Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Wednesday, September 19, 2007

Adakah JAI salah bila bisnes SFS?

Asslamualaikum..

satu demi satu MISTERI di rungkai melalui siasatan peribadi. Namun masih ada yang 50/50 untuk percaya pada salah satu pihak...

yang nyatanya aku memang bersimpati dengan keadaan yang menimpa korang. Aku faham, dalam keadaan camni, 'kenyataan' adalah sesuatu yang amat sukar nak di hadapi serta untuk di terima, oleh itu, sebagai penguat semangat, diri masing2 cuba untuk memberitahu bahawa 'everything is ok' sedangkan dari desas-desus yang di dengari - TIDAK..

Ok, berbalik pada tajuk ni, "Adakah JAI salah bila bisnes SFS?":

Maksud aku, adakah salah JAI bisnes SFS dgn plan SP yg memberikan untung 100%?

sebenarnya tidak salah, sebab, kalau ikutkan pada fundemental bisnes , "harga yang di persetujui dalam jual beli" serta produk yang diterima adalah mengikut perjanjian/aqad..

Dan memang tak salah kalau nak untung 100%, malah, to tell you the truth, bisnes software yang aku buat selama ni (salah satu dari bisnes aku), untungnya 1000% kadang2..

Bukan cerita dongeng bila aku kata untung 1000% , tapi korang amik calculation begini:

1) Kos untuk develop satu software dlm satu jangkamasa (dgn menggunakan segala trick yang aku tahu), adalah dlm linkungan RM 10,000 untuk everything.

2) Client akan membeli software itu dgn harga RM 150,000 dan bagi software yg lain2 atau bagi yang custom ada yang mencecah hingga RM 450,000.

di situ, korang lihat bagaimana untung 1000% kali ganda di buat .
* Jgn kira kos intelectual property sebab bende tu memang tak ternilai...

Jadi, adakah salah Jai bisnes bila dia bagi untung 100%? adakah sebab tu diorang di query oleh BNM? dan skrg ni dlm tempoh siasatan?

Jawabnya tidak, sebab, aku huraikan begini :

1) Jai punya sole product untuk aqad tu adalah bagi produk SFS.
2) dengan jualan SFS yang betul, serta permintaan yang banyak, JAI memang boleh untung.
3) Duit modal yang diberi ahli tu di gunakan untuk membeli lebih banyak SFS iaiatu mengikut permintaan market..

TAPI, apa yang terjadi di nombor 1,2 dan 3 tu adalah sebaliknya, iaitu :

1) Produk tu nampaknya hanya berkisar di kalangan ahli sahaja. Dan hanya sedikit boleh di jumpai di market.
2) Tiada fakta/bukti rasmi yang jualan adalah sebanyak mana modal di keeluarkan setiap bulan. Dan aku masih tunggu hingga hari ini..
3) Yeah..right!!

so, solutionnya adalah, kalau lah Jai betul2 boleh jual SFS tu sebanyak mana perbelanjaan setiap bulan, maka, memang BNM takkan panggil punya..

kalau tak, dah melambak company trading kena panggil dgn BNM..

So, guna akal balik untuk fikir, adakah benar2 bisnes yang di buat jai ni benar2 satu bisnes?

P/s: sorry, sebab aku ulang bab ni, tapi nampaknya masih ada yang tak paham2 lagi.

* satu nasihat:

lain kali kalau nak meniaga, belajar le dulu ilmu tu..dan ketahuilah bende tu tak datang sekejap dan sekelip mata..

1 comments:

Semut said...

dari poll yang aku buat kat tepi tu, hanya 50% je pengunjung yang nekad tak nak join lagi skim cepat kaya ni... yang lain2 masih tak serik... walo bagaimanapun, anda boleh mengubah vote anda apabila anda sedar yang takde istilah easy money kat dunia ni...