Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Saturday, September 8, 2007

Skim Cepat Kaya - By Semut



Harini semut (http://jnssb.blogspot.com/) ingin mengupas tajuk skim cepat kaya… beberapa website telah saya rujuk untuk mengetahui ciri2 skim cepat kaya ini… antaranya http://mightyhitter.com/skim-cepat-kaya.html.

Antara ciri2 yang diterangkan oleh website ini adalah:

Anda akan mendapat duit tanpa berbuat apa-apa. (letak duit dan tunggu jer, tiap2 bulan duit masuk tanpa buat apa2 selama 8 bulan).

Anda akan mendapat duit lebih sekiranya “refer” kpd kawan, atau dengan kata lain, cari downline. (Punye la semangat nak dapat 10% komisyen).

Anda akan mendapat duit dengan cepat. (memang la, 2 kali ganda dlm masa 8 bulan)

Penganjur skim akan cakap ini untuk saling bantu membantu. (nak tolong meningkatkan ekonomi ummah).

Biasanya penganjur akan cakap “ini bukan skim cepat kaya”. (komfem laa, takkan nak ngaku kot...?).

Penganjur perlukan duit anda. (sebab tu die suruh letak duit dalam akaun die, start bulan depan die akan bayar 25% setiap bulan.)

Penganjur akan berusaha bersungguh – sungguh untuk mengajak anda join skim ini. (Kursus Asas, JMC, Kursus Khas, ini memberi keyakinan untuk peserta kursus agar bersungguh2 mencari downline.)


Melalui laman web ini pula, http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kewangan/skim_cepat_kaya.htm penerangan lebih detail diberikan. Apa yang website ini rumuskan tentang skim cepat kaya adalah:

Mengambil deposit wang dan berjanji akan memulangkan dengan kadar yang lebih tinggi daripada institusi kewangan berlesen. (memang ler, ASB pun kalah!!!)

Mereka menggunakan duit pelabur baru untuk membayar pelabur lama. Bila duit pelabur baru sudah tidak mampu untuk membayar pelabur lama, maka skim ini dibatalkan. Orang2 yang mendeposit paling lambat tidak akan dapat balik wang mereka. (kalo sume orang dah kenal si penganjur, susah la nak lari, baik die “jadikan” alasan duit BNM beku sebagai cara membatalkan skim ini, contohnya skim PLSP kat kedah yang memberikan pulangan 16%sebulan, dengan alasan membantu orang2 Islam. Sudah 6 tahun duit dibekukan BNM)

Penganjur skim cepat kaya mungkin seorang individu, perkongsian atau syarikat. Penganjur tersebut mungkin mendapat sijil pendaftaran daripada Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Perniagaan untuk memberi gambaran bahawa perniagaan yang dijalankan adalah sah. (memang ler daftar dengan SSM, ni no. lesen 603707-P)

Mangsanya pula adalah para pendeposit yang terlibat merangkumi semua peringkat masyarakat yang inginkan pulangan yang tinggi dan cepat tanpa mengambil kira risiko yang terbabit. Mereka ini mungkin sedar akan risiko tinggi tetapi masih memilih untuk tidak mengendahkan risiko tersebut demi pulangan tinggi yang dijangkakan. (Rase cam aku jer.. hehehe)

Skim cepat kaya akan terus wujud selagi orang ramai dikaburi dengan janji-janji pulangan yang tinggi clan menyertai skim-skim ini tanpa mengambil kira risiko yang terbabit, skim ini akan terus wujud. Mereka yang tidak berwaspada dan terpedaya dengan janji-janji pulangan yang tinggi (yeaahhh, kali ni 30% pulak sbulan) akan sebenarnya membantu memastikan skim-skim ini berterusan dan akan terus kehilangan wang simpanan mereka.

Sesuatu yang menarik saya jumpa di website http://ro.botys.com/index.php/tips-mengenal-skim-cepat-kaya/ … iaitu satu kenyataan yang boleh membuatkan ahli2 JNSSB mendabik dada… iaitu "Skim Cepat Kaya tidak melibatkan sebarang Jual Beli atau apa2 jenis bentuk perniagaan sekalipun". Otai2 pun selalu menyatakan, jai bukan pelaburan tapi kami membuat perniagaan jual beli produk Stromberg siap dengan akad skali, dan menurut prinsip syariah. Adakah mereka sedar apa yang mereka cakap? Atau masih dalam keadaan kena “pukau”? Pernah kah mereka mengkaji dimana produk tersebut dijual??? Atau cukup dengan hanya penganjur cakap kosong jer, “kami ejen Stromberg satu asia, jual ke 56 buah negara2 asia”… tanpa sebarang bukti jualan… rujuk artikel saya di http://jnssb.blogspot.com/2007/09/berapa-unit-jai-jual-stromberg.html ia menunjukkan tiada seorang pun yang tahu berapa dan kemana Stromberg tu pergi… kecuali penganjur tersebut…

Saya betul2 mengharapkan mereka2 yang masih dalam keadaan “pukau” ini untuk menyatakan jumlah Stromberg dijual sebulan sehingga membolehkan pembayaran tiap2 bulan sebanyak 25% dibayar kepada pendeposit... sekiranya anda juga tidak pernah melihat transaksi jualan Stromberg, anda sebenarnya tidak layak untuk menyatakan “kami berniaga produk Stromberg”… Marilah kita sama2 berpijak dibumi yang nyata…


"when something is too good too be true, it might not be true at all..." - Kata Cikgureza dlm Shout Out Box.

6 comments:

Anonymous said...

mengikut kajian semut drpd beberapa laman web, secara x langsung apa yg jnssb buat adalah selari dgn skim cpt kaya yg diperkatakan. Persoalannya, adakah strmbg benar2 diperniagakan di negara2 asia oleh jnssb? Kerana ini sajalah satu2nya bukti yg boleh membezakan jnssb dgn skim2 cpt kaya sblm nih. Berharap benarlah sekiranya pihak jnssb mempamerkan transaksi penjualan ini di laman webnya utk memperolehi keyakinan drpd ahli2nya. Kalau ini tiada, teori rolling duit tu mungkin adalah realiti.....Wallahualam...

Anonymous said...

aku jugak telah menggulung beberapa persoalan, termasuklah pasal jualan sfs ni kat asian region ni. Korang boleh baca di link ni:

http://www.putera.com/tanya/index.php?showtopic=31936&st=350

Anonymous said...

Wow.. bagus la semut.. info nih! tapi aku tertarik kat pembekuan akaun PLSP kat kedah oleh BNM,.. lamanya??? 6 thn?

Bila aku tgk balik post2 kat CG.. aku perasan satu post dari Datin Diaries (ms799) dia ada mention 2 nama...En.Kamal dan En.Mazlan yg mana kedua2nya letak 100k dan dpt gelaran pengarah korporat negeri, mrk2 ini juga menukarkan borang lama pada borang akad/jual beli.

Yg agak menakutkan aku.. kedua2 nama ini.. hampir menyerupai nama ketua penyiasat unit Penyiastan Khas BNM.. ada konspirasi ke?? Adakah segala2nya sudah dirancang?? aku belum pasti.. mungkin juga satu kebetulan.. Tapi kalau betul...ada memberi kesankah terhadap nasib ahli2 Jai???

Tunggu dan lihat....

Semut said...

itu dah kire beku seumur hidup laa tu... tahun ni 6 tahun, tahun depan 7 tahun...

rasenye kamal & mazlan ni bukan org bank negara... hehehe..

Anonymous said...

mazlan aku tak kenal, tapi yg pastinya En.Kamal tu bukan, aku kenal sgt die tu sbb aku ni adik die...heheheheh

Semut said...

Awas, ini bukan Skim Cepat Kaya ataupun skim Piramid ataupun gores dan menang dan sebagainya.
Jauhi skim-skim yang menyalahi undang-undang.
Ia juga bukan pelaburan dalam internet seperti Swisscash, EA Index, ABBFund, Arabic Fund, FOREX dan sebagainya.
Kaedah ini berkonsepkan Jual Beli yang berlandaskan syarak (ad bait tawarruq), beserta akad jual beli.
- dipetik dari website salah seorang otai jai yang mempromosikan SSP


kan aku dah cakap, penganjur skim cepat kaya takkan mengaku yang die buat skim cepat kaya... hahahaha...

jauhi skim menyalahi undang2??? yang BNM dok tengah siasat ni sebab langgar undang2 la... kalo tak disyaki salah, diorang tak buat siasatan semata2 kerana 400 surat dan aduan... tak caya??? aku cabar korang beramai2 pegi report yang petronas buat skim cepat kaya... hantar 800 pucuk surat dan hari2 pegi buat aduan... tengok ape jadi...