Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Tuesday, September 25, 2007

Inikan Fitnah KAU kata Kpl JJ!!! - By Otaibnm

Fitnah???? Memang diketahui ramai bahawa fitnah itu lebih bahaya dari membunuh. Dan aku sendiri memang faham, akur dan memang ketahui pun akan kesannya.

Kalau nko orang kata aku selalu membuat fitnah, maka ini merupakan 'fitnah' terbaru plak dari aku yang patut korang semua tahu...

Hai Jailani Jabar @ Kpl JJ....

KAU kata Bank Negara tengah fenin tak der BUKTI nak tuduh JNSSB,
KAU kata
JNSSB akan lebih kuat selepas nie,
KAU kata
KAU yakin 100% dan satu kepastian akaun akan dicairkan bulan Okt 2007, KAU kata HFCS dari HFI akan dipasang bulan pose,
KAU kata
nama KAU dah famous masuk parlimen,
KAU kata
KAU akan jadi penasihat ekonomi bisnes Pak Lah tak lama lagi,
KAU kata
Dato' Jamaludin Jarjis khianati KAU dan BANGSA MELAYU pasal HFI, KAU kata KAU tak akan bayar duit SP saper yang belot (belot pasal banyak bertanya tentang kebenaran),

KAU kata KAU dah entertaint tiap-tiap malam di club-club mewah & elit di KL semua Pegawai Pendakwa dari BNM dan Bukit Aman (skang nie dah lebih kurang dah 70 malam dengan GRO dan air syaitan. Belanja lebih kurang RM11,000 satu malam. Cuba lah kali sendiri utk 70 malam).
Kau kata
KAU tak suka buat tu semua kerana berdosa, tapi demi 25,000 ahli Islam KAU sanggup tanggung DOSA sampai terpaksa pakai cermin mata hitam, pasal mata bengkak tak cukup tido. Ini semua KAU lakukan dengan Ustaz Master Zemi. Dan skang ni pulak KAU dah tarik dengan Cikgu Idzham skali.
KAU kata kau dah belanja ratusan ribu kat PEKIDA untuk dapatkan AJL dan cairkan akaun.

KAU kata KAU tidak akan mengaku kalah nanti untuk 3 bini KAU (malahan lebih dari 6 bini yang tak rasmi), 14 anak KAU akan kelaparan,
KAU kata
lpas ni, semua ahli JNSSB akan pergi dengan kapal layar jer kat Mermaid Inn, lpas tuh plak akan pakai helikopter, ter...ter...ter....,
KAU kata......, KAU kata.....(saper-saper pernah dengar ucapan/kata-kata dan biasa dengan Kpl JJ, tahu sendirilah kan..., Tambah-tambah sendirilah yerr....

TETAPI

KENAPA dah 70 hari KAU tak masuk pejabat (serupa jer dengan master zemi), KENAPA bila orang di KUANTAN nak jumpa KAU kata ada di KL, Bila orang KL tanya KAU kata ada kat MUAR, Orang MUAR tanya KAU kata ada kat KUANTAN!!! Takut aper???

Kan BNM serta polis-polis semua KAU dah tackle??? BNM kan dah tak der BUKTI!!! Tapi pandai pulak bila 15 hb jer (hari akhir SP 30% dihantar) KAU tunggu belakang pejabat (worksyop Cina), Latifah bini KAU tunggu dalam opis sebab takut master zemi bawa lari duit SP tunai (Iyelah, kan KAU pernah kata P***M** zemi tuh dah bawa lari duit derma orang ramai masa kat Seremban dulu, Dapat banyak-declare skit jer). Bila malam plak KAU cabut lari ke KL.

Oiii Pejuang Bangsa Dan Agama, Bulan 10 tak lama dah!!! Duduklah kat pejabat. Kan semua dokumen, server, laptop & dekstop, duit-duit akan dipulangkan kembali. Ahli-ahli JNSSB dah RINDU sangat kat KAU nak tatap wajah KAU. Kan KAU selalu kata yang 10 tahun lagi pun, tak der manusia yang akan jumpa orang yang macam hebat macam KAU. Cantikkkk.....(Angkat tangan tanda bagus)-Gayanya.

Mana pergi sms ugutan nak kapankan KAU tuh dari Mohd Rafil??? (memang SAH KAU taip sendiri.Aku takut si Rafil tuh dah jadi CSI,semut,cikgu reza,kesian,Bagan_pola, kura atau Lan Gajah!!!

Skang ni Lan Gajah pun dah RINDU sangat kat KAU. Asyik hantar master zemi jer kat PEKIDA Bkt. Bintang. Kenapa KAU tak jejak kaki langsung semasa tarbiah minggu ni. Tahu jugak KAU takut pada Lan Gajah yang KAU duk tuduh dok perabih duit KAU dan dok suruh tanggung anak dia kat Kolej di Kuantan!!!

Terbaru..... KAU duk heboh master zemi dah bawa lari duit KAU RM8 juta. Baik punya tempat zemi parking. Si zemi plak duk heboh KAU yang banyak simpan duit puluhan juta dalam Safe Box di 2 BANK di Ibunegara. Skang nih, Bukan aku sajer yang 'fitnah' KAU. KAU dan master zemi pun dah join dah fitnah!!!!

BERITA HANGAT!!! HYDROFUEL akan dilancarkan dalam sehari dua ini TETAPI BUKAN dengan JNSSB. Carilah maklumat.... Jom, kita meriahkan bersama.

Oiii... Zainudin Jabar, Izan Johor, Yusof Somban. Bangkitlah defend!!!

Aku mintak mana-mana forumer semua, Post. Jawab balik ini semua 'fitnah' otaibnm yang selalu sangat tulis soal peribadi. Ini baru 'fitnah' pertama di hari pose yang ke.... Lupa lah plak pasal selalu ikut sangat Kpl JJ yang tak pernah nak puasa dan sembahyang.

Tapi, kalau setakat nak tulih tunggu 90hari. Tak payah tulih tak per. Memang extend punya!!! Itu aku tak 'fitnah' lagi dengan 5 pertuduhan BNM.

Tunggu 'fitnah' ke-2, fasal duit Authorised Dealer yang berjumlah 200 orang dikalikan dengan RM50,000 = RM10 juta. Mana pegi??? Duit agreement RM20 dikalikan dengan 25,000 ahli = RM500,000. Mana pegi??? Duit SSP, Duit Smart Moving, Duit JMC, Duit Kenduri Tahlil arwah RM60, duit Kursus Khas RM1000, duit....duit.....duit.... Tak tahulah aku nak sebut, banyak sangat. Nampaknya aku terpaksa berbuka pose (batal) kerana emosi!!!


p/s: Apooo janggg????? Kpl JJ nak panggil aku meeting. Aku mintak diri dulu, nanti tak dapek den nak sampaikan berito terkini plak kat pengunjung setio & tiger. Sorry tiger, mintak diri jap.

6 comments:

Semut said...

Aku dah cakap dah, memang JNSSB takkan jadi dealer HFT... so, SSP HFT tu memang terang2 menipu... so, jangan marahkan aku jika aku buat laporan kepada pihak berwajib mengenai SSP HFT ni pada 18 Oktober 2007 (jika duit tak cair lagi)...

Semut said...

aku tak nak lebih ramai tertipu jer dengan plan SSP HFT tu jer...

heryboy75 said...

hmmm..makin lama makin terbongkar apa yg cuba nak diselindungkan..

Anonymous said...

otai2 skalian.tlg la jawab 1 soalan ni.kalau jai terbukti bersalah,adakah kami akn dpt semula modal2 kami ataupun duit kami jadi milik kerajaan UMNO utk digunakan bagi menjalankan kempen pilihanraya yg semakin dekat??

Anonymous said...

tanya Pak Lah.

Anonymous said...

diorang nak gune duit tu wat tar jalanraya kot....
wat cover gaji gov staff..
kekeke...