wt memain agaknyer... tgu nama aku kat dahi jai...