Agak malang sekali bagi JAI NETWORK HOLDINGS SDN BHD yang memiliki 9 anak syarikat dibawah naungannya telah berjaya membuat jualan bulanan melebihi RM120 JUTA sebulan dan mampu membayar keuntungannya kepada ahli²nya sebanyak 25% sebulan dari modal seperkongsian setiap bulan melebihi RM30 JUTA sebulan TETAPI PRESIDEN/CHAIRMAN nya DIAM MEMBISU SERIBU BAHASA apabila MUSIBAH menimpa.
KALAU sebelum ini pun ada perjumpaan hanyalah untuk majlis pelancaran pelan baru SSP, SP 30% untuk SSP yang siap ada roadshow lagi, kemunculan D4 MArketing sehingga ke BESB, pelaksanaan plan² tertentu dengan pejuang terpilih dsb. Ini semua bertujuan supaya ahli² terus 'MELEBUR' dengan pelbagai cara walaupun semua akaun telah DIBEKUKAN oleh BNM. DAN yang menambahkan KEHANGATAN SUASANA lagi apabila para pejuang tegar JAI melompat keriangan bagai 'kera mendapat bunga' apabila mendapat bayaran SP30% dan bonus 10% kepada pengenal dari duit pelaburan baru kononnya melalui JUALAN HYDROFUEL! PRODUK entah kemana? WORKSYOP pun hanyalah Pak Guard semata-mata!!! PERJANJIAN APE CITE???
SEPATUTNYA.....
Satu majlis penerangan terus diadakan sebaik sahaja BNM mengumumkan lanjutan siasatan selama 9 Bulan lagi yang melalui fasa kedua iaitu dengan penyitaan asset syarikat dan yang berkenaan. PENANTIAN 90 HARI SUATU PENYIKSAAN!!! Anda Setuju??? 9 BULAN. Wallahullam......
Dengan majlis penerangan ini barulah ahli² faham dan terus bersatu mempertahankan syarikat bersama² membuat petition mahupun berdemontrasi secara aman. Takkanlah cukup dengan edaran² SMS kepada orang² tertentu sahaja. Entahkan TULIN entahkan PALSU!!!
Kenapa KAMU takut wahai JAILANI JABAR!!! Ker teloq kamu dah dibaham dek anjing²-dengan meminjam kata² Prof Dr Jurus Nogo Sosro. Kemana pergi Managing Director KAMU? Takkan makan gaji buta je! Harapkan BOD! Mana ada BOD! Semuanya ONE MAN DECISION. Even Latifah pun tak boleh nak bukak mulut. KAULAH SEGALA²NYA....
Kenapa hati KAMU ni YAHUDI sangat Jailani? Bayarlah MODAL ahli² balik dari DUIT yang KAU parking kat luar tuh!!! Setiap orang pergi menemui/menghubungi Tuan Mazlan di Bank Negara, semuanya diberitahu bahawa Bank Negara tidak akan mengganggu jika KAU bayar balik duit ahli² JNSSB dari duit² lain selain dari yang dibeku. Malah Tuan Mazlan ingat kami semua sengaja tak pergi jumpa KAU untuk mintak duit² tuh! DIA tak tau yang KAU nih SEMBELIT! TELEFON TAK JAWAB, SMS pun dengan orang² yang kuat bodek dan budak suruhan macam Sharudin tu aje. Sekarang kenapa terus SEMBUNYI???
KAU tak kesian ker dekat EMAK kau yang diatas kerusi roda tuh! KAU usung, KAU seret kesana kesini bersembunyi dengan KAU. KAU ingat Malaysia nih besar sangat ker??? Lambat laun pun orang akan jumpa jugak.
Semua rumah KAU dah dikosongkan, baik di MUAR, di MELAKA, di KUANTAN pun. INI MENUNJUKKAN KAU BERSALAH!!! Gentle lah bro!!! Keluarlah dari persembunyian dan ADAKAN MAJLIS PENERANGAN. AHLI² JNSSB tak akan apa-apakan KAU! Malahan kami semua RINDU yang amat sangat kepada Chairman kami!
PERCAYALAH 'TWO WRONGS WILL NOT MAKE ONE RIGHT'!
Kalu BENAR kita nak buat petition, maka inilah petition yang SEPATUTNYA kita beramai-ramai sokong & persetujui. BUKAN macam Sharudin yang MASIH dalam kegelapan tuh. TAK celik²! BUTA aper???
PETITION KEPADA BNM - TN MAZLAN
KAMI HORMATI & SANJUNG TINGGI DIATAS KELUHURAN DAN KEBIJAKSANAAN PASUKAN TUAN MELAKSANAKAN SIASATAN KEATAS SYARIKAT JNSSB BARU-BARU INI. TERIMA KASIH KERANA MEMAHAMI PENDERITAAN YANG KAMI ALAMI SEJAK 100 HARI YANG LALU. KAMI MERAYU AGAR PIHAK TUAN MENGGUNAKAN KUASA YANG ADA UNTUK:-
1. Memanggil dan mengarahkan Jailani Jabar membayar kembali segala modal kami melalui duit-duir yang disimpannya dilokasi lain selain dari yang telah dibekukan oleh BNM. Bagaimana status puluhan juta wang yang berada di 2 Safety Box di MBB & PUBLIC BANK.
2. Memanggil Dr. Halim Mohd Ali, Pengerusi HFI Sdn. Bhd. dan menyiasat kenapa dipulangkan RM19.5 JUTA kepada Jailani Jabar dan Jailani pula telah mengarahkan duit ini dimasukkan ke akaun siapa???
3. Memanggil dan mengarahkan kesemua mereka yang disenaraikan oleh Dr. Halim menyerahkan kembali duit² yang di 'parking' kepada satu TASK FORCE yang komposisinya adalah dari ahli² JNSSB yang dilantik untuk dibayar kepada ahli² yang terlibat.
4. Memanggil dan mengarahkan Yang berbahagia Dato Nadim, Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyerahkan kembali duit sejumlah RM10 JUTA kepada TASK FORCE. Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh Jailani Jabar ketika perjumpaan terakhir di Mermaid. En Idzham Nayan patut diheret sama.
5. Memanggil dan mengarahkan En. Adzmi (Pengarah Urusan) memulangkan kembali wang yang berjumlah RM8 JUTA yang diambil TANPA kebenaran Jailani kepada TASK FORCE. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Jailani kepada beberapa leader dibeberapa pertemuan sebelum ini. Nama² berkenaan akan disertakan.
6. Memanggil dan mengarahkan En. Riduan (Peguam JNSSB) di Kuantan untuk menyerahkan kembali wang sejumlah RM9 JUTA kepada TASK FORCE untuk dibayar kepada ahli². Perkara ini boleh disahkan oleh Dr. Halim Mohd Ali.
7. Mengarahkan Latifah bte Taib isteri Jailani yang merupakan Pengarah JAI HOLDINGS SB untuk menyerahkan semua wang yang disimpan secara tunai selain RM1 JUTA yang dirampas dirumah beliau semasa serbuan pada 17/07/2007 kepada TASK FORCE. Perkara ini boleh disahkan oleh oleh En. Adzmi Abdullah Hashim.
8. Memanggil dan mengarahkan serta menyiasat syarikat yang dimiliki oleh Danny kontraktor cina iaitu ADLIN CONSTRUCTION & RENOVATION SDN. BHD yang beralamat di Jenjarum, selangor serta En. Roslee dengan syarikatnya HR AGLOW TECH yang beralamat di Pasir Gudang, Johor. Jumlahnya juga mencecah JUTAAN ringgit yang diparking oleh Jailani Jabar.
SESUNGGUHNYA KAMI BERADA DIPIHAK YANG LEMAH DAN MERASA TERTIPU APABILA MENYERTAI PROGRAM INI. AMATLAH MALAMG BAGI KAMI DAN KELUARGA SEKIRANYA DUIT KAMI AKAN HILANG BEGITU SAHAJA. MOHON PIHAK TUAN MEMBANTU KAMI.
NOTA: SEGALA BUKTI UCAPAN, RAKAMAN & GAMBAR-GAMBAR DISERTAKAN.
So, Comrades. Let's do this quickly. I would recommend SEMUT & THE GENG to lead the mission because I am an outsider in this 'KISAH MALANG'. Beri sokongan sepenuhnya kepada KURA untuk menciptakan SATU TUMBUKAN PADU!
Fokus kita sekarang adalah untuk mendapatkan duit² ahli kembali. Lupakan soal remeh-temeh yang akan dimainkan oleh Penyokong Tegar Jailani Jabar. Malang buat mereka. Bukan dapat apa² pun. Meranaaaa jer lah...
Banyak lagi acc proxy kalau nak disenaraikan. Tapi yang nih agak kecik skit jumlahnya. Tapi kalau pencen pun susah gak nak dapat!
p/s: Sharudin, kalaulah nko kahwin ikut perancangan. Selepas 9 BULAN mungkin dah boleh menimang cahaya mata sebaik sahaja tamat tempoh penyitaan oleh BNM, DAN kalau sambung lagi 9 TAHUN, mungkin dah sekolah rendah...
TAPI tidak mengapa, teruskan perjuangan JAI tuh.
Pengumuman Penting...
Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Monday, October 22, 2007
INIKAH PETITION YANG DICARI??? - by otaibnm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment