Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Monday, October 1, 2007

Dolak-dalih seorang Pejuang Islam (Mr. Otai)- By semut

Assalamualaikum...

Sepertimana yang kita sudah sedia maklum, temberang Ketua Pejuang Islam semakin hari semakin terserlah... Hari ini, saya ingin merungkai mengenai dolak dalih Generalnya pula yang saya lebih selesa dengan panggilan Mr. Otai...


Senario 1


Merujuk kepada forum PPIM, satu masa dulu, ketika nama JNSSB masuk ke dalam senarai amaran SC, maka, Mr. Otai menyatakan bahawa itu bukan JNSSB kerana yang tersenarai itu adalah Jai Network Sdn Bhd... disini saya quote kan kata2 beliau:

"Untuk pengetahuan semua, Jai Network Sdn Bhd yang dikatakan tersenarai dalam SC alert adalah BUKAN Jai Network Systems Sdn Bhd. Syarikat telah sedia maklum terhadap perkara tersebut dan tidak boleh mengambil tindakan terhadap SC kerana nama syarikat adalah berlainan"

kemudian mr. sahlan (forumer PPIM) memberikan komen seperti berikut:

"25/4/07- saya digemparkan sekali lagi oleh sc. beliau telah menukar nama JAI NETWORK SDN. BHD. dalam web beliau kepada JAI NETWORK SYSTEM SDN. BHD"

Mr. Otai pula memberikan jawapan seperti berikut:

"
Mmg benar, SC telah update list kepada Jai Network System Sdn Bhd tetapi masih belum benar2 tepat kerana sepatutnya Systems."

Perghhh... memang detail betul Mr. Otai ni, tak leh tolak ansur kepada sebarang kesilapan... Kesemuanya mestilah tepat 100%... Boleh klik disini untuk melayari forum tersebut...

Senario 2

Beberapa hari lalu, forumer abbas di CG (click sini) telah bangkitkan isu dimana nombor pendaftaran Bagaiwangsa Sdn Bhd yang didaftar kan dengan SSM adalah berlainan dengan yang ditulis di dalam agreement yang korang sume sain mase nak melabur dulu...

Kalau lah, di ibaratkan manusia, nama syarikat tu adalah umpama nama orang, kompeni registration tu no kad pengenalan... Jika nama orang atau IC tersilap taip, maka, tak valid lah agreement tersebut...

walau bagaimanapun, mengenai isu ini, Mr. Otai memberikan respon di shoutbox (click sini) dia yang berbunyi:

"No pendaftaran tu takde masalah,typo error,dah cek dah.nak tau perkembangan,cek post yg sebelum2 ni.Untuk semua ahli,utk sebarang tindakan tunggu signal drp sy.TQ"

Aikkk??? tetiba takde masalah pulak, typo error katanya... Lawyer mane yang die rujuk saya pun tak tahu... Jangan lawyer lepasan Jai Success University Inc (JSU) sudah... Yang ni boleh campak laut bersama semaun malaun tu.... hehehe...

Kalau dahulu nya, tertinggal huruf "s" pun die bermati matian cakap itu name kompeni lain, lansung tak ambil kira "typo error", padahal alert list tu hanya untuk orang ramai beringat2 saja supaya tidak melabur, itu jer... tetapi, sekarang, salah nombor registration kompeni, mandatory tu!!! yang mengakibatkan pembatalan agreement tersebut, dia pula cakap takde masalah... Pandai dia berdolak dalih...

Senario 3

Merujuk kepada komen yang dibuat di website (click disini) Pejuang Islam ini, seseorang telah bertanya Soalan seperti berikut:

"
saya inginkan kepastian daripada pihak tuan.. semasa kita menandatangi borang akad jual beli/perjanjian dahulu ada dinyatakan bahawa syarikat akan membayar bonus pada setiap bulan(dalam 8 bulan) walaupun apa pun yang terjadi. sepatutnya walaupun syarikat masih dalam siasatan, pembayaran sp sepatutnya tetap berlangsung seperti mana dalam perjanjian yang dibuat. :o"

Maka Mr. Otai menjawab seperti berikut:
"Benar, 8 bulan ansuran yg perlu dibayar oleh syarikat. Tetapi tuan perasan tak, di dalam agreement tidak dinyatakan dari bulan berapa ke bulan berapa... Ini menunjukkan syarikat juga perlu menjaga kepentingan mereka apabila terjadi masalah begini. Hanya di dalam borang akad sahaja dinyatakan selama 8 bulan berturut-turut."

Betapa pandainya beliau berdolak dalih... Memang tidak dinyatakan pembayaran dari bulan berapa sampai bulan berapa, tetapi perkataan 8 bulan berturut2 itu sudah menjelaskan, once saya dapat payment bulan ini, maka, bulan hadapan juga saya akan menerimanya, dan bulan2 yang seterusnya sehingga genap 8 bulan... Itulah maksud perkataan 8 bulan berturut2... Budak kecik pun faham bende ni.... kalo tidak, tak payah la letak perkataan "berturut2" tu... Pandai dia berdolak dalih...

Senario 4

Mengenai HFT, sejak dari awal lagi saya sudah jangka ia hanya berita gembira yang diwar-warkan untuk memberikan keyakinan kepada peminat2 SSP HFT... Sebenarnya, ia hanyalah janji palsu dan harapan kosong sahaja... Bila tiba saat nya, ia akan ditangguh lagi dengan pelbagai alasan...

Kita lihat lah pertanyaan Mr. Otai kepada Ketua Pejuang Islam mengenai HFT, yang dijawab seperti berikut:
Mr. Otai : "Alhamdulillah,sy kagum dgn smgt Dr.makin ditekan,makin kuat.Sy teringin sgt nak tahu kaedah berniaga Yahudi yg Dr pakai.pd sy perkiraan mereka xsama dgn Dr.sebab itulah mereka xnmpk ape yg Dr nmpk.HFT kita lambt lg ke?"

kpl (B) JJ: "Dlm bulan ini insyaallah"

Bulan ini jika merujuk kepada kalendar masihi, bermaksud bulan september 2007 yang sudah berlalu... Maka, timbul lah idea untuk berdolak dalih di minda Pejuang ini yang memberikan komen seperti berikut di shoutbox beliau:

"sharudin: Mr Adzmi pun kata dorg tgh tunggu.Dun wory,ada...lmbt/cpt je. Be cool...kita ramai2 tgk ada org nak melompat sbb HFT takde lagi.ehehe,biar dorg cipta teori byk2...teori tanpa aplikasi,tak ke mana kan :)"

"Dun wory,ada... lmbt/cpt je", menunjukkan yang die pula yang menyambung tugas ketua pejuang dalam memberikan harapan kosong kepada ahli... kegagalan Jai menunaikan janjinya bulan lepas untuk pasang HFT di interpretasi oleh pejuang islam bagi tujuan berdolak dalih dengan memanipulasi perkataan InsyaAllah yang ade di sms Ketua Pejuang... Kita lihatlah komen di shout beliau:

"sharudin: InsyaAllah=Dengan Izin Allah. Hebat setara mana pun kita,hatta Agong sekalipun jika Allah tak izinkan,maka tiada apa lagi yg boleh kita buat.Ada siapa lagi nak lompat? Kita pakat usha ramai2 yer.."

Ini pula adalah komen dari pencacai dan kaki ampu beliau:

"aduka: Jika kita dah usaha dengan sedaya upaya yg termampu maka ucapkanlah insya-Allah kerana penentunya ialah DIA. Hanya dengan izinNya maka sesuatu itu berlaku. Bukan ramalan para penfitnah yg menentukan segalanya... itupun masih tak sedar lagi..."

Kita lihat lah, pandai dia berdolak dalih dengan memanipulasi perkataan InsyaAllah yang terdapat pada mesej Ketua Pejuang Islam tersebut....

Walau bagaimanapun, jangan lupa, perkataan yang dikeluarkan di website otai (klik disini) yang berbunyi seperti berikut:

3- HFT akan mula dipasang dalam bulan puasa untuk ahli pelan SSP dahulu (rugi kalau tak join lagi).

Bulan puasa dah makin ke penghujung, harap beliau dapat tunaikan janji, kerana antara ciri2 orang munafik ialah apabila dia berjanji, dia mungkiri.... Kepada yang dah ready untuk berdolak dalih, anda diingatkan bahawa tiada perkataan InsyaAllah di dalam kenyataan di atas...

Ini hanyalah dolak dalih yang saya dapat "tangkap" di halaman cyber sahaja... Diluar sana saya pun tak tahu ape lagi dolak dalih yang die gunakan.... Harap anda semua berhati2 dan jangan meletakkan kepercayaan 100% kepada orang2 yang terkenal dengan sikap dolak dalih nya ini...


ps:: Kepada forumer CG, mydesk, atau sesape yang kenal dengan mydesk ni, mintak tolong die kluarkan hadis soheh pasal kalo mungkiri janji (apatah lagi janji kepada 25 ribu orang Islam), jatuh hukum munafik.... hehehe... aku tau, mydesk ni memang terer bab2 hadis soheh ni, jangan lupe sms skali kpd Dr. Jailani ye.... aku ni jenis yang tak hafal sangat hadis2 ni, cuma ambil tahu jer, dan aku bukan jenis suke gunakan Al-Quran dan hadis untuk "defend" diri sendiri dan cop orang lain sebagai fasiq jika pendapat mereka tidak selari dengan aku... huhuhu...


5 comments:

Anonymous said...

dengar dengar cerita.. group otai nih dah nak amik lawyer.. sebab takot syarikat lari... cume tunggu siasatan smpai 90 hari jek.. itu yg saya dengar la...

rasanya diaorang pon takot gak...
penin gak nak menjawap soalan downline2 dieorg nanti..

hhehheheh

Semut said...

aku pun pening ngan sharudin ni... dah banyak sangat kata2 BODOH yang die keluarkan, aku listkan je la... cam budak kecik jer die ni... pastu cakap aku manipulasi kenyataan die... yer la, dah bodoh sangat alasan die tu, terutanya part 8 bulan berturut2... hish, tak leh terima aku part ni, memang taksub 100%

Anonymous said...

itu lah dia perbezaan org yg bercakap dgn ilmu dan tidak ada ilmu.. mahin belasah jer.. eheheh :P

Anonymous said...

aku levitra CG...aku rasa sungguh kesian kat shahruddin, taksub sungguh sampai otak pun dah beku tak nak terima pandangan org lain. apa yg boss dia cakap dia angguk jer.aku nampak dia ada potensi utk berjaya dlm bisnes, tapi dia kena ubah cara dia...aku yakin dia akan berubah satu hari nanti, mungkin amik masa sikit sbb jai dah betul2 cuci otak dia.

Anonymous said...

Kata2 berikut diambil dari shoutbox Pejuang taksub aka Mr Otai aka Shah

"sharudin: tak fair kalau ckp JAI totally money rolling.ahli still beli SFS dan reentry dgn beli SFS.itu bukan bisnes ke?"

Apakah maksud dia dgn "totally money rolling?" kita boleh buat kesimpulan bahawa dia mengaku dan mengetahui bahawa sbhgn biz jai generate duit melalui rolling duit!
I rest my case.