Assalamualaikum semua....
Tengahari tadi, pukul 12 aku pergi jumpa dengan Tuan Mazlan sendiri dari ketua operasi untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku...
1) Siasatan BAFIA masih berjalan seperti biasa, AMLA sudah selesai stage 1 (pembekuan), dan sudah mempunyai kes kukuh, diteruskan ke stage 2 iaitu penyitaan yang akan berlansung selama 9 bulan. Tetapi, jika BNM mendapat segala apa yang diperlukan dan cukup untuk mendakwa Jai, dakwaan akan dikeluarkan walaupun kurang 9 bulan.
2) BNM dah pantau Jailani Jabar sejak tahun 2002 lagi... dan banyak rekod2 polis dan macam2 aduan yang ada pada Jai, termasuk satu kes rogol!
3) Tuan Mazlan sedang mengumpulkan bukti2 yang mengatakan Jai sudah 'kaw tim' dan 'entertainment' dengan BNM. Ini merupakan satu statement yang sangat keras !
4) Surat sokongan Pak Lah kepada JNSSB sudah berada pada BNM dan memang palsu.
5) Jumlah wang yang dibeku oleh BNM pada bulan 7 dahulu, memang di dalam lingkungan RM20 juta++
6) Beliau menyarakan ahli2 membuat laporan polis dan cari peguam yang bagus untuk handle kan perkara ini. Jika BNM sudah beku, bergantung pada kes, dan terpulang pada hakim bukan BNM, untuk menentukan samada ahli boleh menuntut balik atau diserahkan terus kepada kerajaan. BNM hanya menjalankan tugas menyiasat, perbicaraan yang menjatuhkan hukuman.
Saya dah berbincang dengan Tuan Mazlan mengenai hasrat tiap2 ahli, kami hanya ingin mendapatkan modal kami balik, itu sahaja. Jadi Tuan Mazlan balas, kene minta pada Jai lah... atau amik tindakan saman syarikat, itu sahaja cara yang ada.
Pesanan Tuan Mazlan pada bulan yang mulia ini... mengikut pengalaman beliau, memang banyak skim2 cepat kaya yang muncul di Malaysia yang menggunakan sentimen agama untuk mengutip ahli, beliau berharap janganlah ada lagi orang melayu kita yang terjebak ke dalam skim2 sebegini. Jai memang banyak helah, dan helah2 seperti menyalahkan pihak lain, nak memusnahkan perniagaan melayu adalah helah lama... Ada juga kes sebelum ini yang menggunakan PPIM sehingga PPIM memohon untuk melepaskan syarikat tersebut, tetapi yang salah tetap bersalah dan wajib dihentikan sebelum merebak dengan lebih teruk lagi...
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Wednesday, October 24, 2007
Update dari BNM by kura
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment