Hari ni aku nak korang berpikir mengunakan logik serta otak, tetapi bukan berpikir guna hati dan juga kepala lutut (no offense,n no hard feeling,k?)
Berdasarkan tajuk yg aku bagi kat atas tu, hari ni aku nak semua pengujung thread ini berpikir secara waras dan bukan ikut geram hati sahaja..
Fitnah Internet:MUsibah dan Bahana nya..
Pelaksana: kem pembangkang serta pengkhianat bangsa
Di ceriterakan oleh beberapa penglipulara semenjak beberapa tempoh yg kebelakangan ini, terdapat unsur2 fitnah terhadap JNSSB, samada di internet ataupun secara offline.
ANtara akibat/musibah serta bahana yang di alamai oleh JNSSB adalah atas tindak taduk beberapa individu yang berbuat perkara begini:
1)Menghantar 441 pucuk surat ke BNM untuk meminta BNM menyiasat syarikat ini, atas dakwaan sebuah skim cepat kaya.
Tindakan BNM : Selepas beberapa bulan, BNM buat serbuan.
2) Menambahkan lagi fitnah2 secara online di forum2 serta di merata2 tempat lagi www ini.
Tindakan BNM: BNM menambah lagi 9 bulan siasatan
3) Menurut Izham, ada lagi orang yg tambah laporan, dan di jangka siasatan akan berpanjangan.
4) kerana fintah2 inilah HFT punya bisnes deal dengan jai melingkup..
Ni adalah antara komen2 yg boleh kita lihat di blog shah mengenai betapa 'dengki'nya melayu pada bisnes sesama melayu:
AkuBukanAlong: Jika x ada perasaan tamak, iri hati, busuk hati dalam diri org2 melayu, dah lama dah bangsa melayu menakluki ekonomi dunia. Jatuh dan rosaknya bangsa melayu kerana bangsanya sendiri. Kena ingat ayat allah, Nasib sesuatu bangsa itu tidak akan berubah melainkan jika bangsa itu sendiri berusaha mengubah nasib bangsanya... bagaimana dengan bangsa kita..? |
'salam,jgn salahkan sy yerk,skrg sy sdg bersiap2 utk saman BNM dan kerajaan,jika sy salah sy xbernai buat mcmni,cuba fikirkan baik2 keatas diri sy dan keluarga,nti berita ini terpampang dlm surat khabar dan mungkin dtv tempatan,biar semua orf faham dan tahu.Tq, Dr. Jailani |
Jadi, di ceriterakan jugalah oleh penglipur2 lara tersebut, bahawa, kerana fitnah internet itulah yang membuatkan tindakan 1,2 dan 3 di lakukan terhadap JNSSB. Malah,kedaan menjadi worse apabila 'fitnah2' baru muncul dari kem pembangkang yg membongkar fitnah2 itu.
Sehinggakan ada yang percaya bahawa BNM menjalankan siasatan melalui bukti2 yg di dapati di internet tanpa melihat kepada fakta2 sebenar atau realiti. dan atas bukti tersebutlah peguam negara berjaya mendapat kelulusan untuk freeze akaun syarikat untuk 9 bulan lagi.
Malah, yang belajar pandai2 pun percaya jugak, sehingakan yang bertaraf mufti lulusan J*U (bukan U sebenar)pun percaya (taraf wali,sebab buat keputusan serta dakwah orang untuk join JNSSB berdasarkan tafsir sendiri mimpi), akibat fitnah2 inilah yang menjadikan sebab untuk BNM melakukan serbuan dan freeze akaun Jai..
So,korang paham bukan situasi tersebut? yg mana, the point is, sebab fitnah2 itulah JNSSB di bekukan (sebagaimana di ceriterakan oleh penglipur2 lara tersebut).
Jadi, ini bende yang aku nak korang pikir pulak. Pikir dengan hati yg tenang ye..
FAKTA INTERNET : Tindakan dan akibat
Pelaksana: Kem penyokong
Sebelum itu, kita semua maklum yang Allah sentiasa bersama orang yang benar, bukan?
Jadi, di ceriterakn juga oleh penglipur2 lara tersebut bahawa merekalah pihak yang benar, serta info yang ada pada mereka tu lah fakta.Takde dakwa dakwi dan, dan selain dari info diorang yg diorang dapat tu,semuanya fitnah!No execptions!
So, kita akan cuba buat balik senario fitnah tadi, tapi kali ni menggunakan info2 dari kem penyokong ataupun Fakta dari diorang. Ingat ye, kita akan buat exactly sama (maybe lebih lagi) dari kem pembangkang buat sebelum ini, iaitu membuat fitnah.
tujuan nya, adalah untuk me reversekan keadaan supaya menjadi lebih baik lagi, sehinggakan BNM melepaskan JNSSb dari siasatan BAFIA dan AMLA tersebut.
Ok..ini tindkan yang akan di buat.
1) Menghantar 442surat (lebih satu surat dari pembangkang) kepada BNM, dengan memberikan fakta2 bahawa JNSSb memang meniaga secara sah. Serta kan juga nama2 pegawai yg hebat2 dari seluruh malaysia untuk sokong tindakan ini.
Tindakan BNM: Meng unfreeze kan akaun Jai,dan membolehkanya bisnes semula seperti mana waktu sekarang ini (sebab bisnes jai tak kena block pun,boleh operate cam biasa)
2) Menambahkan lagi fakta2 internet yang benar untuk counter fitnah2 internet dari kem pembangkang.
Tindakan BNM : terus lepas dari siasatn 9 bulan tu.
3) menanmbhkan lagi penghantaran surat2 yg mempunyai fakta menyokong syarikat tidak bersalah kepada BNM supoaya syarikat tidak di sisat lebih lama lagi seperti mana sekarang.
4) menambahkan lagi fakta2 menyokong syariakt supaya HFT dapat kembali dlm deal dgn Jai.
Jadi, dengan fakta2 yg menyokong syarikat ini, secara mudahnya BNM boleh lepaskan Jai begitu sahaja. Sebab selama ni pun, BNM hanya mendengar fitnah sahaja, dan segala sisatan pun berlandaskan fitnah2 yg kem pembangkang buat, SO, takkan lah tak boleh gunakan fakta yg sokong syarikat untuk bebsakan Jai?
--------------------------- +++++++ -----------------------------------
Tujuan exercise tu tadi yang aku bagi tu,, adalah untuk korang berpikir sekali lagi, sebab dah berbuih dah orang bercakap bahawa, BNM memang dah lama pantau JNSSB ni, serta BNM siasat pun berdasarkan bukti2 yg diorang kumpul...
So, fitnah2 internet ni,memang tak laku pun untuk di jadikan bahan hujah serta bukti di mahkamah. Malah, tak kuat mana pun untuk buat siasatn di lanjutkan..
Logik ke, sebab atas cakap2 orang,maka, gomen pun menjatuhkan hukuamn pada orang yg di fitnah tu? Unless there are some prove yg boleh sabitkan kesalahan without a reasonable doubts, jgn harap lah nak hukum!
Lagi sekali, focus korang adalah untuk dapatkan duit korang tu.
P/s: kalau taknak kejam sgt, korang mintaklah setakat mana yg Jai hutang. Yg mana dah tak dapat 3 bulan tu, amik le 3 bulan dulu.pastu Jai bayar le cam biasa... (cadangan je lah..).
Sekian, dan pikir2 kan lah..
0 comments:
Post a Comment