Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Monday, September 10, 2007

Pengedar tunggal Stromberg Asia??? - by semut

Daripada apa yang saya huraikan beberapa hari lepas, berkenaan skim cepat kaya, apa yang membezakan jai network dengan skim cepat kaya ialah ia jual produk Stromberg sedangkan skim cepat kaya hanya main “rolling” duit sahaja… jadi, inilah modal yang dijaja upline2 yang telah di”cuci” otaknya semasa kursus RM500(Asas) dan lebih parah lagi RM5,000 (JMC)… ke hulu dan kehilir membawa agreement lawyer dan akad untuk menyatakan ia sah dari segi undang2 dan menurut syariat… dan kemudian, datang pula kursus khas, bunyinya makin parah, sampai kena “baiah” dan berjalan ditepi bara api… memang hebat… cukup hebat… untuk perjuangan bangsa, untuk perjuangan agama… mereka adalah “general” jai network dan hanya 4000 orang pertama sahaja yang layak menjadi general… perjalanan masih jauh, perjuangan masih panjang, agenda sangat besar didukung, untuk meningkatkan ekonomi ummah… kita sudah tidak perlu pandang ke belakang lagi… jalan kehadapan dan terus ke hadapan… dengan penyertaan PEKIDA, maka perjuangan kita akan akan menjadi lebih hebat dan bertambah kuat… inilah agenda kita, inilah perjuangan kita…

Itu lah kata2 yang kita biasa dengar dari orang2 yang telah di brainwash sebanyak dua atau tiga kali (Kursus Asas, JMC, Khas), ataupun mereka yang begitu taksub dengan “perjuangan”…. Tahukah mereka apa yang sedang mereka buat??? Tahukah mereka apa yang mereka lafazkan???

Perkara yang asas dalam “perjuangan” mereka ialah letak duit dalam akaun jai, tunggu dapat tiap2 bulan 25% selama 8 bulan… bagi yang dah dua round kene brainwash, mereka dapat komisyen 10% dan skang, selepas akaun kene freeze oleh BNM, ada yang sudah dapat berfikir dan ada pula yang masih berada dalam keadaan “pukau” seperti sedia kala, dan terus kene brainwash untuk kali ke tiga… adakah mereka tidak pernah terfikir, darimana datang nya duit untuk membayar mereka 25% atau 30% sebulan???

Apabila ditanya, maka, mereka akan menjawab, Dr. Jai adalah pengedar Stromberg satu asia… Apabila ditanya berapa transaksi dibuat sebulan, brapa unit dijual sebulan, maka semua tidak tahu termasuk golongan “brainwash 3 kali”… jadi, hari ini, saya ingin menjelaskan mengenai status pengedar tunggal satu asia seperti yang di war-warkan…

Walaupun Dr. jai dikatakan pengedar tunggal, tetapi setiap pengedar bebas untuk membeli produk terus dari kilang di Africa… ini adalah keratan email yang pernah diterima oleh salah seorang kawan yang telah lama mengkaji tentang jai network… (click image untuk lebih jelas)

Ia menunjukkan yang setiap orang memang boleh membeli produk terus dari kilang di Africa dengan hanya bermodalkan $18.00 jer seunit jika dibeli dengan kuantiti yang banyak… atau hanya kira2 RM70 saja seunit… kilang tersebut pula bersetuju untuk menjual terus kepada pemborong jika mereka ada cash… daripada khayalan ahli2 jai network, ada yang membayangkan Dr. Jai menjual nya dengan harga RM1000 satu set di Thailand, ada juga versi khayalan yang cakap dr. jai jual dengan harga RM600 satu set… tidakkah mereka2 yang sedang berkhayal ini terfikir, buat apa pengedar tersebut nak ambil stok dari Dr. jai atau JNSSB jika mereka boleh mendapatkannya terus dari kilang dengan harga yang jauh lebih murah???

Mereka selalu bercakap pasal dealer satu asia, tahukan mereka bahawa www.jnssb.com adalah website rasmi syarikat JNSSB??? Kenapa website tersebut ditulis dalam bahasa melayu??? Yang paling penting ialah, adakah website tersebut menggambarkan ia adalah pengedar tunggal Stromberg satu asia??? Atau lebih kepada mencari downline dan memajukan SP dan Smart Moving??

Mungkin mereka lupa bahawa di Malaysia sendiri pun mereka ada competitor??? Website ini, http://www.strombergpowerbooster.com/ lebih membayangkan Stromberg dijual oleh syarikat ini di asia dengan mempunyai cawangan di medan (Indonesia) dan Hatyai (Thailand)… mereka ini juga tidak tahu menahu mengenai JNSSB adalah pengedar Stromberg Asia dan mereka mengambil stok terus dari kilang tanpa melalui JNSSB… Jika mereka mengambil stok dari JNSSB, maka sudah tentu lah mereka akan “bungkus” kerana harga RM500 paling murah pun mereka dapat, yerla, kan korang beli RM250 jual RM500, RM500 ni yang bawak pergi jual ke luar Negara (kononnya)… produk tu pun takde la hebat mana, stakat 15% je jimat minyak… ada produk lain yang lebih murah di pasaran…

Selain itu, produk Stromberg juga mempunyai reputasi yang teruk untuk sesetengah kereta… sila rujuk feedback pengguna di http://www.motortrader.com.my/asp/forum/topic.asp?TOPIC_ID=5271&whichpage=1

Kesimpulannya, bagaimanakah anda boleh berkata tentang penjualan Stromberg oleh JNSSB di negara2 asia boleh mendapat sambutan yang begitu menggalakkan??? sedangkan produk tak la sehebat mana dan dapat persaingan lagi dari kompeni lain... maka, dari mana duit SP ini dibayar kepada anda???

0 comments: