Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Tuesday, October 2, 2007

Update dari Seremban - By Kura

Assalamualaikum kawan2... tengah hari tadi aku pegi ke Seremban di mana BNM membuat siasatan dan soal jawab dengan beberapa orang ahli JNSSB. Setiap ahli mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam untuk di soal siasat. Selepas ahli2 tu disoal siasat, turn aku dan kawan2 aku pulak mengsoal siasat BNM..

1) Siasatan masih sedang di jalankan dan bila ditanya masih berada di peringkat pertengahan.

2) Jika BNM mempunyai kes, selepas 90 hari BNM akan menyita aset2 syarikat dan yang berkaitan, manakala yang tidak berkaitan akan dicairkan. Jika BNM menyita, perbicaraan akan dijalankan dan akan mengambil masa yang lebih lama.

3) BNM menjalankan siasatan bersama dengan KPDNHEP dan Jabatan Peguam Negara di mana BNM menjalankan siasatan terhadap kes money laundering and illegal deposit taking; manakala KPDNHEP lesen MLM (AJL). Jabatan Peguam Negara pula yang memberi kebenaran kepada BNM untuk melakukan apa2 serbuan, pembekuan dll.

4) Pegawai yang disoal jawab menyatakan yang JJ mengambil ringan terhadap kes ini, padahal kes JNSSB ini boleh dikatakan berat.

5) Pegawai berkenaan terkejut apabila diberitahu yang JJ masih mengutip wang dari orang ramai melalui beberapa company lain, BESB; dan mensarankan kepada kami untuk memberitahu kepada orang ramai supaya berhenti serta merta!!!

6) Namun, pihak BNM tidak menghalang jika JJ atau syarikat ingin membayar SP kepada ahli2 melalui account2 yang tidak disitanya. BNM mengatakan yang wang yang telah dikeluarkan dari account syarikat ke account lain tidak diganggu...

7) Mengimbas kembali apa yang En Mazlan (Ketua Operasi)cakap, "Teruskan perniagaan dan lain2 kecuali apa yang sedang kami siasat" , bermaksud, SP tidak boleh dijalankan.

Disebabkan masa yang tidak mengizinkan, dah pukul 6 masa tu dan BNM pun nak balik KL berbuka puasa, kami pun beredar, namun kami akan teruskan siasatan di BNM KL di mana kami dijemput untuk ke Unit Siasatan Khas, BNM.

Kura melaporkan.

PS:: Aku ade tambah iklan2 kat blog ni.... rajin2 ler click kat setiap iklan tu ye sebagai tanda support korang kepada usaha aku dan rakan2... dapat ler kitorang "upah" sket... hehehe...

3 comments:

Anonymous said...

Item no.3 saya rasa suppose to be "money laundering" instead of "money laundry" dan "illegal deposit taking" instead of "deposit taking" agaknye la kot....

Anonymous said...

item 3

money laundering and illegal deposit taking

instead of the words printed

Anonymous said...

Keep up the good work guys..
Now I go to this blog first thing
How could they do this to people of same religion and belief.
Think of all the suffering those people are going through in regards to their money.