Assalamualaikum…
Beberapa hari lepas, semut berasa amat gembira dapat berbual dengan Mr. Otai… selepas perbualan dengan Mr. Otai, maka terbukti lah apa yang semut cuba buktikan sebelum ini, iaitu JNSSB melaksanakan system rolling duit ataupun dengan bahasa senang, system pyramid… semut amat gembira apabila segala persoalan yang ditanya2 sebelum ini sudah dijawab oleh Mr. Otai… sekian lama semut mencari jawapan, bagaimana JNSSB menjana pendapatan sehingga boleh membayar ahlinya sehingga dua kali ganda pelaburan dalam masa 8 bulan, akhirnya dijawab Mr. Otai, iaitu rolling duit…
Sebenarnya benda ni sudah lama semut fikirkan, Cuma semut belum pasti… sumber orang halus (menurut kamus otaibnm, orang halus = orang dalam JNSSB) sudah lama bagitau semut bahawa jai memang buat rolling duit pada peringkat awal, Cuma sejak akhir2 ni baru start buat bisnes kecil kecilan dan membeli aset2 kekal… orang halus semut juga mengatakan bahawa, memang ada penghantaran Stromberg dari JNSSB ke Indonesia, tetapi sekali sahaja, itupun order lama semasa zaman hj razak lagi, dan tiada lagi selepas itu… repetitive sales memang takde… memang jai tidak menjual stromberg seperti yang di war-war kan… sebab itu lah kita lansung tidak diberitahu pasal transaksi jualan tersebut… sebab, ia memang takde…
Analogy mudah, anggapkan JNSSB memang jual Stromberg… secara logic nya, jika bulan 7 akaun kene freeze, duit yang dimasukkan pada bulan 6, bulan 5, bulan 4 dan bulan2 sebelumnya sudah pun bertukar dalam bentuk barang… duit2 itu semua sudahpun digunakan untuk beli Stromberg dan skang tengah dijual di 56 buah negara2 asia… jika duit keuntungan dari stromberg nak dibawa masuk ke dalam negara, boleh jer tumpang akaun bisnes efektif sdn bhd, sebab akaun lain sudah beku… jadi, pembayaran untuk selain bulan 7 sepatutnya tidak bermasalah…
Tetapi, agak pelik apabila akaun telah dibeku BNM, maka semua pembayaran SP terhenti… seolah2 jualan Stromberg di seberang laut juga terhenti, padahal ia tiada kaitan pun dengan pembekuan akaun dalam Malaysia… maka, jelas lah disini bahawa, duit yang kita masukkan ke dalam akaun JNSSB hanya “berpusing – pusing bertukar tangan” didalam akaun JNSSB dan seangkatan dengannya sahaja… ia lansung tidak digunakan untuk membeli Stromberg… mungkin juga duit itu dikeluarkan, tetapi hanya untuk membeli kereta mewah, wisma jai, mermaid inn, kegunaan pribadi kpl JJ, dipindahkan ke akaun proxy sebelum serbuan BNM dan sebagainya… yang jelas, ia tidak digunakan untuk membeli Stromberg…
Semut dapat rasakan Mr. Otai (dan otai2 yang lain) cuba sekian lama menyembunyikan fakta tersebut, sedangkan mereka mengetahuinya… apabila ditanya downline, maka dengan pantas otai menjawab, kita jual stromberg di 56 buah Negara asia… (sungguh keji!!! semata2 untuk dapat 10% sanggup sembunyikan fakta)…. mungkin Mr. Otai terlepas cakap ketika berbual dengan semut tempoh hari, ataupun beliau terpaksa cakap disebabkan semut berkali2 mendesak… segala calculation yang dibuat oleh penyiasat bebas, cikgureza sekarang sudah terjawab… artikel semut yang bertajuk skim cepat kaya juga menunjukkan tiada bezanya dengan JNSSB… semut tahu, JNSSB ada membeli asset dan jugak perniagaan kecil kecilan yang lain… tetapi itu bukan membuktikan yang JNSSB buat bisnes, Cuma ia digunakan untuk mengaburi mata pelabur sahaja… yang jelas, JNSSB adalah sama dengan system pyramid…
Semut tidak hairan apabila jai berjaya beli mermaid inn secara cash… sebabnya, tiap2 bulan, berjuta2 duit dimasukkan kedalam akaun beliau… apalah sangat dengan satu atau dua juta ringgit… semua bisnes ni tak kemana… sebab semut amat yakin ia takkan membawa untung 2 kali ganda dalam masa 8 bulan… jadi, cara untuk membayar pelabur adalah dengan menggunakan duit pelabur baru… macam mana kpl JJ (mengikut kamus otaibnm, koperal JJ = Dr. Jai) boleh yakin yang bisnes yang bakal dia buat boleh untung begitu banyak??? Apakah beliau lansung tidak mengambil kira sebarang risiko kerugian??? Apalah sangat dengan bisnes jual kereta 2nd hand kat kuantan tu, butik, mermaid inn dan sebagainya… dah balik modal ke semua bisnes2 tu???
Mr. Otai sendiri mengakui yang tahun pertama, kpl JJ menyatakan yang JNSSB rugi… tapi camner kompeni masih boleh bayar SP 25% jika ia rugi??? Mudah sahaja, pakai lah duit pelabur baru untuk bayar pelabur lama… apabila sudah tidak mampu untuk bayar pelabur lama, pelabur baru masuk pun dah tak banyak, maka kpl JJ ”menjemput” BNM untuk freeze akaun… maka, kemarahan ahli2 akan ditempis kepada “pengkhianat bangsa” iaitu BNM… kpl JJ tak salah, camner nak bayar, duit dah kene beku…
ps:: sedih juga tengok poll kat tepi tu... sebanyak 21% pengunjung blog ni masih percaya akan jualan stromberg di 56 buah negara2 asia.... ini adalah hasil kejayaan tipu daya "tali barut" kpl JJ...
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Sunday, September 16, 2007
Terbukti Skim Piramid - By Semut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
cerita badut je
bagi aku, minta bagi BNM unfreeze kan akaun JNSSB. Baru menggelabah kau JJ nak kena bayar balik duit SP ahli semua. Wahai kawan-kawan seperjuangan marilah kita mendoakan agar akaun JNSSB terlepas dari BNM. Baru lepas ni tragedi yang sama seperti 31 Mei berlaku sesama bangsa...Tahniah rakan-rakanku membongkarkan kes yang misteri ini. Tq, Tq, Tq.........
Betul tu anonymous(takda nama lain ka hang ni). Kalau hang ada apa2 update, hang bagitau kat depa ni, Dr Semut & Dr Kesian Korang. Kita selongkar habis-habisan...!!!!
t.t
Prof Dato' Dr Samaun Seman
Assalamualaikum
Terima kasih semut kerana mengwujudkan laman web ni. Nak bagitau aje, kawan downline aku baru je kena buat statement kat BNM pada hari isnin 17 Sept 2007. Pegawai BNM Mohd Hanif namanya kata harapan nak dapat duit tu ada, tapi lepas kes dah selesai keran wang tu semua jadi bahan bukti. Tapi konfirm JNSSB tak boleh beroperasi. Kesalahan yang dia orang nak caj ialah mengumpul wang tanpa lesen kira sama level ngan Pak Man Telo.
Nak tanya satu lagi, Jai ngan bini dia beli PhD kat mana? Teringin gak nak pakai Prof. Dr. hahaha.
memang lah... semut dah tahu yang die buat adalah menyamai skim pak man telo... cuma malang nya, semut hanya tahu selepas akaun kene freeze...
takpe la.. ini adalah pengajaran bagi semut...
Post a Comment