Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Sunday, September 9, 2007

Duit RM20 Juta dipulangkan dari akaun proxy - By otaibnm

Akum...

Menurut orang halus, Dr Halim dari HFI sudah pun memulangkan kesemua duit yang di 'parking' oleh boss sebanyak RM20 juta kepada boss!! Maklumat ini adalah BENAR dan MESTI DIPERCAYAI!!!

Ini bermakna, boss dah ader duitlah skang. Tak kan tak boleh nak bayar skit-skit dulu kepada ahli-ahli JNSSB. Ramai yang memerlukan sangat-sangat duit tuh, terutamanya menjelang puasa dan hari raya aidilfitri. Ada sesetengahnya tak merasa langsung lagi payment SP25% tuh. Loan nak kena bayar...

Hai EN PEGUAM RIDUAN di KUANTAN, dengar citer duit tiba-tiba plak berjuta-juta!! Ahaks.. Member skolah lama bagi kot???

Maka ahli-ahli JNSSB sekalian, kita janganlah mengganggu operasi kilang HFI. Ini adalah kilang orang. Menjadi suatu kesalahan plak kalau kita menceroboh sesuka hati. Patutlah boss dari dulu menghalang ahli-ahli dari melawat ke kilang kerana boss tahu kilang bukan milik syarikat...

Rakan-rakan JNSSB sekalian, kalau rasa nak jumpalah boss kita tuh, aper kata kita ramai-ramai pergi ke Restoran Royal Bintang di Bkt. Bintang (sebelah Hotel Federal) pada jam 8.00 malam hari AHAD (9 September 2007). Tuntut HAK KITA!! Jumpa di lobby. Sebab kalau nak mengharapkan call, sms, dll. JANGAN HARAP!!! Kursus Khas yang diadakan di Kuantan pun tak bleh nak datang. Ini lagilah kalau nak set appt melalui telefon.

Dengar citer kursus kat Kuantan sampai jalan atas bara api tuhh... Hebat.. Hebat... Kita tengoklah sendiri esok, boss berani jalan atas api tak??? Hehhehe....
Sembang banyak tak der guna!!! Janji Bayar SP orang. Itu baru satu source duit yang di parking kat kilang HFI. Banyak lagi. Aku tak nak nyatakan lagi disini. Yang mana conform dah masuk acc balik jer, aku nyatakan disini.

Jom beramai-ramai turun Bkt Bintang esok.... Amacam??????

10 comments:

Anonymous said...

Boss tak brani turun kuantan... tapi die brani turun bkt bintang sebab ade PEKIDA kat situ...

Anonymous said...

Kilang tu memang bukan jai punye pon... jai hanya ejen pemasaran jer... ape??? 56 buah negara asia???

Anonymous said...

"Menjana ekonomi ummah"... haaa??? betoi kaa ni??? hahaha..

skang ni zaman "ummah" tengah kene kejar dengan downline, bank dan along... hahaha

Anonymous said...

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Bila masa MENJADI hampa puji melangit. Bila kantoi hampa kutuk habih, bukannya nak tolong doakan keselamatan ke, bagi sokong ke, begitulah adanya sikap orang melayu. Layu memanjang. Teman pun melayu juga. Macam ni lah kita congaklah sama-sama berapa baki umur kita yang masih tinggal nak hidup atas muka bumi ni. Muhasabahlah kita sama-sama.

Anonymous said...

"begitulah adanya sikap orang melayu"

hahahahahahahahaha... tergelak besar aku dengan statement nih... ni ayat standard yang diajar dalam kursus asas (yang bayar RM500 tu)... biasa laa... bile orang dah tak sokong, mula la die beri jawapan "ni la melayu", "tu la melayu", "dengki", "musoh", "melayu menjatuhkan melayu" dan lain2...

tulun ler jangan buat lawak kat sini lagi ok... kalo nak bahas, sila datang dengan bukti yang konkrit...

Anonymous said...

Aku dah agak dah sebelum aku tulis, mesti ada yang menjawab. Jangan sombong. Orang sombong yang gelak besar macam tu. Tak baik gelak besar macam tu. hahahaha, banyak kali ha tu. Mulut terbuka luas, banyak syaitan boleh masuk dalam mulut terbuka luas. Tulun tu perkataan apa? Tundun aku tahu le. nak bahas? sila datang kat mana? bukit konkrit? bukti konkrit apa? Bawalah mengucap banyak-banyak. Istigfar banyak-banyak. Setiap perbuatan kita akan dipersoalkan di Akhirat nanti dan mahkamah di sana adalah yang seadil-adilnya. Kalau orang yang menipu kita di sini boleh terlepas, itu adalah sementara. Tetapi di sana tiada siapa yang terlepas. Semoga diberi taufik dan hidayat untuk bertaubat kepada mereka yang merasakan diri mereka itu cukup hebat. Marilah bersama-sama muhasabah diri, dah cukup kita nak bawa bekalan ke alam yang kekal abadi untuk selama-lamanya.

Anonymous said...

Kalau rasa bekalan dah cukup, buat le apa yang hampa suka.

Anonymous said...

releks laa Anonymous, diorang gurau jer tu... hihihi

Anonymous said...

Jai ni memang MENIPU. Janji nak bayar bulan2 tapi tak bayar. Loan bank rm20k ni sape nak bayar?

Anonymous said...

Aku ni kojo askar dah 25 taun lobih, tapi sepanjang maso tu samado latihan ko atau kojo ko tak do pulak kono jalan atas baro...macam orang dari bangso lain nak sombahyang yo!!! Apolah punyo paedahnyo...gilo ko!!! Inikah di katokan pojuangan bangso??? Buang maso yo...SP tak jugak bayar....