Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Thursday, September 13, 2007

Berita baik!!!

- oleh kesian korang

Berita baik berita baik!!!

Mari abang mari kakak mari dengar!!!

ANDA SEMUA BOLEH MENDAPATKAN DUIT ANDA!!! DIULANGI, ANDA SEMUA BOLEH MENDAPATKAN DUIT ANDA!!!

Bagaimana???

Seperti yang dilihat dalam post sebelum ni & juga borang akad korang tu, korang tau tak bahawa:

- korang bayar duit kepada JRSB
- DUIT MESTILAH DIBAYAR OLEH JNHSB selama 8 bulan kepada korang
- account yang kena freeze adalah JNSSB

Segala urusan BNM sekarang adalah dengan JNSSB, di mana pengarah adalah Kamal & Khairul, Jai & Latifah lepas dari sebarang tindakan.

Tapi, Jai Network Holdings Sdn Bhd yang directornya adalah Jailani Jabar & Latifah Taib, BERTANGGUNGJAWAB untuk membuat bayaran sepanjang 8 bulan berturut kepada semua ahli. Otaibnm, nampaknya Jai belum terlepas dari undang2 kalau macam ni. Dan ini juga explained kenapa Jailani masih belum mahu lari, sebab nama dia terlekat kat JNHSB!!!

Sekarang masalahnya ialah mengumpulkan semua borang akad. Make sure semua orang dapat balik borang akad korang yang dah siap.

(aku punya agreement dari bulan 3 tak dapat2 lagi, huhuuu)

4 comments:

Anonymous said...

Semut, aku join sejak bulan 2, upline aku (salah sorang fanatik dan otai2 Jai) dah masuk sejak bulan 1 dan bulan 11. Aku yakin mereka belum dapat agreement mereka sejak sekian lamanya! Dulu aku ada call bertanyakan dokumen ni, aku buat bising kat forum, guess what? Kanak2 dalam forum tu bising balik dan telah membankan aku dari forum itu. Begitulah nasib kita sebagai ahli fikir yang waras. MEreka tak ubah seperti orang Jahiliah di zaman Rasulullah SAW sewaktu beliau mula2 menyebarkan Islam dikalangan bangsanya, dicaci, dicerca, dihalau. Begitulah mereka dibrainwash untuk percaya dari sorang manusia yang bernama Jailani Jabar.

Berbalik pada soal kontrak tadi, bile saya call syarikat, kata mereka dalam process (bulan 4). Call pada bulan 5, katanya akan makan masa sebab banyak sgt dokumen! Bodoh ke hape alasan gitu? Dah hantar dokumen lebih dari 5 bulan takkan tak dapat nak matikan setem!

Semut said...

Mungkin ada agenda disebalik kelewatan serahan agreement tersebut... sebabnya, jika agreement tersebut ada kat tangan kita skang, kita sudah boleh dakwa JNSSB sebab melanggar kontrak, sebab dah 2 bulan tak bayar... walau bagaimanapun, percaturan "beliau" lagi hebat... maybe sudah lama dirancang...

kesian korang said...

apa guna pakai lawyer tetuan ntahapebenda pun kalau agreement tak dapat???

Semut said...

kerjasama lawyer tentuan megat najmuddin dengan jai sudah dihentikan akhir tahun 2006 lagi... aku pun tak tau ape sebab... pastu jai lantik lawyer baru... tak tau pulak kalo lawyer ni dibayar untuk berkonspirasi dengan beliau... hehee