Assalamualaikum...
Tempoh bersabar 3 bulan sudah tamat... Diulangi, sudah tamat... Sebarang dolak dalih sudah tidak akan dilayan... kepada yang masih nak bersabar sila teruskan... tetapi sesiapa yang nak bertindak, jom kita bersatu...
Seperti yang kita sedia maklum, memang penipuan ini dirancang dari awal lagi, so, secara law, memang kita akan kalah dengan jai, bermula dengan agreement yang sengaja di salah eja nombor pendaftaran syarikat (Mr. Otai, jangan berlagak pandai, typo error konon) yang menyebabkan agreement tu tak laku, dengan borang akad original dan resit pembayaran diambil dan sebagainya...
Ramai yang cakap nak bertindak, tapi tak tahu camner nak bertindak... hanyak dok cakap2 jer, untuk meyakinkan golongan bebal ni yang mereka dah ditipu, tapi buang masa je la, dah nama bebal, takkan dapat berfikir punye... skang kita abaikan golongan bebal ni, kita bertindak dengan cara kita....
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing... aku tau, ramai yang dok bising2 dalam internet ni adalah orang2 yang tak balik modal lagi.... yang dah balik modal dan dah banyak mengaut untung pula akan suruh korang sume bersabar, buat keje2 tak berfaedah seperti melalak kat bnm dan buat pertition... ada juga upline yang bersikap lepas tangan, bila ditanya update, cakap bersabar, fikir positif... ape yang nak positif lagi, kate yakin 110%, perkembangan sentiasa positif, hakikatnya, cukup 90 hari, harta disita pula, siasatan dilanjut 9 bulan... takkan lepasni yakin 200% pulak???... pada aku, dalam perkara ni, semua orang mesti bertanggung jawab...
sudah tentu lah jai, azmi & izham adalah musuh utama.... tetapi amat susah untuk kita menyuruh jai bertanggung jawab sebab ramai yang masih sokong beliau... nak pergi tangkap jai pun susah, tak tau kat mana beliau bersarang... lagipun setiap orang bz dengan tugasan harian... maka, kita buat secara "smart moving" untuk dapatkan balik duit tu... hehehe...
skang ni aku tengok, upline yang dulunya terbeliak mata mempromosi jai, ade sesetengah nya sempat mengejek2 bisnes lain, skang ni membisu seribu bahasa... Ingat, tanggungjawab anda besar, kerana anda yang mengheret downline anda untuk ditipu bersama2...
Maka, target aku ialah, sekurang2 kita semua dapat bayaran SP sebanyak 25% pada bulan ini... adalah tidak adil jika downline rugi 100%, sementara upline dah balik modal, apatah lagi yang sudah hantar mak pegi mekah dengan duit haram ni, beli umah cash, beli kete cash dsb... Maka, beberapa step aku harap korang sume ikut since korang masih blum ade penyelesaian lagi...
1. Korang dah buat belum ape yang cikgureza sarankan awal2 dulu??? awasi upline... hehehe...
2. ni pun cikgureza dah cakap dulu, buat balik agreement & akad... agreement tu memang dah tak sah dan nak cari jai untuk tandatangan pun susah... harta atas name jai pula dah takde, sume dah berpindah ke nama proxy (maybe wisma jai juga nama proxy, sebab tu tak disita)... so, buat balik borang akad tu... dalam borang akad tu ade tandatangan upline sebagai ejen syarikat dan korang sendiri, kononnya pembeli.... buat sejak awal2 korang melabur lagi....
3. Mintak balik 10% dari ejen JMC korang, sebab tu duit korang sbenarnya.. terpulang la camner korang nak setel....
4. ni yang penting, setiap orang mesti declare berapa total rugi atau untung yang korang dah dapat sejak join jai... upline dan downline, sila awasi, supaya tiada penipuan, sudah tentu anda kenal satu sama lain bukan??? Ingat, duit hasil yang korang re-invest tu bukan modal korang... (paham tak ni??)
5. Setiap orang hanya layak menerima separuh sahaja nilai asal pelaburan... jika korang melabur 4k, dan dah balik modal, korang mesti bagi downline 2k, pepandaila korang agihkan... baru adil, dimana, korang pun merasa jugak rugi, dan downline pulak takde la rugi 100%... jika korang melabur 10k, dah dapat balik 15k, korang hanya layak ambik 5k sahaja (sparuh dari modal)... kalo duit tu korang dah pakai buat anto mak pegi haji ke, beli umah ke, jual lah balik umah tu, ikhtiar untuk bagi kat downline.... Ingat, awasi upline dan downline supaya tiada penipuan... sediakan penyata untung rugi korang semua sejak join jai....
6. Mengikut susunan smart moving, korang cari la upline korang sehingga ke atas... tuntut dengan upline korang sebanyak 15%... jika dia pun blum balik 50% modal, ajak dia cari upline dia pula untuk membuat tuntutan dan seterusnya... upline pula, cari la upline korang masing2... jika korang dah lame balik modal, sila serahkan kepada downline duit tu... bende ni akan berterusan sehingga sampai kepada orang2 yang rapat ngan jai... mereka juga akan menuntut ngan jai (harapnya gitu la)....
Bende ni akan berjalan lancar jika semua memberikan kerjasama... jika ada upline yang "hilang", cari la upline kepada dia... jika ada spesis yang tak nak beri kerjasama, atau pun main lepas tangan, ataupun suruh bersabar maka, bawak akad tu yang tertulis nama mamat tadi ke balai polis dan buat report... bukti korang dah ade... bukan susah pun nak buat report, korang cakap jer, nanti polis tu akan taipkan kenyataan korang... lepas buat report, maka, korang cari pula upline2 mamat yang tak nak beri kerjasama ni...
Paham tak ni??? jadi, setiap orang akan merasa rugi, dan setiap orang akan bertanggungjawab... yang rugi tak la rase rugi sangat, yang dah untung pun dapat menyalurkan duit haram tu ke pada yang berhak.... berat sama dipikul, ringan sama dijinjing....
Jika upline korang cakap nak bayar, tapi skang takde duit, tanye die bile boleh bayar, jangan tangguh lama2, ansuran bulan2 pun bleh... hehehe... jika beliau melanggar janji, maka, terus ke balai buat report....
So, kita akan buat bende ni berperingkat2 dan beramai2.... mula2, kita sebarkan strategy ni kepada semua ahli2 dan buat balik akad tu antara downline ngan upline.... setiap orang sediakan akaun untung rugi korang secara detail.... itu jer untuk minggu ni... sehingga weekend ni aku harap sume orang akan tahu pasal ni dan memulakan buat akaun untung rugi dan buat balik akad... minggu depan adalah proses menuntut 15%... nanti aku akan umumkan dan kita buat beramai2... weekend depan pula adalah masa untuk report polis sesiapa yang masih sudi jadi talibarut jai...
sekian... tunggu signal dari aku.... sila hebah2 kan...
Nantikan Gelombang Kebangkitan Ahli peringkat dua yang lebih keras. Skang sudah tiada toleransi lagi....
PS:: Untuk SSP HFT tidak termasuk ye!!!
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Thursday, October 18, 2007
Gelombang Kebangkitan Ahli peringkat satu - By Semut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
gelombang kebangkitan yang pertama telah berlaku.. pada petang jumaat 19/10 di GEMAS.. isnin ni 22/10 ader mesyuarat tergempar semua pemimpin dan leader n.sembilan. jangan kau anggap ahli-ahli i cuba berpaling tadah.. kami diketuai asiah n the geng, yusuf somban, hj. zainal serta ahli2 yang dahulunya bergerak dengan nama JNSSB akan mula menentang anda habis-habisan. pulangkan duit kami.. perjuangan JNSSB yang mula berubah arah sejak wujudnya rancangan2 dan kelab2 dan kursus yang mengarut.. siap lah kau JAILANI JABAR!!! nama kau busuk higga ke anak cucu.. kaulah manusia melayu yang beragama islam (ye ker??) paling celaka.. nerakalah tempat kau wahai jailani.. bapak kau akan disoal, mak kau akan di hukum kerana melahirkan manusia durjana seperti kau.. diakhirat nanti.. penipu bangsa dan agama!!!
Post a Comment