Berikut adalah email yang saya terima di email saya (sayasemut@gmail.com) dari seseorang yang telah disoal siasat oleh pegawai siasatan BNM...
Salam
Saya adalah salah seorg ahli JNSSB telah dipanggil BNM utk beri
keterangan berhubung siasatan terhadap JNSSB. Sepanjang soal jawab
dengan penyiasat BNM sya sempat menyoal mereka semula berkenaan
kesalahan JNSSB sebenarnya sehingga menjadikan BNM mengambil tindakan
terhadapnya.
Berikut adalah jawpan yang saya terima dari ketua penyiasat BNM pada
hari berkenaan:
1. JNSSB diambil tindakan dibawah akta BAFIA
2. Ada 3 sebab besar JNSSB diambil tindakan:
i. kutip duit tanpa lesen
ii. pulangan keuntungan tetap seperti pelaburan
iii. tiada lesen AJL
Atas sebab di atas JNSSB tidak akan lepas dari tindakan BNM. Freeze
akaun JNSSB sebenarnya akan tamat bulan hujung bulan OKT ini, tapi BNM
mohon lagi dengan peguam negara utk Freze utk 9 bulan lagi. Sebab
jangka masa ini ditambah adalah memberi lebih masa yang cukup kepada
BNM membuat siasatan terperinci terhadap JNSSB. Ini bermakna freeze
akaun JNSSB akan berlarutan selama setahun.
Tak cukup dengan itu, lepas siasan selesai dibuat oleh BNM, mereka
akan menghantar semua hasil siasatan kepada peguam negara. Peguam
negara akan mengambil masa lagi untuk meneliti hasil siasatan sebelum
membuat keputusan untuk MENJATUHKAN TUDUHAN ke atas JNSSB.
Jika peguam negara mendapati JNSSB tidak bersalah pada peringkat ini,
barulah kes JNSSB akan selesai dan boleh beroperasi semula. Tetapi
berdasarkan kepada pendapat penyiasat BNM, JNSSB tak akan terlepas
dari dijatuhkan HUKUM. Penyiasatan mereka terhadap ahli JNSSB
sebenarnya bertujuan untuk mencari kesalahan yang dilakukan oleh
JNSSB.
Namun jika JNSSB didapati bersalah oleh peguam negara, maka tuduhan
akan dikenakan. Jika pengarah JNSSB tidak mengaku salah, sekali lagi
MASA AKAN TERBUANG, kerana banyak masa perlu diambil untuk menjalankan
proses perbicaraan terhadap kes JNSSB. Dalam hal ini akaun JNSSB masih
tidak akan dilepaskan.
Pendek kata jika JNSSB kalah dalam perbicaraan maka duit SP yang ada
dalam akaun JNSSB tidak akan diperolehi semula oleh ahli JNSSB.
Menurut BNM duit itu akan kekal menjadi milik negara. Jadi adil kata
mereka sebab JNSSB tak dapat, ahlipun tak dapat.
Dalam pada itu tambah BNM, sebenarnya kalau ikutkan JNSSB sebenarnya
boleh bayar walaupun akaun JNSSB dibekukan oleh BNM. Sebab akaun yang
dibeku cuma akaun yang berkaitan dengan JNSSB. Akaun lain masih aktif.
Kalau pengarah JNSSB memang banyak duit dan pentingkan kejujuran
terhadap ahli-ahlinya, pengarah JNSSB tetap boleh bayar.
Jadi setelah akaun JNSSB dibekukan, dengan serta merta JNSSB tak dapat
membayar balik untung kepada ahli-ahlinya. Ini bermakna duit ahli-ahli
JNSSB itu sebenarnya dipusing-pusing untuk membayar keuntungan kepada
ahli-ahli JAI. Tetapi bukan duit hasil dari perniagaan JNSSB seperti
yang digembar-gemburkan.
Tegas BNM sebab itulah pihaknya memutuskan untuk mengambil tindakan
terhadap JNSSB. Setelah penyiasat BNM menyoal semua Ahli Lembaga
Pengarah termasuk Dr. JAI sendiri, BNM mendapati ada kepincangan telah
berlaku terhadap JNSSB. Dengan kata lain ada unsur-unsur penipuan.
Oleh itu untuk membongkar dan memastikan penipuan tersebut jelas telah
berlaku, maka BNM turut menyiasat dan menyoal ahli JNSSB yang mungkin
telah tertipu secara rawak.
Kesimpulannya JNSSB akan MATI tanpa kubur. Mungkin JNSSB boleh
diselamatkan jika sebelum ini JNSSB ada lesen AJL, kerana lesen itu
membolehkannya berniaga dan mengumpul ahli. Tetapi kedua-dua lesen
tidak ada pada JNSSB sama ada lesen kutip wang, atau lesen AJL. Yang
ada cuma lesen perniagaan biasa sahaja.
Hanya takdir yang akan menentukan hala tuju JNSSB selepas ini. Namun
duit SP yang terbenam dalam akaun JNSSB tidak dapat diharap untuk
dapat semula. Oleh itu tiada apa-apa yang boleh diharap dari JNSSB
lagi selain dari KEGAGALAN org MELAYU menyelamatkan org MELAYU.
terima kasih.
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Sunday, October 7, 2007
Email dari seseorang yang disiasat BNM...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Assalamualaikum. saya ada cadangan.mungkin sebelum ni pun pernah dicadangkan oleh orang lain.jadi saya nak cadangkan sekali lagi. Apa kata kita dedahkan hal ni kepada media masa spt TV3 atau akhbar harian supaya satu malaya tahu senario yang berlaku. Kita juga mahu pihak BNM keluarkan statement dlm TV atau akhbar bahawa pihak mereka benar2 telah bekukan duit Jai. Baru kita semua puashati. kita semua inginkan kepastian. Ini tidak. melalui sms jer, budak kecik pun boleh taip sms. Apa betul ke tidak BNM bekukan duit Jai. Mcmana pula dgn duit ahli jai yang seramai 25000 orang ni. ada jaminan tak boleh dapat balik modal. kes kita ni ada sedikit perbezaan dgn saham internet yang mana kita ada agreement, nama sykt, owner sykt, alamat sykt. kalau nak dibandingkan dgn saham internet dulu, labur duit dalm saham internet kira burn macam tu jer. apa komen kawan2....
Post a Comment