Aku pernah membuat kiraan ini beberapa bulan yg lepas di bberapa forum tempatan, jadi aku nak share kan dgn korang ilustrasi kiraan jualan SFS kat Asia ni, melalui estimation product, iaitu kerana sehingga sekarang takde sapa pun tau samaada betul ke tak SFS ni di jual serta berapa unit semua nya.. (kalau ada sila bentangkan)
Motif kiraan ini adalah untuk tunjukkan berapa banyak yg perlu JNSSB jual SFS untuk capai break even level (dan belum kra untung lagi).
Sila amik maklum bahawa kiraan aku ni di ambil masa awal2 dulu, iaiatu masa ahli JNSSB baru nak cecah 5000 orang.
---------------------------------------------------------------------------------------
Kita andaikanlah bahawasanya memang JNSB membayar kembali modal RM 1000 tu dgn RM 2000 hasil dari produk Stromeberg fuel saver sahaja.
So mari kita buat matematik simple jenis andaian.iaitu mengenai:-
"Jumlah ahli 5000 orang"
jumlah produk yg dijual oleh JNSB : produk yg di beli oleh JNSB dari ahli smart partnership. (bentuk nisbah)
Dan kita assumelah bahawa itu jumlah minimum ahli yg ada skarang.
Dan kesemua 5000 orang itu katakanlah membeli sebanyak RM 1000 (minima) produk JNSB (aku sengaja amik minima untuk menerangkan maksud selepas ini), Jadi, wang terkumpul adalah sebanyak RM 5,000000.
Jadi JNSB perlu membayar kembali RM 10,000000 iaitu selama 8 bulan berturut-turut, ataupun sebanyak RM125000 setiap bulan kepada kesemua 5000 ahli.
Apabila di simplified kan apa yg aku tulis tadi, ianya akan jadi lebih kurang begini :
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jumlah ahli = 5000 orang
Jumlah pembelian setiap ahli = RM 1000
Wang terkumpul setelah di multiply kan kedua2 bende tadi:
Total: = RM 5,000,000.
(^) Jumlah ’pembayaran kembali’ sebagai pembelian semula dari ahli:
= RM 10,000,000
------------------------------------------------------------------------------------------------
Jumlah ’pembayaran kembali’ setelah (^) dibahagikan kepada 8 bulan:
RM 10,000,000/ 8 bulan= RM1,250,000 sebulan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
So, since kita tak tahu berapa jumlah produk stromberg ni di jual setiap bulan (ahli sendiri tahu ke berapa yg dijual setiap bulan? Pernah ambik kira ke?), dan mengikut pemahaman aku, JNSB pemegang asia pasifik 56 negara. So kita andaikan jumlah yg paling banyak dapat JNSB jual setiap bulan di ke 56 negara ni adalah sebanyak 1700 unit sahaja (sorry, aku tak tahu berapa sebenarnya yg dijual setiap bulan, dan sorry, guess what- stromberg is NOT THE ONLY fuel saver jenis cucuk kat plug cabel electric, dan jumlah minima yg aku cerita ni pun memang logik kalau ada saingan) .
iaitu selepas mengambil kira yg agen2 di kesemua 56 negara berjaya menjual 1 unit sehari.
[56 negara X 1 unit X 30 hari sebulan= 1700 unit] juga selepas di tolak 5000 orang ahli JNSB, serta sama juga untuk bulan hadapan sekiranya ahli JNSB bertambah lagi 5000 orang. (pembelian dari ahli JNSB tidak boleh dimasukan dlm calculation ini kerana, tujuan mereka membeli produk2 itu adalah untuk membiayai kos untuk membeli stomberg dari Principal di german. Mereka bukanlah customer JNSB sebaliknya hanya sebagai partner sahaja. Jadi, in reality, produk tersebut belum lagi sampai ke market semasa ahli JNSB membelinya. )
Dan kita andaikan di kesemua 56 negara, harga jualan Stromberg adalah sama iaitu selepas membuat exchange rate , iaitu dlm RM , harganya adalah RM 100 bagi setiap unit. ( since dulu pun boleh jual Rm 177, so pastilah JNSB jual pada para agen dgn harga yg lebih rendah dari RM177 untuk agen dpt untung. Lupakan pasal harga lama atau baru)
(Perlu di ingat, walau setinggi mana pun harga jualan yg di tetapkan oleh agen2 di setiap negara yg menjual produk storemberg dari JNSB, JNSB tidak berhak untuk mengawal harga jualan di setiap negara kerana ianya adalah hak agen sendiri (refer balik pada post2 ahli JNSB sebelum2 ni).dan kalau di negara A (katakan Jepun),Stromberg di jual oleh agen dgn harga RM 300 sekali pun, agen di negara tersebut pasti mendapat harga yg lebih rendah dari RM 300 (dari JNSB), yg mana dgn harga tersebutlah mereka membeli produk dari JNSB ni.
Dlm bisnes, seorang reseller takkan menjual dgn harga yg lebih murah daripada harga yg dia bayar. Sebagai contoh, korang beli stomberg sebanyak RM 1000, tapi sebagai reseller ,korang jual balik dgn harga RM 800, ada untung ke?
Sebab tu aku andaikan kesemua negara average nya harga yg di jual oleh JNSB kepada agen adalah sama. So what ever harga yg agen jual, JNSB hanya dapat RM 100 je, so jgn konfius bila korang terbaca pasal kat thailand bende ni mahal ke apa.)
Ini bermakna, bagi 1700 stromberg yg dijual setiap bulan, JNSB akan mendapat sales (belum untung) sebanyak RM 170,000 sebulan , iaitu selepas di kalikan dgn harga jualan RM 100.
Ataupun simplified version nya :
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jumlah yang dijual setiap bulan (unit/set) = 1700
Harga jualan JNSB kepada agen di setiap negara =RM100
Total sales (bukan untung) bagi setiap bulan = RM 170,000
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan kita akan tolak lagi duit bagi mendapatkan untung bersih ke atas produk (tetapi kita jgn kira dulu lagi kos2 yg bukan seperti pembelian produk stromberg dari Principal company Stromberg di Germany- ataupun kos2 lain yg sebagai contoh, kos2 operasi, kos pekerja, kos overhead, kos expanses, kos bill dan 1001 mcm kos bagi setiap bisnes. Anggaplah kita cuma tolak harga untuk membayar kembali pembelian ahli, dan bukan kos2 lain)
@ Kita akan andaikan JNSB mendapatkan untung bersih bagi setiap produk yg di jual bagi setiap bulan,iaitu dgn meletak kan faktor bahawa, JNSB mengunakan sebahagian dari RM 100(harga jualan kepada agen2) iaitu untuk menampung pembayaran semula secara bulanan kepada ahli. Sila ambil maklum, selepas di keluarkan dari RM 100 tu, duit tu sudah kurang dari RM 100.
”Berapakah sebahagian dari RM 100 itu.?”
kita andaikan anggaran untung bersih (refer to @) adalah sebanyak RM 50 setiap unit ) iaitu 50% dari RM 100 yg dapat tu. Jadi bermakna,sebahagian dari RM 100 itu,adalah sebanyak RM 50 .
So jumlah yang HANYA mampu di bayar oleh JNSB kepada setiap ahli hanyalah RM 50 bagi setiap unit sahaja! Yg mana merupakan jumlah yg sememangnya kurang daripada 100% seperti yg diceritakan oleh ahli2 JNSB kat sini.Iaitu yg mana sepatutnya RM 250 sebulan!
(Buat masa ni aku memang nyatakan bahwasanya untung 100% itu memang ada, kerana dlm thread ni ahli JNSB kat sini telah membayangkan bahawa dlm aqad dah di ceritakan berapakah jumlah yg dibayar oleh JNSB kepada ahli. Dan jumlah ini fixed kerana telah ditetapkan dlm aqad. (refer kat atas) kalau tak takkanlah diorang berani buat statement ”beli RM 1000, JNSB beli balik RM 2000”.
So budak hingusan pun tau, tak kiralah berapa yg kau bagi dlm bentuk percent pun, iaitu samaada fixed atau tidak ratenya, yg pentingya setiap RM1000, pasti dapat RM2000 (BTW- bukan ke itu semestinya bermakna dapat 100%) )
(simplified version)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
(#) Nilai produk yg di jual (perunit) = RM 100
Kos yg di tolak dari harga di atas (#) untuk membayar ahli = RM 50
Baki untuk JNSB (iaitu untuk di campurkan dgn untung bersih,serta kos2 lain)
= RM 50
RM 50 X 1700 unit produk / 5000 ahli,
Maka setiap ahli hanya mendapat (sebulan) = RM 17
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ataupun setiap ahli hanya mendapat sebanyak (untuk 8 bulan) =RM 136
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Manakala:
-------------------------------------------------------------------------------------------
(*) Jumlah sebenar yg perlu dibayar kepada ahli mengikut aqad,
(dgn andaian modal minima RM 1000) =RM250 sebulan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahli akan mendapat untung bersih RM17- RM 250 = (-)RM 233 sebulan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RM 250 sebulan – RM233 = RM 17 sahaja setiap 5000 ahli akan dapat setiap sebulan! Instead of apa yg di ceritakan dalam aqad yg kata pembelian semula adalah RM250 selama 8 bulan.
(hmm..apsal negatif ni? kalau ikut plan JNSB, untung bersih ahli dah positif )
Sebagai illustration, sebenarnya, untuk JNSB- just untuk sampai ke tahap untung yang break even (pulang modal) setiap bulan , iaitu break even yg di gunakan just untuk tujuan ’membayar kembali’ kepada ahli (mengikut perjanjian dlm aqad iaitu 100% dari harga produk) adalah (tanpa mengira kos2 yg lain) sebanyak:
(Simplified version)
’Bayaran kembali’ kepada kesemua 5000 ahli setiap bulan.(yg dlm aqad)
RM 250 sebulanX 5000 ahli = RM1,250,000
Bayaran bulanan yang hanya mampu di buat oleh JNSB berdasarkan angka juanlan produk
(RM50 X 1700 unit)= RM 85,000
---------------------------------------------------------------------
Perbezaan (-) (jumlah yg JNSB hutang kepada ahli setiap bulan) =RM 1,165,000
----------------------------------------------------------------------
Untuk mencapai jualan break even sahaja. Maka JNSB perlulah menjual sebanyak 2500 unit Stromberg ini. Iaitu untuk mencapai tahap seperti dlm aqad.aku illustratekan bende ni mcm ni.
--------------------------------------------------------------------------
Tahap Break Even setiap bulan =RM1,250,000
Break Even level ( unit/sebulan) =25,000
Current selling (unit/sebulan) =1700
---------------------------------------------------------------------------
Perbezaan (unit) = -23,330
------------------------------------------------------------------------------------
Jadi, disini, jumlah minima yg logic bagi penjualan produk Stromberg ini, perlulah melebihi 25,000 unit sebulan, hanya untuk cukup2 sampai ke tahap beak even, dimana , break even yg di maksudkan hanyalah untuk cover up kos bulanan membayar semula ahli JNSB.
Bayangkan kalau kita campurkan kesemua kos2 yg di tanggung oleh JNSB semata2 untuk menjual produk ini. Mungkin, untuk mencapai tahap break even sahaja, memerlukan produk dijual sebanyak minima 100,000
Sekiranya JNSB tidak berjaya untuk mendapatkan jualan unit bulanan seperti di atas,(25,000 unit sebulan) maka, JNSB bolehlah di rumuskan sebagai “belum pulang modal” lagi.
So soalan aku, mcm mana JNSB boleh mampu cover bayar balik kepada ahli (dgn pasti), kalau monthly cashflow seperti yg aku illustratekan di sini? Dari mana datang duit tu?
Aku tak kata lah yg JNsB tak bayar ahli2 nya. Cuma aku heran dan tertanya2, dari manakah datang lagi duit untuk cover up hutang dekat ahli tersebut?
Jgn lah kata pulak bahawa, “JNSB mempunyai modal yg cukup untuk tampung sementara pembayaran kembali kepada ahli sementara nak menunggu stromebrg berjaya di jual dgn banyak. “
Sebab, kalau begitu, korang sebenarnya sedang under estimatekan semua Pengarah2 JNSB termasuklah Dr.Jai sendiri. Macam korang jatuhkan standard diorang pulak!
Ini kerana seumpamanya mcm korang kata “guna duit poket sendiri” untuk cover balik hutang.
Takkan lah pengarah2 JNSB (yg dah pun bukak sebuah univesiti bergelar ‘Jai Success University’ boleh buat cash flow yg result nya sedemikian bodoh? Kalau korang yang buat cashflow mcm tu kira acceptable lah..(sorry)
Ini kerana untuk sampai tahap break even pun dah negative (tidak sampai pun ke tahap break even dgn perbezaan 23,300 unit sebulan)
takkan le Dr. jai tu bengong sgt amik stok Stromberg banyak2 ?
Aku pasti, dlm bisnes plan mana2 company yg berpengalaman (terutamanya Dr.Jai), sekiranya stok tidak dapat di jual dan kurang permintaan nya, maka, stok tersebut perlulah di kurangkan terlebih dahulu pesananya dari principal company , jadi dlm kes ni,JNSB akan hold dulu pembelian/pesanan dgn Stromberg Germany.
Ini logic, kerana, buat apa sesebuah bisnes tu nak spend duit yg banyak untuk menambahkan stok, sekiranya stok2 tersebut belum lagi mencecah re-order level (pesan semula).
Dlm kes ni, korang bayangkan mengikut illustration cash flow aku seperti di atas
.Bayangkan korang seperti Dr. Jai yg membeli 25000 unit stromberg (minima- untuk achive break even).
manakala, setiap bulan,, produk yg dapat di jual hanyalah 1700 unit,. Jadi balance yg tinggal adalah sebanyak 800 unit yg belum ter jual.
--------------------------------------------------------------------------
Break Even level ( unit/sebulan) = 25,000
Current selling (unit/sebulan) =1700
---------------------------------------------------------------------------
Perbezaan (-) =-23,330
------------------------------------------------------------------------------------
Sila ingat, kalaupun korang order lebih dari 25,000 unit stromberg, sedangkan sales masih kekal di tahap 1700 unit sebulan sahaja, bermakna stok akan melebihi paras -23,330 unit yg belum terjual.
Jadi, aku akan bagitau apa yg seorang yg expert (TERUTAMANYA yang mempunyai PhD dlm bisnes) akan buat bila keadaan jadi mcm ni.. apa yg perlu dibuat adalah mem berhentikan pengambilan stok, sehinggalah produk mendapat sambutan semula.
“ dah tu, mestilah Dr.Jai hentikan order stok tu dari Stromberg Germany, saya pun tahu dan saya pasti akan buat camtu punya!” kalau itu yg korang akan terfikir, ini pula soalan aku.
Setiap bulan, ahli smart partnerhip bertambah, jgn lupa tujuan asal smart partnership iaitu untuk membiayai pembelian produk Stromberg (seperti mana dlm aqad). Jadi selain daripada membeli produk Stromberg, apakah yang JNSB buat dgn wang modal dari ahli2 tersebut?
Jgn lah kata yg JNSB laburkan kat tempat lain, sebab dah kira melangar aqad dah tu. Kata dlm aqad untuk beli produk Stromberg, tapi yg dibuat adalah bende lain pulak. So jawapan tu memang tak boleh di terima.
Dan jugak, takleh le kata guna baki produk tu untuk di bawa ke bulan depan. Dah memang tak logic le nak stok banyak2 camtu.. sebab, kalaulah product2 tersebut sudah cukup untuk menampung bulan seterusnya tanpa perlu mendapatkan stok baru. Apakah tujuan sebenar ahli memberi modal kepada JNSB untuk membiayai pembelian produk dari principal? Takkan nak citer yg duit tu di gunakan kat tempat lain pulak (melabur).
(Aku pasti Dr.jai takkan buat mistake budak sekolah menengah camni! Dia sepatutnya leih memahami konsep re-order level dlm pesanan stok.)
Kejam jugak lah ahli JNSB kalau nak kata yg order stok tu bukan Dr.jai (atau somebody yg mmpunyai executive punya keputusan), yg order, sebaliknya storekeeepr je yg order! Takkan le such reputable company (mcm yg korang cerita kat sini) boleh letak tanggungjawab syarikat berdasarkan keputusan storekeepr je?
Dan setiap kali ahli smart partnership menambahkan modal mereka, bemakna lebih banyak Sromberg yg perlu di beli dan di stok. Dan sebab itulah aku meletakkan jumlah minima pada modal ahli dan juga jumlah minima kepada number of ahli. Iaitu RM 1000 bagi modal, dan jugak 5000 orang ahli.
Bayangkan pulak kalau setiap ahli yg 5000 tu memberi modal (atau hentak) sebanyak RM50,000 (maksima) setiap seorang:
Ini bermakna, modal terkumpul adalah sebanyak RM 250, 000,000 (camner aku nak nyebutnya..)
Jadi dgn membuat andaian maksima yg rata2 aku tgk ahli JNSB sanggup buat kalau ada modal yg cukup. Maka produk Stromberg yg perlu di beli oleh JNSB selama 8 bulan dengan jumlah terkumpul adalah sebanyak:
RM 250,000,000 / RM 100 (nilai jual kepada agen) X 1 set = 25,00,00,00 unit bagi 8 bulan!
(kalaulah aku kira kos beli dari principal pulak, unit yg JNSB boleh dapat dah tentunya melebihi 25,00,00,00 unit bagi 8 bulan! Ni kira amik minima je, iaitu dgn anggap,JNSB belii dari pricipal pun RM 100 seunit dan jual pun Rm 100 seunit kat agen2.Patutnya di kira harga belian dari principal sudah dan tentunya lebih rendah dari RM 100 ! maybe Rm 30 kut seunit..)
Simplified version:
Modal (hentak) = RM 50,000 (max)
Jumlah ahli = 5000 orang
Jumlah modal terkumpul =RM 250,000,000
Jumlah belian semula JNSB dari ahli (100%) =RM 500,000,000
Jumlah yg hanya mampu di bayar oleh JNSB kepada ahli selama 8 bulan
RM 85,000 sebulan x 8 bulan =RM 680,000
------------------------------------------------------------------------------------
Perbezaan (-) =-RM 499,320,000
---------------------------------------------------------------------------------------
So, camner yg JNSB cover untuk balance yg perlu di bayar selepas 8 bulan kalau jumlah nisbah ”mampu bayar sebenar amat negatif’ dengan ”jumlah perlu dibayar sebenar”
[mampu bayar sebenar= RM 680,000
perlu dibayar sebenar = RM 500,000,000
jadi, ratio nya adalah sebegini (nisbah) = RM 680,000 : RM 500,000,000
so camner lak org sehebat Dr. Jai boleh tak nampak risk nya kalau semua ahli dibenarkan untuk meletak modal sebanyak RM 50,000 maksima?!
Yg aku illusrate kat sini, kalau setakat ahlinya 5000 orang, apa pulak yg jadi kalau ahlinya 1 juta orang? Dan tiap2 ahli dari 1 juta tu akan hentak Rm 50000 setiap seorang, apa jadi?
Berbalik pada jumlah stok sekiranya modal terkumpul adalah sebanyak =RM 250,000,000.
Maka aku akan simplified ia seperti ini:
Jumlah modal terkumpul =RM 250,000,000 (devided with)
Nilai jual kepada agen =RM 100
Multiply by (x)
Jumlah produk untuk harga RM 100 (per unit) =1
Jumlah total produk yg dibeli untuk 8 bulan = 25,00,00,00 unit
Jumlah maksima stok yg diperlukan JNSB (mengikut prediction/statistic jualan syarikat)
(8 bulan) =13,600 unit sahaja.
----------------------------------------------
Perbezaan (-) (lebihan stok) = 24,986,400 unit.
----------------------------------------------
So, bagi tempoh 8 bulan:
stok berlebihan yg telah dibeli oleh JNSB adalah sebanyak =24,986,400 unit
---------------------------------------------------------------------------------
ini bermakna, agen di setiap 56 negara (di kira pembelian mengikut negara) mempunyai stok sebanyak :
=446 185 unit /setiap negara/untuk 8 bulan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
So kalau korang adalah agen negara2 tersebut, adakah korang akan sangup ambik sebanyak 446 185 unit produk tu, semata2 untuk cater marktplace yg cuma boleh jual 1 unit je sebulan!
(ni pun setelah di kira secara adil di mana setiap negara berjaya menjual produk tersebut!)
Dan kalau korang katakan yg agen2 ni semua ni amik style consignment (ambik dulu, dan kalau produk tu ada jual ,barulah bayar kat JNSB), macam mana pulak JNSB rolling untung dia dari sales on the product? Since product tu bukanya terjual sgt..
Korang maybe boleh query/persoal kan yg kiraan yg aku buat ni sebagai tidak tepat, iaitu dgn mengandakan jumlah jualan product bagi setiap negara. Since adalah un fair untuk aku meletakan angka yg paling kecil untuk jualan produk (iaitu setiap negara cuma boleh jual 1unit je sebulan(1700 unit untuk 56 negara))
Korang boleh cuba sekarang. Gandakanlah average sales untuk produk tersebut di kesemua negara adalah 17,000 unit sebulan, yg mana akan round up kan jumlah sales dari agen2 kepada JNSB adalah sebanyak RM 850,000. ( =17 ,000 unit X RM 50)
Jadi even kalau sales dapat dibuat selama sebulan tu, adakah akan mencapai tahap break even (pulang modal)kepada JNSB kalau modal yg diberi oleh ahli adalah RM 50,000 setiap 5000 orang? (iaitu modal terkumpul sebanyak RM 250,000,000)
Malah pihak JNSb perlu mencari lagi RM 250,000,000 untuk cover up pulangan modal yg telah dijanjikan dlm aqad (100%) !(round up kepada jumlah pulagan sebanyak RM 500,000,000 yg dijanjikan kepada ahli)
so, duit untuk return tu dapat kat mana? (balancekan nisbah jualan sebenar dgn jualan yg perlu untuk sampai ke break even). Dan sudahnya JNSB yg berhutang dgn ahli yg mengeluarkan moda, iaitu hutang terkumpul sebanyak RM 499,320,00.
Simplified version:
Modal (hentak) = RM 50,000 (max)
Jumlah ahli = 5000 orang
Jumlah modal terkumpul =RM 250,000,000
Jumlah belian semula JNSB dari ahli (100%) =RM 500,000,000
Jumlah terkumpul untuk hasil jualan 17,000 unit =RM 850,000
Jumlah yg hanya mampu di bayar oleh JNSB kepada ahli selama 8 bulan
RM 850,000 x 8 =RM 68,00000
------------------------------------------------------------------------------------
Perbezaan (-) (jumlah masih di hutang selepas 8 bulan) =-RM 493,200,000
---------------------------------------------------------------------------------------
Malah, korang boleh juga cuba untuk gandakan produk2 tersebut berjaya di jual kepada 170,000 unit sebulan oleh semua agen2 negara. (yg sememangnya satu fantasi!)
Modal (hentak) = RM 50,000 (max)
Jumlah ahli = 5000 orang
Jumlah modal terkumpul =RM 250,000,000
Jumlah belian semula JNSB dari ahli (100%) =RM 500,000,000
Jumlah terkumpul untuk jualan 170,000 unit =RM 85,00,000
Jumlah yg hanya mampu di bayar oleh JNSB kepada ahli selama 8 bulan
RM 8500000 x 8 =RM 68,000000
------------------------------------------------------------------------------------
Perbezaan (-) =-RM 432,000,000
---------------------------------------------------------------------------------------
So gunakanlah fantasi korang untuk mengandakan angka jualan produk sehingga satu angka yg boleh mempositif kan balik illustration cash flow ini.
Kemudian, bandingkan dengan realiti penjualan produk yg sedang benar2 berlaku di sekitar 56 negara ni..
Dan walaupun benar2 dg angka yg sebetulnya (angka jualan produk yg rasmi dari JNSB) dan cash flow ini dapat di positifkan, korang kena ingat. Bagi setiap RM 100 /perunit, masih ada kos2 yg aku belum kirakan kat dalam tu. Dan sebab tulah aku ambik anggaran pulangan yg tinggi bagi setiap RM 100/perunit, iaitu 50% dari RM 100.perunit, dan untuk itu, JNSB hanya tinggal RM 50 per unit untuk cover segala kos2 yg sedang berjalan di semua bahagian termasuk operation.
Gunalah logik, boleh ke cover semua kos2 tu dgn nilai RM 50 seunit? (multiply lah dgn whatever angka jualan produk yg korang nak –tapi mesti realistic dan rasmi)
Ni aku belum citer kos mana nak cari duit untuk pembiayaan ”Smart Moving” pulak !
(ingat, betambahnya ahli dan juga modal terkumpul , tidak bermakna angka jualan akan meningkat! Sebaliknya akan meningkatkan lagi penambahan stok dan juga hutang kepada ahli)
Pasal smart moving pun, kalau di campurkan kos yg sama , (since MLM yg di buat adalah berdasarkan produk stromberg juga) camner nak cover kos2 nak bayar sampai level 5 ni?
Produk tak jalan, tapi boleh bayar semewah tu, so, apa yg di tradekan sebenarnya?
Level 2 - 25 orang = RM25
Level 3 - 125 orang = RM125
Level 4 - 625 orang = RM625
Level 5 - 3125orang = RM312,500 (RM100x3125)
sekarang, dengan mengunakan formula yg sama,mari kita bayangkan ahlinya ataupun jumlah total level yg perlu di bayar average dlm 312,5000 orang. (Do your math!)
mana JNSB korek duit bayar semua tu?
aku tak kata pun yg konsep MLM smart Moving pun just buat stromberg sahaja! Cumanya nampak gaya kat post ahli JNSb kat sini yg bagitau camtu...
So bukan ke keahlian MLM ni untuk jual produk stromebrg je? Dan sebenarnya dlm AJL nanti, apakah produk yg dimentionkan oleh JNSB untuk dijual sebagai memenuhi syarat2 AJL ?
Bagi aku, (secara ikhlas dari lubuk hati aku,) persoalan ini perlulah di jawab oleh ahli/officer JNSB. JNSB perlu lawan dgn memberi angka2 sebenar/rasmi bagi setiap andaian aku tadi tu.
Kalau tidak ,persoalan sebegini akan mula menampakan seolah2 JNSB adalah di pihak yg bersalah. Dan aku taknak ada tangapan begitu kat company2 melayu yg merupaka saudara2 seagama aku.
So, buktiknlah aku salah, aku sanggup mengakui kesilapan aku sekiranya angka 2 rasmi diberi oleh JNSB! aku buat ni bukanlah dgn niat nak jatuhkan bisnes melayu atau pun atas sifat PHD, tapi semata2 inginkan something yg benar2 boleh menjamin anak bangsa…
Berilah angka jualan sebenar yg telah berlaku sepanjang JNSB memperkenalkan ‘jihad’ sebegini dan bukanya forecast ataupun prediction jualan.
Ingatlah JNSB, sekiranya jumlah minima ahli serta jumlah maksima pembiayaan modal dari setiap ahli, adalah seperti yg aku gulung di atas, maka, korang akan bertanggungjawab untuk memulangkan 100% dari jumlah pembiiayaan tersebut….
So maafkan aku kalau tadi aku terkasar bahasa sepanjang post aku ni, tapi, secara jujurnya, silalah jawab persoalan aku ni dgn jawapan yg munasabah dan boleh di terima oleh ahli/bakal ahli yg akan/sedang membiayai pembelian JNSB
---------------------
PLUS (soalan lain mengenai Smart Moving) :
Katakanlah ada 5000 ahli yg dah dapat sampai level 5, yg mana JNSSB perlu bayar kesemua 5000 orang tersebut dgn harga RM 313,775, maka :
5000 ahli X
RM 313,775 = RM 1,568,875,000
RM 1,568,875,000 (di tolak pula dgn )
RM 2,000,000,000 = (dari untung (RM128.50 X 3125orang [dlm level 5] )X 5000 upline)
RM 431,125,000 (untung)
Ini bermakna, untuk setiap ahli yg membiayai SFS sebanyak 3125orang [dlm level 5] )X 5000 upline, dlm simplifed version nya:
5000 upline X 3125 (downline) =
15,625,000 orang, (dah lebih rakyat stengah Me’sia ni!)
dan bagi setiap pembiayaan oleh ahli tersebut, JNSB akan membeli sebanyak:
15,625,000 ahli X RM 20 perunit =
312,500,000 unit
Yg mana memerlukan JNSSB membuat pembelian pukal sebanyak 625 kali untuk mencapai tahap minimum.
So, in your professional opinion, do you think with RM250 (minus any cost occurred) can cover up the payment of purchasing even a minimal volume of the SFS? Plus, can you really sell that much of quantity? (312,500,000 units) what i mean is, EVER SELL?
dan ingat, selagi ahli bertambah, adalah menjadi janji syarikat untuk menambah lagi SFS, kalau tak dah melanggar aqad.(jual apa?beli apa?)
Buat masa ni JNSSB telah pun memiliki 312,500,000 unit SFS yg belum lagi terjual. Jadi kita assumekanlah dlm masa 3 bulan lagi ada seramai 15,625,000 orang lagi join JNSSB untuk biayai pembelian SFS, ini bermakna, lagi 312,500,000 unit SFS akan ada dlm stok JNSSB, yg total up, sebanyak 625,000,000 unit.
Dan gandakan lagi setiap 3 bulan jumlah yg sama masuk (sebab nya akan aku terangkan kat bawah2 tu) dan 1 tahun ada 4 quarter (1 quarter 3 bulan), jadi baki lagi 2 quarter untuk tahun ini..
Ini bermakna, untuk satu tahun, dgn pembiayaan oleh ahli JNSSB, maka ,JNSSB telah ada sebanyak 1,250,000,000 units.
Boleh ke jual 1,250,000,000 units tu? (1 billion units! Lebih setengah kereta dekat dunia kena pakai SFS, barulah habis bende tu..)
Aku tak campur lagi SFS yg di beli di atas pembiayaan dari Smart Partnership!
Ingat, banyak stok bukan bermakana boleh jual banyak!
Jadi encik2 Jai sekalian yg bijaksana, jawab le persoalan aku tu.
NOTES :yg bawah ni pulak adalah untuk yg belum lagi menjadi ahli JNSSB: (tidak sesuai untuk golongan ahli, kecuali memang saja nak baca dan nak jadi suicide bomber)
untuk smart moving punya MLM ni, dah ternyata nampak kelemahan nya , yg mana
Untuk dapat RM 313,775 hanyalah untuk the lucky few yg masuk awal2 ni, sebab, dgn andaian adanya 5000 upline yg membawa, 15,625,000 downline di bawah mereka, maka, ianya memerlukan hampir nak habis rakyat Malaysia ni kena join program JNSSB ! pernah terpikir ke? And last2, yg awal gak untung….mcm diorang kat sini.. sorry, aku kena bagitahu facts ni.., plus, nak suruh dekat nak satu Malaysia ni join ke? Boleh ke? Manusianya pun 22 million je yg ada IC!, itupun tak tolak budak kecik lagi! Wakakakak ! REALITY CHECK !
Dan korang bayangkan ahli yg dah rasmi mendaftar sekarang ni dgn JNSSB, iaitu sebanyak 14200 ahli, dan andaikan semua mereka ni target untuk Level 5, yg perlukan 3125 (orang downline), maka,:
14200 upline X
3125 (downline yg perlu untuk level 5)=
44,375,000 orang downline !
So, rakyat Malaysia ni takat 22 Million je, tapi jgn lupa ada variables negative kat situ pertama, bukan semua orang nak join, pastu bukan semua yg boleh join sebab budak kecik ataupun dah nazak dsbgnya.
So, kalau korang bijak, nak tahu tak camner JNSSB mengatasi masalah “tak cukup” rakyat Malaysia untuk plan diorang? Okey, camni, dlm smart moving tu, diorang bagi ahli yg sama, daftar sebagai downline bebrapa kali menggunakan nama yg sama (IC yg sama), so, guess what, orang yg takleh nampak bende2 mcm ni, disebabkan rakyat Malaysia dah tak cukup, jadi untuk memnuhi quote level 5, maka, dia sendiri akan pakai duit dia berulang kali untuk memenuhi quota tersebut, dan…. Cuba teka, apa jadi kat segala duit bonus yg korang dapat dari JNSB tu, apa yg korang buat nanti (dlm long term)?
Maka, sudah pastilah korang akan guna balik untuk bayar downline yg guna nama korang sendiri berulang kali! Logik ke tak bila terpaksa buat camtu?
Kita ambiklah cth encik Naga9. yg mana di ketegorikan sebagai ahli yg ke 14201. Dan pada waktu tu, dialah ahli yg paling malang sekali sebab masa tu, rakyat Malaysia memag tak cukup 44,375,000 orang lagi, tapi dia berkobar2 dgr citer pasal nak dapat bonus level 5 tu. So teka apa dia buat?
Naga9 ni bijak,dia tahu dia takde duit untuk bayar pendaftaran 3125 (downline yg perlu untuk level 5),maka, dia telah buat satu perjanjian yg mungkin sama dgn upline2 nya buat, iaitu, mereka perlulah ‘membantu’ sesama ahli ataupun, ayat biasanya ‘membantu ummah’. Dan encik naga9 dapat mngconfidencekan kesemua 14200 upline yg nak join ‘team’ dia.
Maka, di kalangan upline tadi yg dah pun mempunyai RM 313,775 pun membantu nya. Dan mereka pun bagilah portion duit mereka, dan encik naga9 dapat lah berjaya ke level 5.
So, skrg tibalah masa untuk encik naga9 membayar budi upline2 nya, iaitu dgn mendaftarkan dirinya sekali lagi kepada bebrapa upline nya tadi.
So,skrg ni, untuk ‘musim menuai hasil’ oleh upline nya pun tadi complete, maka, tuaian di level 5 tadi pn berjaya di raih.
Tapi, is it gonna stop? Well, technically , NO! sebab, once dah terlibat dgn ‘system yg cuba tipu plan’ (mcm daftar diri sendiri berulang kali- walaupun company tu sendiri izinkan),maka terpaksa lah di ulangi berulang kali, dan end up, duit yg samalah yg di gunakan untuk membiayai apa yg dikatakan smart moving ni..
Dan kita boleh andaikan ahli JNSSB yg masuk MLM diorang ni merupakan ’main kutu’ dan korang tau kan apa yg akan jadi kalau pada geng ’main kutu’ ni kalau tetiba decided salah sorang yg dah dapat payment dia nak berenti sebelum giliran semua orang tamat,ataupun giliran kesemua orang even nak dapat ke tahap break even point?
“STOP je lah bila dah dapat level 5 tu, takyah le sambung” kalau itu kata korang, maka bacalah pulak apa yg aku nak bagitau..
In order to stop bende2 mcm ni, once korang dah berada SELEPAS jumlah manusia yg dikira sebagai level 0, (sebelum level 1),maka, unless korang dpt menambah jumlah manusia dlm Malaysia ni, dan paksa mereka semua sekali join tanpa membantah, memang agak impossible.kerana, kalau korang tak dapat achive level 5 tu, rugi lah korang!
Sebab kalau tak dapat level 5, menurut ahl JNSB kat sini, kita tak dapatlah membantu ummah! (litterally speaking)
Dan satu notes untuk semua yg bakal join JNSSB:
In order untuk korang MUNGKIN dapat level 5, maka korang kena timbangkan variables yg ini pulak, iaitu:
Kita andaikan bahawa, kesemua 22 juta rakyat Me’sia ni join JNSSB (yg mana hanya boleh berlaku dlm mimpi Dr.Jai je), maka,
22juta/3125 downline = 7040 orang
(22juta= rakyat malaysia (semua sekali join) )
(3125 downline= jumlah downline yg perlu untuk layak level 5)
Maka sekiranya korang berada di jumlah ahli yg ke 7040, maka chancs untuk korang menjadi orang terkhir yg dapat level 5 adalah amat tinggi!
So, jumlah selepas ahli yg ke 7040 orang, chances untuk korang mendapat level 5 adalah amat tipis, di mana,kalau nak berjaya jugak, kenalah buat mcm sistem yg aku samplekan encik naga 9 tu akan buat!
Sapa2 yg rajin, silalah tanya ahli JNSB yg kat sini, diorang ahli ke berapa?
NOTES: 7040 itu aku andaikan kalau kesemua 22 juta rakyat malaysia dapat di pujuk masuk! JNSSB might end up hanya dgn 3 juta ahli jer!! Dan selepas level 0 tu, lansung tak dapat level 5!
Jadi pada hemat saudara-saudari JNSSb yg aku kasihi sebagai saudara seagama ku, jika tidak mengira secara ‘sistem main kutu’ mcm aku cerita kat atas tu, dekat ahli yg nombor berapa kah yg sebenar2 nya ahli tu yg paling last sekali possible untuk dapat bonus level 5?
Dan jugak, adakah di kalangan korang ni yg the first few yg lucky son of a gun yg bakal dapat bonus levl 5 tu?
So, conclusion untuk smart moving ni, bagi aku, bagus, memang bagus, dan boleh kaya raya, tapi just untuk yg awal2 jer! So, sesiapa yg selepas bebrapa ratus orang upline yg berjaya dapat RM 313,775 tu , memang korang menangih ler!!! So, MLM (yg Malaysia) will always be MLM (yg Malaysia)…Malang le sesiapa yg bukan berada kat level 0, ataupun baru nak join,atau pun yg baru beberapa bulan lepas yg join)
0 comments:
Post a Comment