Assalamualaikum...
Sekian lama leader2 jai menjaja kepada downline yang jai jual stromberg di 56 negara2 asia, maka pada tanggal 17 September 2007, Kpl JJ telah dipanggil menghadap bank negara... pada saat itu juga kpl JJ diminta untuk menunjukkan bukti transaksi jualan stromberg kepada pihak BNM... Malangnya, beliau GAGAL menunjukkan transaksi tersebut menyebabkan satu pertuduhan dikenakan keatas beliau bersama 4 lagi pertuduhan lain, menjadikannya 5 tuduhan terhadap kpl JJ yang bakal dikupas oleh otaibnm....
Sekarang, sudah terbukti. Maka, 25,000 orang ahli jai sudah ditipu oleh seorang PEJUANG ISLAM sehinggakan hampir semuanya percaya berkenaan jualan stromberg tersebut... walau bagaimanapun, sesetengah TALI BARUT kpl JJ sudah pun tahu akan hal ini, rujuk perbualan semut dan otai... tetapi demi mendapat 10% maka tali barut ini sanggup menyembunyikan apa yang mereka tahu dan terus berkempen dengan mengatakan jualan tersebut memang mendapat sambutan di 56 buah negara2 asia....
Hari ini juga, saya ingin mengupas satu lagi perkara yang diketahui oleh TALI BARUT tersebut, tetapi beliau menyembunyikan apa yang beliau tahu demi mendapat 10% untuk plan SSP, memandangkan beliau sudah pun pergi brainwash tahap 3 dan sudah pun menyiapkan website untuk promosi, iaitu http://clix.to/2x...
Disini, saya ingin menyampaikan sebab2 mengapa JNSSB sekarang sedang menghadapi risiko pembatalan kontrak dengan HFI... Ingin saya jelaskan, HFI (Hydro Fuel Industries) adalah satu kompeni yang dimiliki Dr. Halim... Produk kompeni ialah HFCS (Hydro Fuel Car System)... teknology die dipanggil HFT (Hydro Fuel Technology)...
JNSSB pula hanya pengedar produk ni sahaja.... bukan pemilik... walau bagaimanapun, ade sumber yang mengatakan jai ade bagi fund kepada kompeni ni untuk bina kilang di banting... saya tak tahu lah sejauh mana kebenarannya... sebab kpl jj memang bermati matian tidak memberi ahli die melawat kilang tersebut.... cuma untuk beberapa event je mereka dibenarkan masuk... jelas menunjukkan yang kilang tersebut bukan milik jai, tetapi milik orang lain... ingat, JNSSB hanya pengedar HFCS (tapi lebih glamer dengan name HFT) sahaja...
Selepas serbuan, tersebar khabar angin yang dibawa oleh otai sendiri di CG yang berbunyi begini:
- Jai Network disahkan bersalah dan terlibat dgn sistem pyramid
- Jai Network disahkan bersalah atas mencipta Stromberg tiruan yg mana kilangnya terletak di Melaka. Ada lebih kurang 60,000 stok simpanan Stromberg tiruan
- Dr Halim dlm proses nak cari duit, utk refund semula Jai Network utk produl Hidrofuel (utk refund taraf Pengedar Tunggal di Asia tenggara yg JNSSB beli dan utk refund AD yg member2 bayar)
saya lebih tertarik dengan kenyataan ke tiga, iaitu Dr Halim dlm proses nak cari duit, utk refund semula Jai Network utk produl Hidrofuel... Sejauh manakah kebenaran khabar angin ini???
Beberapa minggu lepas, kita telah dikejutkan dengan pemulangan duit dari Dr. Halim kepada Dr. Jai sebanyak RM20 juta... walau bagaimanapun, kenyataan ini dinafikan oleh otai dengan menyatakan jumlahnya hanya RM10 juta sahaja... Saya berpendapat bahawa duit tersebut adalah termasuk bayaran RM50k untuk jadi AD Hydrofuel yang dibayar oleh ahli satu ketika dahulu.... Maka, jelas disitu bahawa khabar angin itu benar dengan berlakunya peristiwa pemulangan duit tersebut... rujuk disini...
Sumber orang dalam saya sudah pun memberitahu saya bahawa kerjasama HFI dan JNSSB akan terhenti dengan 3 sebab:
1. HFI mempunyai produk yang bagus... rekod jai network pula sudah buruk kerana disiasat BNM... sudah tentu memberikan reputasi yang buruk kepada Dr. Halim dan HFI sendiri... memang la blum dibuktikan bersalah, tapi kalo orang tu ditahan polis untuk membantu siasatan, sudah tentu kita pandang slek kat die...
2. Ada pihak lain yang berminat dengan produk ini... iaitu orang politik melayu... saya tak nak jelaskan banyak2 pasal ni, tapi beliau memang menawarkan fund dari kementrian beliau kepada Dr. Halim... yer laa, kalo tak, darimana Dr. Halim dapat duit RM20 Juta tu??? produk die blum jual lagi... (bende ni shahrudin pun tahu mase aku borak2 ngan die haritu, rujuk balik perbualan semut dengan Mr. Otai, yang aku sensor tu bende ni laa)
3. Yang ni aku tak nak reveal lagi... hehehe... bahaya wooo...
Maka, sejauh manakah keyakinan anda yang HFT milik JNSSB selama lamanya???
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Thursday, September 20, 2007
HFT bukan milik JNSSB??? - By Semut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Mmglah HFT bukan milik Jai, malah ia tak pernah pun menjadi milik Jai. dia cuma menjadi pengedar HFCS je. HFI Milik Dr Halim, and Kpl JJ adalah salesman dia. Skarang ni Kpl JJ will be a lousy salesman. I hope para otai Jai dan pejuang2 taksub jai akan sedar dari pukau mereka. Jelas kpl JJ hanya menipu dan ingin menyelematkan ekonomi dia aje.
memang bukan jai punye pon HFT tu... tapi gaya otai2 dok promote tu dah cam HFT ni die punye... hahaha... sedangkan diorang pun tak sempat nak sentuh HFT ni... tapi kempen bagai nak rak... SSP... SSP... SSP...
Master Zemi dan Master Adzmi org yg sama ke? Aku dah jadi konpius
same jer... hehehe... ko kene biase ngan kamus otaibnm...
Dr. Jai = Kpl JJ
Master Adzmi = master zemi
Dr. Idzham Nayah = cikgu idzham
Post a Comment