Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Monday, October 1, 2007

Stevie Award yang cikai

HAHAHAHAHAAA
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

nak mampus aku gelak tengah2 malam ni. haduhh... esok keje, tapi tak tido lagi, ni semua gara2 Jailani Jabar dan isteri dia. hehehe tengok la esok isteri aku pulak bising sebab aku tak tido malam.

mengikut apa yang pengikut2 Jailani semua sedia maklum, Jailani & Latifah & Adzmi semuanya dapat Stevie Award. hahhahaahha... korang tau kan website Stevie Award kat mana? kat sini

Betul ke diorang ni dapat Stevie Award? Betulll... tak caya??? meh tengok gambar2 award diorang.



korang tengok kat website stevie award tu, gambar2 award dan logo diorang macam ni;


Sama ke??? Mata aku yang rosak ke atau yang laptop aku yang rosak? (laptop baru ni, Lenovo ThinkPad). Atau mungkinkah award yang Jailani & the gang dapat tu 'berubah' wajah disebabkan perubahan iklim? Atau mungkin Jailani 'si pejuang ummah' ni tak mau award patung, nanti setan suka, so dia mintak personally kat organiser untuk tukar diorang punya kepada bentuk helang pulak. Mungkin juga...
Tapi apasal pulak lambang dari bentuk diamond tukar jadi lambang matahari? Logo langsung takde? Mungkin leader2 yang dapat bonus 50 ribu sebulan boleh explain kat korang semua. Kang aku cakap bukan2 kang dikatanya FITNAH...

Lupa nak bagitau, dalam website StevieAward tu, Jailani tak menang pun, dia nominated sebagai Global Sales Leader of The Year (lihat di sini). Ehhh... bukan BEST NEW CHAIRMAN ke??? Si StevieAward la ni, typo error. Boleh salah taip kat hadiah Jailani pulak... ish ish ishhh
(click sini untuk program book).

Lepas tu, Latifah pulak dapat nominated untuk Best Young Entrepreneur (lihat di sini). Hrmmmm takde tulis pun kat situ, cikai betul la En Stevie nih, tak reti buat award ke??? Tapi.... tapi... kenapa dia tulis tarikh dia 4 Disember? BUKAN 2 MARCH ke kalau ikut program book (click sini untuk baca program book). TYPO lagiii???? Kepala hotak Stevie berjambul!!! Dasar omputeh tak sedar diri!!! Benda senang macam ni pun tak reti ke??? Hampasss...

Adzmi mana? Mana nama Adzmi takde pun dalam website??? Aku tau!!! Ini la orang putih, bila dia dengki, dia delete nama Adzmi. Korang tau ketam cina dengan ketam melayu kan? Ni pulak ketam omputih. Ketam omputih keje dia delete nama orang Melayu yang dah menang award. Cisss...

Best New Company ada tak??? Takde jugak??? Astaghfirullah... Kenapa la Jai ditimpa dugaan yang sebegini hebat. Bukan sahaja ada pengkhianat, BNM, SC & KPDNHEP pun dengki, StevieAward pun carik pasal dengan Jai. Jom doa supaya StevieAward ni pun melingkup...

Dasar omputeh, memang takleh tengok Jai senang. Akhir kata, Jai adalah kita, kita adalah Jai (all for one, one for all). Jai adalah auta, auta adalah Jai. huhuhuuu...

p/s: ada sesiapa boleh explain kat aku misteri stevie award bentuk helang ni tak?

2 comments:

Anonymous said...

ehem.. tu award apa plak, cuba tgk btol 2x. kan tu best company. yang jai menang award apa plak..

kesian korang said...

do your homework. hehe... jangan mudah ditipu disebabkan malas nak baca betul2.