Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Sunday, October 7, 2007

Edisi Terjah JAI - By Mujahidin

A'kum...

Kembali ke arena penyambungan "Edisi Terjah JAI"

Pada awal pembabitan HFI dng JNSSB memang begitu menakjubkan kepada semua ahli JNSSB. Dr. Halim begitu berminat dng kredebiliti B.O.D JNSSB yg terawal. Untuk meneruskan agenda pembangunan ekonomi dan menolong JAI HOLDING, Dr. dengan sendiri telah membawa borang permohonan A.J.L ke Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna. Disini lah bermulanya episod kebongkaran siapa sebenarnya Kpl J.J. Alangkah terkejutnya Dr. Halim apabila pihak atasan KPDN telah memberitahu bahawasanya Jailani B. Jabar di senarai hitam (Blakcklisted) di 11 buah Jabatan/Agensi Kerajaan..!!! Selagi manusia Bernama Jailani B. Jabar atau pon whatever yg berkitan dng Kpl JJ, KPDN TIDAK sama sekali meluluskan lesen AJL.!! Maka terduduk Dr. Halim selepas mendegar taklimat dari pihak Kementerian.

Perjumpaan hari tersebut terus berlanjutan sehinggan beberapa jam. Ini telah menarik sendiri Menteri KPDN iaitu Datok Seri Shafie Afdal sendiri turun ke dalam perjumpaan tersebut.W/Pon boleh dikatakn Dr. Halim begitu rapat dng P.M Pak Lah, namum beliau tidak menggunakan kelebihan itu untuk kepentingan peribadi. Apatah lagi dlm menangani situasi yg sebegini kompleks.Dalam usaha Dr. Halim mendapatkan juga AJL, satu rumusan telah dibuat bersama D.S Shafie Afdal, dimana Pihak KPDN mencadangkan Dr. Halim menubuhkan satu Syarikat baru yang mana tidak mempunyai atau tersenarai lansung Jailani B. Jabar. Sy masih teringat² ucapan Kpl JJ di satu perjumpaan.." Jahat sangat ke saya ni..??" Rasa lucu dan kelakar. Persoalannya adakah KPDN ni begitu kejam utk tidak meluluskan AJL terhadap JNSSB ? Jawapannya ada dng KPDN, bahawasanya Jailani B. Jabar sememangnya telah lama di senarai HITAM oleh pihak kementerian terhadap kes² lampau Kpl JJ.

Dr. Halim begitu baik insannya, berusaha mencari jalan penyelesaian dng menubuhkan satu syarikat baru yg diberi nama "My Smart Marketing" untuk mendapatkan lesen AJL. Di dalam syarikat terbaru ini, B.O.D terdiri Dr. Halim sendiri sebagai pemegang share utama. Yang kedua adalah C.E.O beliau E. Khairul dan yang ketiga Adalah Pn. Latifah sebagai proksi kepada Kpl J.J. Didalam meeting tersebut Dr. halim membentangkan beberapa perkara tentang penubuhan satu syarikat baru . Diantaranya

1. SP JNSSB hendaklah ditutup selepas penubuhan My Smart Marketing.

2. Seramai 25 ribu keahlian JNSSB dipindahkan ke syarikat baru ini.

3. Pemegang syer dlm Syarikat adalah DR. Halim, En. Khairul dan Pn. Latifah (Proksi Jai)

Namun pada peringkat permulaan di dalam perbincangan diantara Dr. Halim dng Kpl JJ serta beberapa org B.O.D di Wisma Jai, Kpl JJ keberatan untuk menerima hakikat tersebut dan masih lagi mempertahankan supaya nama syarikat JAI. Begitu juga dng Azmi, menentang habis²an penubuhan syarikat baru ini!! Iya laa mana tak tentang habis²an dah nama dia x der dah dlm kampeni baru dan dah x der peluan untk bawak lari duit lagi. Maka akhirnya Kpl JJ bersetuju dng cadangan yg di bawa oleh Dr. Halim itu.

Selepas pendaftaran My Smart Marketing ditubuhkan, Dr. Halim membawa satu plan baru dan terus terbang ke Europe utk berjumpa dngn D.S Shafie Afdal bagi membentangkan plan AJL dibawah Syarikat My Smart Marketing ! Ketika itu D.S Shafie Afdal sedang mengikuti rombongan Menteri bersama Pak Lah mengadakan lawatan kerja di sana. Satu kejayaan telah dibawa balik oleh Dr. Halim ke tanahair dimana AJL untk melaksanakan HFT telah diluluskan !

Kpl JJ begitu bangganya seperti org kena loteri menwar-war kan kepada seluruh ahli yg AJL dah lulus. HFT wajib akan dilancarkan oleh Pak Lah pada penghujung bulan Jun 2006 ! Tanpa pengetahun Dr. Halim Kpl JJ dan konco² telah mengistiharkan satu plan baru/khas di di Majlis Berama Presiden di Terengganu, buat julung² kalinya keuntungan yg bakal diterima adalah sebanyak 30%. Kononnya bagi menghargai rakyat Terengganu. Skim yg dilancarkan ini adalah hanya utk 100 org ahli sahaja, limited !! Bagi yg berminat utk menyertainya adalah sebnyak RM20K, RM50K dan RM100k !!

Maka bergegarlah Dewan di Terengganu mengenai pengumuman itu. Dan selepas itu perjumpaan di KL pula sama ceritanya. Seterusnya semua Negeri boleh menyertai skim tersebut !! Bermula laa episod para² ahli mengambil peluan ini utk menyertai skim terbaru ini. Banyak laa duit masuk ke dlm acc syarikat bermula petengahan bulan Jun sehingga 15hb Julai . Jeng !!! Jeng !! Jeng !!! 17hb Julai BNM & KPDN menyerbu Wisma Jai !!!

Setelah korek rahsia dng pegawai² BNM yg prihatin nasib ahli², tidak sampai RM20juta yg telah dibekukan duit oleh BNM.. !!! Itu merupakan keseluruhan jumlah acc Syarikat . Kpl JJ dan Azmi selalu menwar-warkan bahawa syarikat bayar sp tiap² bulan melebihi angka RM30 juta !!

Peroalannya, Dari mana dtgnya duit yg byk utk dibayar kepada ahli ???!!

hehhehheheh... jawab jng x jawab

Ini bermakna RM20 juta yg dibekukan oleh BNM adalah duit kemasukan baru untuk SSP demi ahli untuk mendapatkan keuntungan 30% !!!

Dan juga sebelum terlupa, Kpl JJ byk kali terlepas cakap mengatakan bahawa dari bulan Feb lagi duit syarikat telah lama dikeluarkan serta dimasuk kan ke beberapa acc org lain bagi menyelamatkan duit ahli !!!

Kita sambung di penulisan akan datang

Wassalam.

0 comments: