Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Sunday, September 16, 2007

Siapa Bakal Ke Bukit Aman??? - By otaibnm

A'kum...

Pada hemat pemikiran saya, saya ingin berhenti dan memperlahankan aktiviti penulisan saya selepas penulisan yang Bertajuk 'Suasana Istana Pengadilan'(Ada di pages 977). Tetapi memandangkan peristiwa semasa yang berlaku, saya akan terus menghuraikan MISTERI ini sebelum ianya berakhir.. Saya akan memberi komen kepada yang memberi respons kepada penulisan saya nanti. Bukan sekarang kerana ada 'konflik' yang lebih menarik saya ingin kongsikan bersama pengunjung-pengunjung setia CG ini.

Saya tidak akan menulis TANPA sebarang BUKTI.

Kepada Cikgu Idzham... Janganlah membodek dengan cara yang melibatkan perkara yang bukan-bukan. Bodeklah dengan cara anda mengendalikan kursus sahaja. Kpl JJ dah cipta bermacam-macam kursus dari KURSUS ASAS (RM500)-asal dapat 10% komisyen lpas tuh dikurangkan kepada 5%, Kursus JMC (RM5000)- sambutan merosot sehinggalah penukaran strategi untuk mendapatkan 10% komisyen. Berduyun-duyun pergi bermula JMC 11 di Nilai. Cikgu Idzham Dapat 'payment' pun dah dikira cukup bagus walaupun sampai satu ketika terpaksa bermasam muka dengan Kpl JJ. Susah jugak nak dapat 'payment' rupa-rupanya... Tak gitu ker para pengendali-pengendali kursus?? Teruskan... Kpl JJ 'sayang' kat korang semua.. Ahaks.. Skang ni plak menurut makhluk halus, orang yang menghadiri kursus khas minggu ini lebih kurang dalam 10 orang jer. Kjap lagi bertukar plak PLAN 1000 nih... Kurang sambutan! Maka dipanggillah sekali lagi para PEJUANG-PEJUANG terpilih untuk buat PLAN 2000 plak ker?? Duit... duit.... Hehehhe...

Wokeh.. Sebenarnya apa yang ingin saya nyatakan disini, tak payahlah Cikgu Idzham menjaja cerita kononnya orang-orang Kelantan terutamanya dari kumpulan 'Hj Tabligh' iaitu Ketua bagi 40 madrasah diseluruh negeri Kelantan & Terengganu yang menuntut duit yang dipinjam oleh Kpl JJ sebanyak RM300,000 walaupun dijanjikan pulangan sebanyak RM1 juta nak bunuh Kpl JJ!!! Lepas tuh, nak ugut Hj ni plak kata nama hj ni dah ada kat kat Bukit Aman. Dengan harapan dak jadi orang kanan disamping Kpl JJ.

Tahukah Cikgu Idzham???

Sebenarnya nama Cikgu dah ada pun kat Bukit Aman! Cuba cikgu ingat kembali akan peristiwa permohonan LESEN AJL yang lepas. Apa cerita dengan produk cikgu tu! Ye lahhh... Produk Rapat Rawan tuhh!!! Buat pengetahuan pengunjung-pengunjung CG sekalian, Untuk memohon LESEN AJL, paling kurang produk yang harus diperkenalkan adalah sebanyak 5 produk.

Bagi kes produk Cikgu Idzham plak yang dimasukkan kedalam JNSSB untuk memohon lesen AJL. Dah dapat KKM punya kelulusan tak? Menurut makhlus halus, produk nih telah pun dipalsukan kelulusannya dari KKM. Kata makhlus halus lagi, Cikgu Idzham ni tunggu masa jer... Kpl JJ dah sediakan nama Cikgu kat Bukit Aman sebagai orang yang bertanggungjawab keatas penipuan ini. Tak payahlah nak takut-takutkan 'hj tabligh' nih. Nama cikgu sebenarnya yang dah ada kat Bukit Aman. Ini pun hasil percaturan Kpl JJ yang diampu tuh. Dah tak der arah ker cikgu??? Cubalah tanya Kpl JJ tuh! Hehhehe...

Buat EnzoPower.. saya memang menyokong dan percaya akan kenyataan saudara tuh. Bukan setakat orang no.2 di Bank Negara. Malahan menurut makhluk halus, pertemuan yang diatur sebelum ini dengan orang no 1 BNM iaitu Gabenor BNM, Timbalan Menteri Kewangan malahan juga hampir kepada PM sendiri pun ditolak bulat-bulat. Walaupun pada peringkat awalnya begitu mengharap! Tapi hanya lakonan semata-mata rupanya... Muslihatnya cukup hebat. Inikah Pejuang BANGSA MELAYU!!! Memang patut pun kalau 10 tahun lagi orang macam ni tak muncul! Lagi bagus tak payah muncul terus orang yang MENIPU BANGSA MELAYU dimasa akan datang!! Cuba ingat balik kata-kata Kpl JJ di Mermaid tempoh hari dimana Kpl JJ menyatakan bahawa BNM tidak akan jumpa orang sepertinya lagi yang boleh memberi bonus kepada ahli-ahlinya berjuta-juta sebulan!! Harap-harap tak payah jumpalah....


p/s: Kepada yang begitu pro JAI, harap-harap anda akan dapat menyampaikan artikel ini kepada yang berkenaan!! Kepada rakan-rakan CG plak, beritahulah kepada rakan-rakan lain akan perkara sebenar yang berlaku... Selamat Meneruskan Ibadah Puasa.

0 comments: