Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Sunday, October 7, 2007

Perihal Sifoo JNSSB - By semut

Assalamualaikum...

Semasa sifoo memberikan komen di CG, saya tidak sempat untuk memberikan komen ataupun publish kat blog disebabkan tugas2 harian yang semakin banyak sejak akhir2 ini... walau bagaimanapun, saya membatalkan hasrat saya untuk publish komen tersebut... tetapi hanya mengambil intipatinya sahaja...

Kesimpulannya, sejak dulu lagi mereka sudah ketandusan hujah bagi membendung penipuan yang dibuat oleh orang kumpulan mereka... salah satu cara untuk membendung hanyalah memperlahankan maklumat2 "underground" dengan cara mengalihkan isu utama kepada isu2 lain yang cukup remeh temeh seperti ajak berbuka puasa dengan group kami (disertai dengan cabaran dan ugutan lagi tuu)...

Kelihatan sungguh gembira para pejuang tegar apabila sifoo mereka mula menjawab serangan peribadi yang dikenakan oleh otaibnm dan mujahidin.... tetapi ia juga adalah salah satu cara untuk mengalih kepada isu lain... Izham memang lansung tidak menjawab soalan2 yang paling utama, isu paling utama, iaitu bagaimana jai boleh mendapat untung sehingga melebihi 30 juta sebulan atau lebih RM 1 juta sehari... Hanya jawapan kepada isu yang remeh temeh sahaja diberikan... cukup memualkan apabila hanya tahu menggunakan kata2 kesat sahaja...

Inikah sifoo JNSSB yang sentiasa diagung2 kan???

1. Ingin membuktikan kelulusan beliau dengan menyatakan dengan kata2 kesat:

"Cuba anda ke pejabat PPIM spt di atas... masuk bilik sy dan tengok... buka mata luas2.... jegil betul2.... kalau x nampak meh sy korek bg anjing makan... tidak pun bg babi makan....
kak asiah, huzaimi, abg isa, tanty dll dah pernah ke opis... tanya la depa...

Nak pegang byk jawatan tinggi hang ingat senang ka??? kalau kelulusan pak kaduk macam kamu... "

Disamping menggunakan kata2 kesat, beliau juga begitu riak dengan menyatakan orang lain hanya kelulusan pak kaduk sahaja... walau bagaimanapun, kelulusan itu kalau stakat tampal kat dinding, orang lain pun boleh buat... kita tengok la award2 yang dimenangi jj tu, terpampang indah dalam wisma jai, surat sokongan pak lah, sume ade...

walau bagaimanapun, ia dinafikan oleh enzopower dengan kenyataan seperti berikut:


"Hebat...hebat..tahun 1992 tu Dr. Izham umur berapa? 25 tahun kan? Dah ade PhD..wooowww..dahsyat. MD = 4 -7 tahun, Master = 2 - 3 tahun, PhD =3-7 tahun, cantik cilok...."

2. Membuat ugutan yang lansung tak masuk akal:

"Seluruh angkatan ahli akan dikerahkan ke rumah anda .... bukan kita x tau anda siapa.... cuma buat2 bodo jer... supaya mcmc dan polis boleh intip senyap2. Mak bapak... anak-anak anda juga akan kami cari... jika anda cabut lari...."

Ingat senang ker nak cari orang di alam cyber ni hah??? walau bagaimanapun, ugutan seperti ni pernah dibuat oleh boss beliau seperti dilaporkan oleh salah seorang pejuang tegar satu ketika dahulu:

"Nama Dr Jailani di bahagian polis Bukit Aman juga telah bersih/clear setelah polis menyiasat laporan ini. Khabar gembira ini dinyatakan sendiri oleh Dr Jailani dalam pertemuan ini dan mendapat tepukan gemuruh oleh semua hadirin. Selepas ini, sesiapa yang membuat laporan tentang JAI akan ditangkap dan direman sekurang-kurangnya 7 hari untuk disoal siasat. Maka diharap bagi mana-mana ahli yang berniat untuk membuat laporan polis agar mendapatkan penerangan yang tepat dahulu daripada upline atau syarikat sendiri. Jika tidak, anda juga mungkin akan direman sebaik sahaja anda membuat laporan."

3. Suka menggunakan kata2 kesat sedangkan penyelesaian mudah memang ada di depan mata (atau reka cerita sms tu sendiri??? siapa tahu...)

"Dah 3 hari sy dapat SMS ugut... maki hamun.... tapi hari ini ugut anak bini lak.... Setan pengecut mana punya kerja x tau."

Penyelesaiannya mudah sahaja wahai Dr. Izham yang berkelulusan tinggi, laporkan sahaja kepada pihak polis, skang ni semua nombor telefon wajib daftar, so, senang je nak tau siapa yang hantar tu... ok???

4. Suka berfantasi... tapi tak kisah ler... hehehe... tak kacau orang pun...

"Masa tu aku lepak hotel tepi laut.. sempat juga praktis jurus nogo sosro... Datang ombak macam sunami tarik aku ke tengah laut. Hampir mati... Tapi Allah hantar satu lagi ombak penyelamat. Dengan jurus rajawali... aku guna sekuat hati dengan zikir Nabi Yunus... Alhamdulillah selamat."

5. Nak ajak orang berbuka puasa pun dengan cara yang tidak sopan apabila yang diajak menolak:

"cikgu tadika reeza ni bangang sikit....
Ajak jumpa penakut.... telur anjing dah makan...
Bukan apa... kita kena sort out betul-betul segala info."

walau bagaimanapun, apa yang izham tau pasal JNSSB??? beliau sendiri tidak mengetahui perjalanan syarikat camner, so, info apa yang beliau dapat??? beliau sendiri mengaku seperti
kenyataan berikut:

"Masalah pengurusan dan dalaman x pernah sy ikut campur. mana boleh satu kapal byk nakhoda."

memang lah tidak boleh banyak nahkoda, tetapi sebagai anak kapal, kene lah tahu kemana syarikat ingin berlayar, dengan cara apa syarikat berlayar, bukan hanya duduk atas kapal tanpa mengetahui apa2... memang la nahkoda cakap nak menuju ke pulau, tapi nampak sejak akhir2 ni kapal tu bukan mengarah ke pulau... kene la selidik sikit, mane tau kot2 kene "culik" ker??? Nahkoda tu sebenarnya lanun ker??? sapa tau...

6. Kenyataan ni tak kira fitnah ker???

"Otaibnm mmang ada spy kat sana...

Kita kesana ke mari dok adjust bagi lepas supaya orang ramai dapat duit balik... Alih-alih... dia p buat 3 lagi lapuran...

AKU HERAN LAA KENAPA DIA BUAT CAMTU. KALAU DIA DENGKI DAN BENCI SGT DENGAN JAI.. KENAPA DIA LIBATKAN KEPENTINGAN AHLI2 LAIN.????" (inilah perang saraf yang selalu dibuat oleh pihak jai, iaitu menunding jari kepada orang lain, ntah sape otaibnm pun die tak tahu... standard la, die mane salah, yang jahat dan dok dengki ngan die je salah, contohnya BNM, KPDNHEP, polis dan lain2...)

"Kita org mmg tau dia sapa.... tapi tengah tunggu kalau dia ni ada telor... nak voluntere perkenalkan diri cara terhormat. "

_______________________________________________________________________

Sebenarnya saya pun tak kenal sangat dengan izham ni... cuma, dari cara beliau berforum, nampak macam beliau ni jenis suka mencarut... Tetapi inilah hakikatnya cikgu atau sifoo JNSSB yang diagung2 kan dengan pelbagai jenis ilmu, termasuk ilmu tarik...


Maka, tidak hairanlah sekiranya beliau melahirkan murid2 yang suka mencarut seperti:

1. sebarau007

"Sudahla beb.... takde teloq cakap jerla takde teloq...malas aku nak layan orang takde teloq nie.."

2. ni satu contoh lagi dari sebarau007:

"Apa2 jela bangang!!!"

3. endek:

"Dalam Forum Kan Main besor telor...
Kat depan BOD...Kecut masuk kat dalam.."

1 comments:

Anonymous said...

WOW! SEMUT GOOD JOB, KOR RINGKASKAN CAM NIE SENANG NAMPAK CAR DIAORG MMG KASAR DGN ORG2 YG MENENTANG, SBB DAH X DE REASAON NAK MEMATAHKAN HUJAH PENENTANG.. GITULAH CARANYA... AKU NAK CONGRATE KAT KOR NGAN2 KWN2 LAIN.. TERUSKAN USAHA MEMBONGKARKAN SEGALA KEBENARAN.. AKU TAU MMG BENDA NI KAN JADI... KALAU IKUT KRONOLOGI PAK MAN TELO.. MESTI ADA BANTAHAN BESAR2AN KEATAS JAI NANTI.. AKU NAK JOIN CG & BLOG KOR PUN SSH CKIT SKRG SBB DAH KEJE.. BTW TERUSKAN USAHA... AKU SUPPORT KORANG!