Assalamualaikum...
Sedih juga aku apabila ada beberapa orang kawan2 aku yang bersorak riang apabila dah dapat 1st payment untuk plan SSP... sekarang ni terus terang jai buat konsep rolling duit sebab produk sebenar belum keluar... tanpa sebarang produk, maknanya, duit yang anda dapat tu adalah 100% daripada duit yang anda laburkan.... kenapa nak gembira, 30% jer, lagi 70% masih lagi berada dalam akaun jai network, bakal diberikan kepada anda pada bulan2 yang seterusnya (jika nasib baik, dapat ler)... apabila duit anda sudah habis, duit orang yang baru masuk pula diberikan kepada anda...
Sekiranya jumlah ahli yang masuk secara "exponential" sebagaimana plan SP sebelum ni, maka syarikat akan survive lebih lama... tetapi, sekarang, ramai yang ambil langkah berhati2... jumlah yang masuk pun tak sehebat dulu... teori exponential sudah tidak boleh dipakai lagi... jadi, berapa lamakah survival SSP???
Aku yakin apa yang aku buat adalah betul... ada banyak yang aku nak tulis, tapi masa agak terbatas... sesetengah tu kalo aku tulis, memang akan menimbulkan kemarahan otai2 jai network...
sebab itu aku buat bulan 10 ni sebagai kayu ukur... jika akaun masih beku, maka aku harap, korang bukak lah sedikit hati untuk membaca blog aku...
Aku lansung takde kepentingan diri sendiri, cuma nak selamatkan bangsa melayu sahaja, terutamanya kawan2 aku... aku ada informer dari "orang dalam" JNSSB sendiri... sebab tu aku come out dengan andaian2 aku tu, bukan sekadar khayalan kosong aku semata2...
Dalam teori semut yang aku cipta akhir bulan ogos tu, aku andaikan dr.jai memang dah tahu dua atau tiga bulan sebelum serbuan bahawa perkara ini akan berlaku...
dan tulisan bertarikh 5 september di web shahrudin http://bluster_7.bravejournal.com/index.php menyatakan yang jai memang jangka perkara ini akan berlaku... ni website otai jai... tengok, betul tak andaian yang aku buat, iaitu dr. jai dah tahu JNSSB akan diserbu BNM??? tapi masih ada yang melabel aku memfitnah...
Aku cakap dalam teori semut tu juga dr. jai memindahkan duit kedalam akaun proxy... tetapi ada yang cakap aku fitnah lagi... korang tengok bukti yang di perakui oleh salah seorang forumer bernama "endek" (kategori otai jai) di forum ni http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=589115#post589115 ... beliau sendiri mengakui dr. halim memulangkan RM10 juta kepada Dr. Jai... ini lah yang aku maksudkan sebagai akaun proxy, dimana duit diletakkan di tempat lain bagi mengelak dari kene beku BNM... kalo duit ni berada dalam akaun jai, sudah tentu ia terbeku skali... ini pun korang cakap aku fitnah jugak...
Maka, kepada sesiapa yang tidak mahu mencari kebenaran, tutup lah minda anda... hanya buka telinga untuk dengar apa yang syarikat beritahu sahaja... sekiranya apa yang aku tulis ini bercanggah dengan syarikat, maka, label lah ia sebagai fitnah... aku tak kisah pun... tengok kat atas tu, aku tulis "hanya untuk mereka yang ingin berfikir"... sesiapa yang tidak mahu menggunakan akal untuk berfikir, maka teruskan lah dengan "perjuangan" anda... aku hanya ingin menyampaikan kepada golongan yang mahu berfikir sahaja...
Semasa serbuan BNM, kesemua jumlah yang ada dalam akaun jai adalah kira2 RM15 juta sahaja... jumlah ini sudah tentunya tidak mampu untuk membayar duit SP, walopun sebulan... Fitnah????
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Thursday, September 13, 2007
Fitnah??? - By Semut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment