Assalamualaikum...
Secara rasional nya, jai memang sudah tak mampu untuk bayar sampai balik modal setiap orang pun... Kita tengok lah, pada hari pertama anda masukkan duit ke jai pun die dah overpaid 10%, inikan pula bende ni dah stahun stengah... bayangkan, harini jai start buat program ni, anda masukkan 50k, duit anda dah tinggal 45k dah dalam akaun, sebab 5k bagi kat ejen... pada peringkat ni pun jai dah tak mampu nak bagi modal.. apa yang membolehkan jai terus bagi duit orang sehingga 2 kali ganda ialah kerana jumlah pelabur baru sentiasa bertambah secara exponential, satu ketika, tiada pelabur baru, hutang yang perlu dibayar sangat banyak, maka masa ni lah report BNM dibuat bagi divert attention kepada BNM yang salah...
Diingatkan skali lagi, jumlah total duit jai ade skang ni bukan banyak dan tak mampu nak cover walaupun separuh modal pelabur... Jai boleh bayar sparuh, tapi sudah tentu orang masih marah lagi kat die, baik die tak bayar terus... same jer... orang yang dah sedar akan tetap marah, orang yang masih tidur akan tetap menyokong...
Sepatutnya pada masa ini, sudah takde lagi golongan atas pagar, samaada anda berada di pihak taksub jai ataupun pembangkang... itu sahaja... dan skang juga bukan mase untuk memberikan fakta lagi, hanya cadangan untuk tindakan sahaja...
Saya juga banyak terima info2 pasal "sejarah" jai, tapi tidak mahu mengulas lagi pasal "sejarah" ini... maka, nasihat saya terbahagi kepada dua:
1. Kepada golongan taksub:
- teruskan berfikiran positif, teruskan menaruh harapan...
- jika keyakinan goyah, pergi tengok balik posting ustaz mydesk kat CG mengenai hadis soheh pasal bersabar...
- dan tengok jugak posting2 yang suruh sabar yang lain, ubah sket jer, dulunya 90 hari, skang tukar 9 bulan... sket je tu...
- doakan banyak2 kejayaan sharudin dalam mencabar BNM dalam mempertahankan skim cepat kaya ini...
- jika selepas 9 bulan duit tetap tak dapat, teruskan lagi bersabar, ceria2 kan lah hidup anda dengan fikiran positif...
- duit tersebut akan anda dapat, cuma masa sahaja menduga...
2. Kepada golongan yang dah sedar:
- Usaha balik untuk dapatkan duit tersebut dengan cara lembut...
- Pakat2 beberapa orang leader jumpa jailani dan mintak duit tu (konfirm die takkan bagi)
- Sbenarnya dah ade usaha untuk menangkap jai, dan meminta secara lembut, iaitu team hj zainal.. kalo tak silap. diorang dah meeting sebelum puasa lagi... tapi sampai skang jai susah nak dikesan... harap2 majlis hariraya pekida ni beliau datang la...
- Kepada yang lain aku nasihatkan prepare for the worse case, dimana duit tu dah burn... tak guna nak mengharap lagi jika harapan tipis...
- Skang hanya fikirkan camner nak lunas kan hutang2 anda... itu sahaja...
- Kita nak dapat duit memang tipis, tapi jangan lupa untuk kita take legal action seboleh mungkin bagi memberikan pengajaran kepada yang terlibat termasuk yang bersubahat...
- Bekas2 pengarah, stokis dan leader2 yang dulunya begitu aktif dalam jai, walau bagaimanapun, skang ni meninggalkan jai setelah mengetahui perkara sebenar, sedang merangka satu bisnes yang memang khusus untuk membantu ahli... ni bukan MLM, tetapi real bisnes... syarikat sudah pun ditubuhkan (kalo tak silap sebelum puasa lagi) dan skang ni sedang maybe peringkat pertengahan kot... InsyaAllah, ia akan membantu ahli... tak perlu AJL, lesen BNM dsb.. saya juga ade sedikit pengalaman dalam bisnes ni, so, saya tahu yang ia boleh pergi jauh (takde kaitan ngan jual stromberg atau HFT)... sebab skang ni negara kita banyak import porduk ni dari negara luar... bekalan dalam negara sendiri sangat sedikit... tapi saya bukan berada di posisi untuk buat penerangan skang, sebab saya hanya diberitahu hanya dengan sedikit maklumat sahaja... InsyaAllah, jika pihak mereka ingin membuat penerangan, saya akan sediakan platform di blog ini.... (ni bisnes under bidang pertanian dan penternakan)
6 comments:
askum.. saya salah seorang ahli JNSSB yang teraniaya.. apekah bisnes yang dijalankan untuk membantu ahli2 yang teraniaya tu?? rase nak join.. almaklumlah dah banyak duit kena songlap kat si jai setan ni!!!
kalau ikut kata dari semut..bisnes ni: bisnes under bidang pertanian dan penternakan)**rujuk kepada post ini..dia baru edit kut..
InsyaAllah, saya akan beritahu apabila dapat maklumat lengkap nanti... tinggalkan email disini..
biz apa plak ni semut....jgn ko ikut style jai yg x ikut law dah la....
apa2pun, nnt info aku kay....
thanks semut
Post a Comment