Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Friday, September 14, 2007

pelabur bijak

pernahkah korang melabur dalam trust fund? aku belum pernah lagi, aku pernah melabur dalam saluran yang lain je, dalam pelaburan low return (low risk).

tapi, kalau korang nak melabur dalam high return investment, risikonya juga menjadi tinggi.
rule of thumb utk high return investment,
jangan sesekali berhutang untuk melabur.

disebabkan cerita2 indah yang direka oleh Jailani Jabar, segala yang mustahil menjadi tiada masalah.
- stromberg merupakan satu produk yang sangat laris di Asia, di mana setiap bulan, untung berjuta USD diterima oleh Jai sempena jualan ke 56 negara Asia (dan entah macamana, Jai mendapat hak esklusif utk memasarkannya ke seluruh Asia)
- pihak syarikat kata, wang SP diperlukan kerana
nak beli stromberg in cash plus, instead buat loan dengan bank, lebih baik interest tersebut diberi kepada ahli (suci murni tujuan mereka nih)
- sepatutnya setelah 5-6 bulan , syarikat sepatutnya telah mempunyai wang sendiri utk rolling dan tidak perlu untuk mengambil deposit dari orang ramai lagi. akan tetapi, walaubagaimana hebat dan alim seseorang itu, bila diuji dengan 3 perkara iaitu perempuan, kuasa dan wang, dengan tamaknya syarikat terus mengambil deposit, meski sekali monthly sale report tidak pernah dikemukakan oleh syarikat.
-bukti? tidak pernah ada sekeping gambar stromberg indonesia atau thailand. gambar stromberg dalam kontena pun takde. untuk RM 500, anda mendapat produk dengan packaging yang sangat cikai, nak kata RM 50 pun tak layak.
-setelah akaun syarikat di'freeze', syarikat tidak pernah merungut tentang sale stromberg atau kekurangan modal untuk terus supply stromberg ke negara asia. sebaliknya, syarikat terus berusaha untuk menjual HFI (hydrofuel) yang baru ada kilang dan pak guard. berlumba2 ahli jai masuk skim baru dengan RM 5000, dengan produk yang dijanjikan akan tiba entah tidak tahu bila. (orang2 jai yang keje supply stromberg ke luar negara tak kecoh ke dah takde keje???)
-mengapa syarikat mesti terus mengambil deposit, alasan awal syarikat semasa stromberg adalah kerana syarikat memerlukan cash mengimport dari luar negara. kali ini HFI dipasang dalam kampung sendiri, apa alasan Jai? untuk menghasilkan 100 orang jutawan?
(100 jutawan dan 50,000 fakir-miskin-hutang-keliling-pinggang)

JIKA ANDA ADALAH PELABUR BIJAK, PERNAHKAH ANDA MENGAMBIL TAHU DI MANAKAH WANG ANDA DILABURKAN? KALAU BENAR, DI MANAKAH STATISTIK DAN BUKTI WANG ANDA DILABURKAN???

namun apa yang terjadi, perjuangan ekonomi ummah yang dilaungkan telah berjaya menghasilkan beribu2 melayu yang berhutang dan mengharapkan wang tanpa berusaha. hai bangsaku...

3 comments:

Anonymous said...

Kesian ummah kita...dah hutang keliling pinggang....ini ada yang taksub (tak sedar diri) cari pulak untuk calon2 ahli yang nak kena jalan atas bara pulak...apa ni..nak kata kongsi gelap bukan...tapi macam tulah lebih kurang...aku dalam askar dulu lebih 25 tahun tak dalah pulak kena jalan atas bara, tapi boleh juga pertahankan negara.....alahaiiii!!!!

aidiryatim said...

assalamualaikum.. alhamdulillah.. da masuk 3 ari kita berpuasa..bulan yg penuh dgn keberkatan..
salam ramadhan semua..
mm.. moga yg di nanti2.. MISTERI akan terungkai jua.. yg mana salah... yg mana betul.. yg mana auta.. yg mana fakta..
p/s: x sangka lak.. MISTERI nih semakin popular kebelakangan ini..
tidak syak lg.. mmg MISTERI, tetapi syg.. MISTERI yg x misteri.. ape pn.. teruskn usaha memecahkn misteri ini bersama.. insyaAllah.. kebenaran akan muncul tiba dgn usaha gigih kita.. amin...
salam buat semut...:)

Anonymous said...

100 jutawan dan 50,000 fakir-miskin-hutang-keliling-pinggang

pembetulan sket... hehehe... kalo 25,000 ahli, kita ada 30 jutawan, 24,970 ahli merana hutang dengan bank dan dikejar downline...

kalo 100 jutawan, maknanya bukan 50,000 tapi 83,233 orang merana... hehhe....