Assalamualaikum...
Senario 1 : SP Stromberg
Imbas kembali detik2 kritikal sebelum serbuan BNM... Kita memang mendengar banyak berita2 gembira mengenai syarikat... Antaranya ialah majlis bersama presiden dimana saya dapat bersama dengan jailani dalam majlis yang diadakan di sg. besi pada 11 Julai 2007 yang antara isi kandungannya ialah:
1. Jika jai kene serbu dengan BNM, semua duit akan di transfer ke akaun my smart marketing sdn bhd (bukan BESB), dan kata beliau, syarikat ini sudah pun ade AJL... beliau sengaja pakai name JNSSB lagi pada ketika itu untuk suruh orang hentam JNSSB ataupun sebagai kambing hitam, apabila keadaan dah teruk sangat, beliau akan switch kepada My Smart Marketing... dan plan ini akan berjalan seperti biasa tanpa gangguan kerana sudah ada AJL...
2. Ada sepasang suami isteri yang nak masuk 100k, siap buat smayang istikharah di mekah lagi dan mereka dapat petunjuk yang berat ke arah nak masuk.. so, mereka pun labur lah 100k...
3. Dr. Jai cakap, name die dah kene blacklist di 11 buah jabatan kerajaan. jika beliau ditangkap dan disoal siasat, ahli2 tak perlu lah risau, teruskan perjuangan dengan pengarah2 lain... ini adalah kerana hanya beliau sahaja yang akan disiasat...
4. Kehadiran seorang bekas timbalan menteri (kalo tak silap) dan diberi duduk di atas pentas, sebelah cikgu izham.
5. Tayangan slide Hydrofuel, satu produk "kebanggaan" jai satu ketika dahulu berserta plan2 SSP... Kononnya sudah di peringkat akhir untuk dilancarkan, siap bawa contoh produk lagi... pastu, jemput AD ke kilang di banting lagi untuk majlis doa selamat pada minggu hadapannya..
Dan banyak lagi berita2 gembira yang disampaikan, untuk meyakinkan ahli untuk terus melabur.... Ramai ahli berkeyakinan penuh dengan jai selepas taklimat ini dan terus melabur dengan amount yang sangat banyak... belum pun sampai seminggu selepas majlis tersebut, BNM datang dan semua akaun kene freeze...Dimanakah janji2 manis tersebut??? dimanakah my smart marketing yang sudah ada AJL???
Senario 2 : SSP HFT
Maka, harini ini, seolah2 pisang hampir berbuah dua kali... sejarah berulang kembali... kita dikhabarkan dengan banyak berita2 gembira dari pihak syarikat... Lihat lah kenyataan berikut semasa taklimat jailani pada 17 Julai 2007:
1. BNM masih menyiasat JNSSB. InsyaAllah, jika tiada masalah, BNM akan unfreeze dlm bulan September 07. Jika bermasalah, BNM akan juga unfreeze tetapi dalam bulan Oktober 07. Kesimpulannya, kecairan adalah sesuatu yang dipastikan!
2. HFT akan mula dipasang dalam bulan puasa untuk ahli pelan SSP dahulu.
Apabila anda menelefon HQ Jai di kuantan, mereka juga akan cakap duit akan unfreeze pada 17 Oktober 2007... Tak percaya, cuba lah call sendiri...
Ini pula apa yang saya ambil dari web sharudin, sms antara beliau dengan jailani:
Mr. Otai : Salam pjuangan dr,ape kabar?sy risau jika BESB pulak kene atack.sy xstop wpun m'dpt tknn.sy tau syrkt perlukan pejuang setia.dr yakin kita boleh pegi jauh?
Kpl(B) JJ : Jnssb bakal terkenal seluruh dunia.Insyaallah,buku yg ada kontravisi mahal harganya.Sama juga dgn jai.Skrg kita tahu siapa musuh kita,kita tapis hbs2an,kita cantas dahan2 pokok yg buruk,proses hidup semula sdg berlaku skrg,Jai ttp dgn perjuangan.Jgn takut dgn ugutan atau BNM,Mereka dah mula nk mengaku kalah,kita biarkan musuh melatah.K
Mr. Otai : Alhamdulillah,sy kagum dgn smgt Dr.makin ditekan,makin kuat.Sy teringin sgt nak tahu kaedah berniaga Yahudi yg Dr pakai.pd sy perkiraan mereka xsama dgn Dr.sebab itulah mereka xnmpk ape yg Dr nmpk.HFT kita lambt lg ke?
Kpl(B) JJ : Dlm bulan ini insyaallah
Ini pula apa yang saya ambil dari shoutbox sharudin dimana beliau menyatakan seperti berikut:
sharudin: Jangan kecoh2.Ni komen sy,biar 'mereka' menang di laman cyber.Bg yg tak tahu apa2,jgn risau.Tunggu lps raya.Apa yg ada diinternet hanya utk halwa pembaca je.Baca boleh,pecaya jgn.InsyaAllah,kemenangan akan tiba...harap bersabar.
Ni pula saya ambil dari shoutbox alud:
cikgu pojie: smlm dapat sms drp abg din (adik dr.jai)...insyaAllah x lama lg semua kan berakhir dgn baik...Allahuakbar3x
Begitu banyak kan berita gembira yang kita terima dari pihak syarikat... Tarikh 15/10/2007 pun dah makin hampir untuk pelabur2 masukkan duit SSP HFT... Semakin dekat dengan tarikh ini, semakin banyak lah berita gembira yang bakal kita dengar, termasuk keyakinan duit akan unfreeze pada 17/10/2007... Walau bagaimanapun, hakikat sebenar hanya diketahui selepas tarikh tersebut...
Maka, berhati-hatilah, dan fikirkan sejenak, mahukah anda melabur dalam plan SSP HFT??? Sedangkan syarikat skang masih lagi berada dalam keadaan tenat??? Jangan terpengaruh dengan berita gembira dari pihak syarikat dan para talibarut mereka... sesungguhnya, ia adalah satu perangkap untuk melariskan SSP sahaja...
Pengumuman Penting...
Klick disini untuk Guideline Laporan Polis
Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut
*cikgureza bukan pelabur
Saturday, September 29, 2007
Sekadar Peringatan - By Semut
Posted by
Semut
1 comments
Labels: Semut
Foto2 JSU dan Award - By Semut
PS:: Gambo graduan JSU Inc ni aku saje2 je letak... huhuhu... untuk ringan2 kan hati yang gusar.....
Posted by
Semut
2
comments
Labels: Semut
YAKINKAH KORANG AHLI-AHLI JNSSB??? - By otaibnm
Aku ingin membawa korang semua untuk berfikir sejenak. Gunakanlah akal fikiran anugerah Allah s.w.t dengan sebaik-baiknya...
1. Yakinkah Korang acc akan dicairkan pada 17/10/2007 oleh BNM sedangkan pada minggu hadapan pihak penyiasat BNM akan mengambil lagi keterangan dari ahli JNSSB di Seremban.(Terbukti siasatan masih belum selesai)
2. Yakinkah Korang sekiranya acc syarikat dicairkan pada 17/10/2007, korang akan dibayar SP pada 18/10/2007??? Lupakah korang akan kenyataan master zemi tentang 2 lori dokumen yang perlu disusun semula memerlukan sekurang-kurangnya 2 bulan untuk dikemaskini. Ini bermakna paling awal akan dibayar ialah pada Januari 2008.
3. Yakinkah Korang bahawa syarikat akan dapat Lesen AJL??? Sedangkan Bisnes Efektif Sdn. Bhd. hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM2. Lagipun menurut makhluk halus, tiada sebarang permohonan yang telah dibuat di KPDN&HEP oleh BESB. Cubalah korang selidik skit. Ringan-ringankanlah tangan tuh tepon ker??? Pandai-pandailah cari maklumat....
4. Yakinkah Korang bahawa produk Hydrofuel akan dipasang pada bulan puasa ini??? Sedangkan bulan Ramadhan pun dah nak berakhir tak lama lagi dan jurutera yang ada di bengkel kebanggaan JNSSB di Semambu hanyalah Pak Guard sahaja!!!
5. Yakinkah Korang Kpl JJ memang sudah bersedia untuk membayar SP tertangguh pada 18/10/2007 sedangkan sepatutnya Kpl JJ master zemi sudah berada di pejabat JNSSB di Kuantan. Skang dah masuk hari yang keberapa dah??? Dah lebih 70 hari. Takkan duk entertain lagi kot??? Habisss duit SP ahli-ahli JNSSB!!!
DAN YANG PENTING,ADAKAH KORANG YAKIN KPL (B) JAILANI JABAR AKAN BERADA DIKUANTAN DIKUANTAN PADA 18/10/2007 menunggu kedatangan korang semua dengan penuh senyumannya!!!
INI PALING PENTING!!! Dengan jumlah wang yang telah dibekukan oleh BNM dalam lingkungan RM20 JUTA. Yakinkah korang ianya dapat menyelesaikan semua bayaran bonus & komisyen yang tertangguh!!! Kiralah sendiri. Acc yang terlibat telah diberi figure nya pun.
Cuma satu yang ku pinta Cikgu Idzham, bersedialah menerima terkaman ahli-ahli JNSSB pada 18/10/2007 kerana Cikgu telah meyakinkan & menjanjikan kepada mereka (ahli-ahli JNSSB) di setiap BOM yang dibuat samada di Sg. Buloh, Tasik Raban Kuala Kangsar, Melaka, JB dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya bahawa JNSSB akan membayar SP pada tarikh tersebut... Tapi tak perlu bimbang kerana cikgu akan dilindungi oleh 5 serikandi yang turut sama mempertahankan cikgu nanti.
Posted by
Semut
3
comments
Labels: otaibnm
Thursday, September 27, 2007
Gambar Yang Lebih Besar 2: Risiko & Yang Sewaktu Dengannya...
askm. alhamdulillah, sdh dua minggu kita mnjalani ibadah dlm bln Ramadhan. spt juga ibadah2 yg lain, kita pasti akn diuji dgn kesukaran2. namun begitu, anggaplh ujian2 ini sbg cara utk kita meningkatkn keimanan kita. Ramadhan pd tahun ini agak brlainan sdkt dgn kehadiran satu lg ujian dari Allah swt yg disalurkn melalui Jai khusus kpd kita ahli2 Jai maupun yg bkn ahli (yg blh belajar dr pengalaman org lain). apa kelainannya? x lain & x bkn ramai drpd kita brhadapan dgn risiko kehilangan wang bg mrk yg tlh mnyertai Smart Partnership (SP). dgn siasatan BNM trhdp bisnes Jai, risiko yg ahli2 hadapi adalh cukup tinggi. knp? BNM tdk akn menyiasat bisnes maupun mmbeku sesebuah sykt jika mrk tdk mmpunyai kes yg kukuh. pndpt yg sy terima trmasuk drpd peguam mnyatakn, ‘BNM x akn masuk mnyiasat jika mrk tdk ada kes yg 90% kuat’. berita buruk? nk buat camno, trpaksalh kita hadapi. lbh baik kita tahu ia lbh awal supaya kita blh mngambil tindakan yg sepatutnya. ada org mncadangkn supaya kita tunggu sehingga siasatan BNM selesai.. sy tdk setuju! jika kita hanya brharap kpd hasil siasatan BNM brmakna kita hanya brgantung kpd satu sumber shj. sdgkn risiko yg ahli2 hadapi dibentuk drpd pelbagai sumber. BNM, sbg contohnya, tdk akan mnyiasat secara langsung brkenaan bisnes Jai dr perspektif hukum syarak. sedangkn sbg seorang Islam, kita sepatutnya mmprcayai yg kita akn brhadapan dgn risiko yg lbh besar jika bisnes yg kita ceburi dimurkai olh Allah swt.! mgkn juga jika kita tunggu siasatan BNM selesai, keadaan kita tlh mnjadi semakin parah. klu dulu kita join SP Strmbg shj, skrg kita join SP Hydrofuel pulak. dr satu risiko shj, skrg ia sdh brganda. olh itu, apa yg sy ingin kupaskn di bhg ke2 ini ialah mngenai risiko yg kita hadapi apabila mnyertai bisnes Jai. ia bnyk brkait dgn model prniagaan Jai (sila lihat posting sy yg terdahulu - Gambar Yang Lebih Besar 1: “Rahsia??” Model Perniagaan Jai).
AJL
prkara prtama yg akan sy sentuh ialah mngenai lesen Akta Jualan Langsung (AJL) yg diwajibkn kpd sykt2 yg mnjalankn prniagaan pemasaran bertingkat. lesen ini dikeluarkn olh KPDNHEP yg mana Jai mesti memiliki lesen ini krn pelan prniagaan Smart Movingnya. tanpa AJL, Jai mndedahkn dirinya dgn risiko diambil tindakan undang2.
isu AJL ni isu lama tp masih lg releven. "company ni ada lesen AJL ke?" - soalan ini adlh antara soaln2 yg prtama yg selalunya ditanya olh prospek. jwpn Jai berubah2 dr masa ke semasa - "dlm proses", "bln dpn kita akn dpt AJL", "lesen AJL kita dh lulus, tunggu nk pergi byr aje", "ada musuh dalaman yg tlh mngkhianati kita sehinggakn lesen AJL kita x lulus hingga skrg", "jgn bimbang.. xde AJL pun xpe... xde lg kes yg lekat dr segi akta krn sykt tu xde AJL", dsb. jwpn2 mulut sebegini yg x konsisten lah yg mnyebabkn timbul bnyk prsoaln dlm benak kepala sy sehinggakn sy trpaksa mncari sumber2 lain utk mngukur kredibiliti Jai dlm menangani isu AJL ni. susah sgt ke nk dpt AJL? akhirnya, sy mmbuat rumusan yg jawapannya "tidak!" & trpaksa menolak alasan2 yg menuding jari kpd org lain; sy lbh cenderung utk mmprcayai yg Jai x dpt AJL krn perbuatan Jai sndiri.knp sy brkata demikian? utk mmperolehi AJL ni, spt juga lesen2 prniagaan yg lain, mmrlukan sykt memenuhi kprluan2 trtentu spt produk, pelan pemasaran, dll. sy cuma nk mnyentuh cuma bbrp prkara shj utk mngelakkn huraian mnjadi terlalu teknikal & panjang. sbg contoh, dr segi produk. nk dpt AJL, satu produk shj x cukup & produk mestilh jenis yg blh mnghasilkn 'repeat sales'. knp produk ‘repeat sales’ perlu? ini utk memastikn potensi bilangan pelanggan & olh itu potensi jualan olh ahli2 adalh tdk terhad; para pelanggan akn dtg balik membeli produk setelah produk itu habis digunakn. dgn ini kepentingan ahli2 & juga sykt akn lbh trjamin jika produk adalah brbentuk ‘repeat sales’. maka produk Strmbg shj x memenuhi kedua2 kprluan ni. bgmana pulak dgn Hydrofuel? sama kes! sbb itu sy prcaya Jai x akn dpt AJL hanya dgn produk sebegitu. (nota: sy juga ada menerima maklumat yg semasa Jai memohon AJL pd thn 2006, mrk memohon bkn dgn 1 produk shj. selain Strmbg, 4 lg produk trmasuk produk yg berasaskn ‘gender’ disenaraikn. walaubgmanapun, kesilapan teknikal brlaku apabila brlaku ‘pemalsuan’ maklumat yg akhirnya menyumbang kpd kegagalan Jai utk mmperolehi AJL.)
jenis & bilangan produk juga akn mmpengaruhi pelan pemasaran. jika hanya dgn 1 produk & produk trsebut bkn jenis 'repeat sales', ahli2 akn mmpunyai masalah utk mnjual produk trsebut kpd pelanggan yg sama. akhirnya, pelan pemasaran bertingkat akn menjurus kpd pelan 'mencari org/downlines' & bkn jualan produk! ini akn mmbentuk sistem piramid yg mana org yg kemudian akn brhdpn dgn risiko tdk dpt mncari downlines. KPDN tdk akn mmbenarkn situasi sebegini brlaku demi melindungi kedua2 pihak - sykt & ahli2. apa lg dlm kes Jai, kbnykn ahli trtarik kpd SP & 10% komisen pengenal. maka bisnes utama ahli2 Jai adalh utk mmperkenalkn SP sebnyk mgkn & dgn itu 10% komisen pengenal akn mnjadi sumber utama pendapatan pngenal setiap bulan. (diberitakn kpd sy ada otai2 yg mmprolehi komisen sehingga rm80k sebulan!). olh itu, dgn adanya SP & 10% komisen, Smart Moving akn mnjurus mnjadi pelan ‘mencari org’ drpd mnjual produk. dr segi hukum pula, muamalat yg dbenarkn ialah yg mnjual produk atau servis... halal ke prniagaan yg brbentuk 'mncari org'? insyaAllah kita akan mmbincangkn aspek ini di akhir kupasan sy.
Nak AJL ke Tak Nak?
selain drpd faktor2 teknikal spt produk & pelan pemasaran, sy brpndapat Jai sndiri tdk mementingkn lesen AJL. sikap tdk bersungguh2 utk mmprolehi AJL mgkn disebabkn olh model prniagaannya yg mmg salah disisi undang2 (sila lihat Gambar Yang Lebih Besar 1: “Rahsia??” Model Perniagaan Jai). dgn kata lain, klu bisnes SP mmg dh tdk blh dihalalkn olh undang2, apa guna sgt AJL? sekadar ‘make-up’ blh lah..
sbb itu kenyataan2 yg dikeluarkn olh Jai dlm menangani isu AJL bnyk brdalih & lbh cenderung utk menuding jari kpd org lain. kita mgkn prnh diberitahu yg Jai x dpt AJL kerana tlh dikhianati olh org trtentu. katalh mmg ada 'pengkhianat' yg mngagalkn AJL JNSSB.. siapa dia tu? ada berita yg mngatakn seorg konsultan sykt, ada juga maklumat yg mngatakn ia dilakukn olh salah seorg Pgrh. jika betul, tdk blh ke Jai memohon semula atau mmbuat laporan mngenai salahlaku beliau?pernahkah anda dgr dr. Jai brkata yg beliau x akn blh dpt AJL krn namanya “disenaraihitamkn di 11 buah jabatan kerajaan”? beliau mngatakn sedemikian di beberapa prjumpaan/kursus. dlm mengulas mngenai namanya yg disenaraihitamkn, beliau mengaju soalan kpd ahli2, “jahat sgt ke sy ni?”. soalan yg sebegini akn mmpengaruhi ahli2 secara psikologinya utk mngatakan yg “dr. Jai x jahat, dr. Jai x salah.. maka Jai x dpt AJL krn salah org lain.” jika mmg benar namanya disenaraihitamkn, demi prjuangan ummah, tdk blh ke nama beliau xde sbg Pgrh & letak nama proksi shj.. & mohon AJL?pd bln Jun thn ni klu x silap sy, sykt mmberitahu JNSSB xleh dpt AJL.. maka Jai tlh memohon AJL melalui sykt lain (Jai Smart Marketing / My Smart Marketing??.. nama sy x pasti sbb diberitahu dgn nama yg berbeza2 dlm prjumpaan yg berasingan).. & telah lulus AJLnya melalui bantuan dr. Halim HFI. mana pergi sykt & AJL tu? knp skrg pulak timbul sykt Business Effective Sdn Bhd (BESB) yg mana ahli2 perlu berurusan dgn akaun DeFour Marketing utk semntara waktu, kemudian dgn akaun2 “rahsia, xleh bagitau kat sini, pi tanya upline2” BESB? bnyk sgt tandatanya..jika dgn Hydrofuel shj + Smart Synergy Plan + SP Hydrofuel,. rasa2 blh dpt AJL x? krn inilh sy tdk trkejut apabila forumer spt RYAL mndpti BESB tu xde AJL! apakh Jai sanggup mmbiarkn ahli2 trdedah kpd risiko yg ‘serupa’ spt apa yg sdg brlaku kpd JNSSB. knp sy kata risiko yg serupa? cuba kita amati prsamaan2 yg berikut:
JNSSB : Stromberg shj + Smart Moving + SP Stromberg + (Kursus asas & JMC)
BESB : Hydrofuel shj + Smart Synergy Plan + SP Hydrofuel + (Kursus ‘Khas’ PEKIDA)
maka tdk bnyk beza antara model prniagaan JNSSB & model prniagaan BESB. jika Strmbg bukan produk ‘repeat sales’, begitu juga dgn Hydrofuel. jika dgn hanya 1 produk Strmbg shj, Smart Moving akn mnjadi sistem piramid, begitu juga dgn Hydrofuel & Smart Synergy Plan. jika SP Strmbg tdk dpt di ‘putihkan’ dr segi undang2, maka begitu juga SP Hydrofuel. olh itu, ahli2 yg mnyertai SP di bwh BESB akn trdedah kpd risiko yg serupa spt yg dihadapi olh ahli2 JNSSB. apa risikonya? risiko undang2 – 1) xde AJL utk SSP, 2) melanggari Akta Bank & Institusi Kewangan (BAFIA), 3) dan x lupa AMLA.. krn BNM saja nk tengok duit yg bnyk2 tu kotoq ka tdk..
Pekida untuk Jai atau...
cuma yg beza sket skrg ni ialh kehadiran Pekida. knp Jai prlu Pekida? sehinggakn ada ahli2 yg merungut, “klu dulu Jai blh byr tanpa Pekida, knp skrg nk ada Pekida?”, “awat nk pakai Pekida, apa.. ‘sumpah’ kita utk mmbantu ummah x cukup kuat ke dlm ikrar semasa kursus tu?”, dsb. lain ulu lain parang, lain dulu lain skrg.. x lain x bkn Jai sbnrnya mahukn ‘perlindungan’ terutamanya dlm mnghadapi risiko undang2 spt yg sy huraikn di atas. inilh ramuan ‘kebal’ yg Jai rasakn akn mnjamin kejayaan mrk. inilh ‘kesilapan’ yg Jai sedari yg tdk dilakukn sblm ini. Jai tdk mahu kesilapan berulang.. diusik lg olh BNM & yg sewaktu dgnnya. sekuat mana ‘perlindungan’ yg dpt diberikn olh Pekida? jwpn trdekat adalh hasil siasatan BNM.
selain drpd ramuan kebal utk prniagaan, sy juga cenderung utk mmprcayai yg ramuan kebal ini utk melindungi keselamatan peribadi dr. Jai sndiri terutamanya & mgkn juga beberapa Pgrh2 tertentu. maklum ajelah, skrg ni ramai ahli2 yg semakin marah. kemungkinan tu ada utk mrk mngambil tindakan mngikut ‘jungle law’. cuma sy bimbang ‘harga’ yg Jai bayar utk mmbeli perlindungan ini trlalu mahal.. & sy khuatiti ‘perlindungan’ yg diperolehi adalh tdk spt yg diharapkn. takut2 jadi ‘kita nk supaya org payung kita.. tengok2 kita yg kena payung org!’ atau yg lazim kita dgr ‘hrpkn pagar, pagar makan padi’.
sejauh mana komitmen Pekida trhdp Jai? sy mmprcayai ia bnyk brgantung atas faktor ‘ekonomi’. jika Jai dpt mmbantu meningkatkn ekonomi Pekida, bkn sekadar penasihat ekonomi mmberi nasihat shj, peluang adalh cerah utk kerjasama Jai-Pekida brtahan. selain faktor ekonomi, sy merasakn faktor ‘kesihatan’ juga akan memainkn peranan. kita blh beranggapan yg Jai sdg ‘sakit’ & krn itulh mmerlukn prlindungan Pekida. utk mngubati ‘penyakit’ Jai ni secara brkesan, Pekida perlu tahu cerita sebenar punca penyakit Jai ni. mampukh Jai menyembunyikn ‘punca’ sebenar penyakitnya? sy rasa tdk.. dgn arus ‘gelombang’ yg kuat menentang Jai akhir2 ini, lambat laun Pekida akn tahu juga. sy sdh dimaklumkn yg sdh ada ‘mangsa2’ Jai yg mengadu kpd ayahanda Pekida mngenai perilaku buruk penasihat ekonomi. jika Pekida ‘selesa’ & x kisah dgn penyakit Jai, kita akn lihat kerjasama mereka akn brtahan. tetapi.. jika ayahanda Pekida betul2 brpegang kpd ‘amal makruf nahi munkar’, jgn trkejut jika kerjasama mrk blh terbantut serta-merta.. & bg Jai kerjasamanya dgn Pekida blh ‘makan tuan’. harapan sy kpd ayahanda Pekida yg ‘sejati’ supaya brpegang kpd prjuangan utk mmbantu ahli2 Jai yakni org2 Melayu Islam yg skrg ini teraniaya..
Risiko Pengurusan
setakat ini kita hanya mngukur risiko kehilangan wang dari sudut undang2 shj. dm kes Jai sebenarnya faktor pengurusan memainkn peranan yg cukup besar. kecekapan pengurusan merangkumi perlaksanaan pelan2 jangkamasa pjg & pendek. secara operasinya, Jai tdk memiliki kapasiti pengurusan yg cekap. brmula 2007, insiden2 spt kelewatan pmbayaran, kehilangan data, perubahan polisi yg kerap/mendadak & khidmat pelanggan yg krg memuaskn adalh tanda2 awal yg menunjukkn Jai tdk mampu utk mngendalikan bisnes besar. masalah2 sebegini selalunya timbul apabila pngurusan sykt lbh bnyk ‘reaktif’ dlm mnguruskan bisnes.. satu masalah timbul, satu penyelesaian dicari atau satu polisi baru dibuat. pndekatan yg sebegini akan mengundang masalah lain pula timbul. sbg contoh, apabila Jai mnsyaratkn pmbayaran SP dibuat melalui ahli2 yg mmpunyai SPA (yakni yg sdh mnghadiri kursus JMC) pd Jun thn ini, ia brtujuan utk kononnya mngatasi kelewatan pmbayaran krn sykt trpaksa berurusan dgn trlalu bnyk akaun. penyerahan ‘tugas’ ini kpd org tengah mndedahkn ahli2 kpd risiko tdk dibyr olh ahli2 SPA yg tdk bertanggungjwb. masalah sebegini lambat-laun akn brbalik juga kpd sykt.
ketidakcekapan pngurusan bknlh isu utama skrg ni krn sykt sdg di‘beku’kn olh BNM. ramai drpd ahli2 skrg ini mngharapkn supaya akaun2 sykt dicairkn olh BNM. ‘asalkn dpt modal pun jadilah..’. ada harapan ke utk mndapatkn modal balik? katalh BNM mencairkn akaun2 sykt.. cukup ke duit utk mmbyr modal SP kesemua ahli2? tdk mungkin Jai mampu.. sbb model prniagaan Jai ialah ‘rolling duit’. duit modal sdh brkurangan & akn semakin brkurang krn prbelanjaan operasi maupun prbelanjaan peribadi brlaku setiap masa. ‘best-case scenario’ utk mndpt balik modal ialh samada ada org dpt & ada org x dpt, atau semua org dpt tp x sepenuhnya. utk mmbyr balik modal, sykt prlu brtungkus-lumus utk memeriksa balik rekod2 SP.. suatu kerja yg ‘sukar’ bukan? nak seribu daya, x nak seribu dalih.. prsoalannya adakh Jai nak? sy cukup yakin Jai x akn nak krn jika dipulangkn modal ahli2, apa yg tinggal dgn Jai? inilh hakikatnya risiko pngurusan..
Risiko Yang Paling Besar
apa2 pun risiko yg terbentuk sebenarnya brpunca dr model prniagaan Jai itu sndiri. Jai tdk mmpunyai model prniagaan yg mngikut undang2.. xde AJL & melanggar BAFIA. namun begitu, risiko yg paling besar adalh krn bisnes Jai tdk memenuhi hukum syarak. ia merupakn suatu skim cepat kaya yg menggunakn akad jual-beli utk ‘mngaburi’ mata ahli2 & pihak2 lain. klu dikaji dari segi akad jual-belinya, mmg tdk nampak apa2 masalah jika ia dilakukn dgn betul.. sbb itulh Ustaz Zaharuddin (UZAR) di www.zaharuddin.net tdk ‘habis’ kaji utk mmberi hukum perniagaan Jai. beliau prlu mngkaji SP dr sudut:
1) adakh betul Bagai Wangsa Sdn Bhd mmpunyai stok produk Strmbg yg dibeli olh ahli2?
2) dr manakh Jai mmprolehi wang utk mmbyr keuntungan 100% dlm masa 8 bulan?
hanya dgn mngkaji 2 persoalan utama di atas, kita (& begitu juga UZAR) akn mndapati bahawa BWSB tdk mmpunyai stok inventori utk produk yg di‘akad’ brjual-beli dgn ahli2. BWSB mgkn blh mngatakn ‘mcmana kita nk ada produk sbb semua produk yg dibeli olh ahli2 tlh dihantar ke Jai’. kita pun periksa juga Jai.. tengok inventori & rekod jualan. jgn pulak kita (& begitu juga UZAR) trkejut krn kita akn dapati xde pun produk2 sebnyk tu maupun rekod jualan kecuali yg dijual melalui Smart Moving! siasat pulak pndapatan sykt dr kursus2 yg dianjurkn atau apa saja sumber prniagaan yg lain.. agaknya kita (& begitu juga UZAR) dah x trkejut lg krn pndapatan dr sumber2 lain trlalu kecil utk mmbyr 2X ganda dlm masa 8 bulan. maka dr mana Jai mmbyr SP yg tertunggak setiap bulan klu tdk dgn me‘rolling’kn duit2 SP tu sndiri.
maka jadilah bisnes Jai suatu skim cepat kaya dimana ahli2 yg mnyertai SP mmbuat belian & jualan produk yg ‘tdk wujud’ yg mnjanjikn pulangan brganda dlm 8 bulan. bkn sekadar Jai melakukn “rolling duit”, 10% komisen pengenal SP akn mmbentuk pelan pemasarannya mnjadi suatu skim piramid – siapa masuk dulu untung, yg rugi adalh org yr trkemudian..
maka dgn itulh sy mngatakan bisnes Jai tdk menepati hukum syarak & ia seiring dgn skim2 cepat kaya yg lain. apabila Allah murka dgn tindakan kita mnyertai bisnes Jai.. inilh sebenarnya risiko yg paling besar! anggaplh apa yg brlaku skrg sbg kifarah. semoga Allah mngampuni dosa2 kita yg lalu di bulan Ramadhan yg Mubarak ini. semoga Allah mmberi kita petunjuk utk mnjauhi skim2 yg seumpama ini di masa yg akn dtg. brjanjilah dgn diri kita yg kita x akn lg mngambil risiko yg paling besar ini!
kita (& begitu juga UZAR) mgkn sdkt terkilan krn tdk sempat utk menyiasat secara lbh terperinci maupun mnjadi penasihat syariah bisnes Jai. nampak gayanya BNM dulu yg akn nampak gambar yg lbh besar. harapan sy dgn kupasan yg tlh dibuat dlm bhg 1 & 2 Gambar Yang Lebih Besar, kita tdk ketinggalan utk mampu ‘nampak’ gambar yg lbh besar sebaik pandangan BNM.
jadi apabila forumer pro_kon kata, “x nak belajar drpd kesilapan” & “nak kena patuk 2 kali ke kat lubang yg sama ????”, prsoalannya adakh Jai menganggapnya (yakni risiko xde AJL, langgar BAFIA & AMLA) sbg satu kesilapan? atau ia mmg sdh dirancang..?? jika Jai merasakn ia blh mengawal risiko undang2.. cubalah ‘handle’ risiko yg paling besar tu! sesungguhnya Allah tdk memungkiri janji. sementara itu lbh baik kita ambil iktibar drpd apa yg brlaku skrg ni & ajukan soalan2 forumer pro_kon itu kpd diri kita sndiri.. “aku x nk belajar ke dr kesilapan yg lalu?” & “aku nk kena patuk 2 kali ke kat lubang yg sama?”
maklumat2 yg sy sampaikn di sini bukanlh maklumat trbaru atau ‘updates’ yg diharap2kn olh ramai ahli. niat sy cuma utk memastikn org2 Melayu Islam ‘nampak’ gambar yg lbh besar prniagaan Jai ini. di masa akn dtg, ia mgkn bkn nama sykt yg sama, tp kita sdh kenal.. utk tdk terjebak lg dlm skim cepat kaya yg telah diharamkn olh Majlis Fatwa. marilh kita brdoa supaya Allah melimpahkn kpd kita rezeki yg halal. sempena bln Ramadhan ini sy memohon maaf diatas segala kesalahan sy. yg baik itu dtg dr Allah, yg buruk milik sy. selamat beribadah dlm bln Ramadhan & semoga Ramadhan kali ini kita dikurniakan kebaikan malam Lailatul Qadar. amin ya Allah.
CSI
27 Sept 2007.
Posted by
CSI
5
comments
Labels: CSI
Wednesday, September 26, 2007
Tungguuuuuu.... (Mesti Baca!!!) - By Semut
Assalamualaikum...
Sudah banyak pendedahan yang team aku buat... Sesiapa yang nak mencari kebenaran patutnya sudah berubah pandangan mereka mereka sekarang... Jika masih taksub, maka, apa2 yang aku tulis pun tak berguna... Ade beberapa lagi pendedahan yang aku nak buat, tetapi rasenye tak perlu lah, memandangkan hari kebenaran tinggal beberapa hari sahaja lagi... So, aku mengambil keputusan untuk sama2 menunggu dan mengatur strategy bersama kawan2 aku... Tetapi kawan2 aku yang lain akan meneruskan membuat pendedahan ini...
Skang ni aku nak mintak sume tungguuuu.... Jangan buat ape2 tindakan lagi, yang dok asah parang tu boleh teruskan, yang tengah berlatih menjentik tu boleh teruskan, yang dah prepare lawyer tu, prepare betul2 dan yang dok berdoa dan bersabar, teruskan berdoa dan bersabar... Yang dah ready nak report polis tu, tungguuuuu, yang nak anto duit cash SSP ke kuantan, tungguuuuu (kalo tak tungguuuuu, sure menyesal, aku jamin sure nyesal punyee) dan seterusnya...
Aku berpendapat bahawa kemungkinan besar akaun takkan unfreeze dalam mase terdekat ni... Walau bagaimanapun, aku nak mintak korang sume jangan buat ape2 tindakan jika keadaan ini berlaku... Bagi masa untuk aku dan kawan2 prepare ape2 yang patut dalam mase terdekat ni... Aku harap ia dapat membantu semua orang, walaupun peluang agak tipis, sekurang2 aku dan kawan2 cuba sedaya upaya.... Selewat2 nye sehingga akhir bulan Oktober... Jika kami gagal, maka, korang buat la ape yang patut pada bulan November...
Apa yang aku tahu, Mr. Otai (Sharudin) dan groupnya akan menghantar lawyer ke BNM untuk membantu kes ini... Aku dan kawan2 pula akan buat dengan cara lain... Tujuan kami sama, mengembalikan duit SP kepada yang hak...
Beberapa strategy telah pun kami prepare (jangan tanye ape strategy kami)... Jadi, aku betul2 nak mintak kerjasama korang semua untuk tungguuuu sehingga bulan 11 (November) untuk buat ape2 tindakan pun, agar tidak mengeruhkan keadaan dan membolehkan kami membuat tindakan dengan lancar... Berikan kami masa dan peluang... Doakan kejayaan strategy kami demi kebaikan semua....
PS:: Mintak tolong hebahkan kepada semua supaya tunggu sehingga November...
Posted by
Semut
13
comments
Tuesday, September 25, 2007
Inikan Fitnah KAU kata Kpl JJ!!! - By Otaibnm
Fitnah???? Memang diketahui ramai bahawa fitnah itu lebih bahaya dari membunuh. Dan aku sendiri memang faham, akur dan memang ketahui pun akan kesannya.
Kalau nko orang kata aku selalu membuat fitnah, maka ini merupakan 'fitnah' terbaru plak dari aku yang patut korang semua tahu...
Hai Jailani Jabar @ Kpl JJ....
KAU kata Bank Negara tengah fenin tak der BUKTI nak tuduh JNSSB,
KAU kata JNSSB akan lebih kuat selepas nie,
KAU kata KAU yakin 100% dan satu kepastian akaun akan dicairkan bulan Okt 2007, KAU kata HFCS dari HFI akan dipasang bulan pose,
KAU kata nama KAU dah famous masuk parlimen,
KAU kata KAU akan jadi penasihat ekonomi bisnes Pak Lah tak lama lagi,
KAU kata Dato' Jamaludin Jarjis khianati KAU dan BANGSA MELAYU pasal HFI, KAU kata KAU tak akan bayar duit SP saper yang belot (belot pasal banyak bertanya tentang kebenaran),
KAU kata KAU dah entertaint tiap-tiap malam di club-club mewah & elit di KL semua Pegawai Pendakwa dari BNM dan Bukit Aman (skang nie dah lebih kurang dah 70 malam dengan GRO dan air syaitan. Belanja lebih kurang RM11,000 satu malam. Cuba lah kali sendiri utk 70 malam).
Kau kata KAU tak suka buat tu semua kerana berdosa, tapi demi 25,000 ahli Islam KAU sanggup tanggung DOSA sampai terpaksa pakai cermin mata hitam, pasal mata bengkak tak cukup tido. Ini semua KAU lakukan dengan Ustaz Master Zemi. Dan skang ni pulak KAU dah tarik dengan Cikgu Idzham skali.
KAU kata kau dah belanja ratusan ribu kat PEKIDA untuk dapatkan AJL dan cairkan akaun.
KAU kata KAU tidak akan mengaku kalah nanti untuk 3 bini KAU (malahan lebih dari 6 bini yang tak rasmi), 14 anak KAU akan kelaparan,
KAU kata lpas ni, semua ahli JNSSB akan pergi dengan kapal layar jer kat Mermaid Inn, lpas tuh plak akan pakai helikopter, ter...ter...ter....,
KAU kata......, KAU kata.....(saper-saper pernah dengar ucapan/kata-kata dan biasa dengan Kpl JJ, tahu sendirilah kan..., Tambah-tambah sendirilah yerr....
TETAPI
KENAPA dah 70 hari KAU tak masuk pejabat (serupa jer dengan master zemi), KENAPA bila orang di KUANTAN nak jumpa KAU kata ada di KL, Bila orang KL tanya KAU kata ada kat MUAR, Orang MUAR tanya KAU kata ada kat KUANTAN!!! Takut aper???
Kan BNM serta polis-polis semua KAU dah tackle??? BNM kan dah tak der BUKTI!!! Tapi pandai pulak bila 15 hb jer (hari akhir SP 30% dihantar) KAU tunggu belakang pejabat (worksyop Cina), Latifah bini KAU tunggu dalam opis sebab takut master zemi bawa lari duit SP tunai (Iyelah, kan KAU pernah kata P***M** zemi tuh dah bawa lari duit derma orang ramai masa kat Seremban dulu, Dapat banyak-declare skit jer). Bila malam plak KAU cabut lari ke KL.
Oiii Pejuang Bangsa Dan Agama, Bulan 10 tak lama dah!!! Duduklah kat pejabat. Kan semua dokumen, server, laptop & dekstop, duit-duit akan dipulangkan kembali. Ahli-ahli JNSSB dah RINDU sangat kat KAU nak tatap wajah KAU. Kan KAU selalu kata yang 10 tahun lagi pun, tak der manusia yang akan jumpa orang yang macam hebat macam KAU. Cantikkkk.....(Angkat tangan tanda bagus)-Gayanya.
Mana pergi sms ugutan nak kapankan KAU tuh dari Mohd Rafil??? (memang SAH KAU taip sendiri.Aku takut si Rafil tuh dah jadi CSI,semut,cikgu reza,kesian,Bagan_pola, kura atau Lan Gajah!!!
Skang ni Lan Gajah pun dah RINDU sangat kat KAU. Asyik hantar master zemi jer kat PEKIDA Bkt. Bintang. Kenapa KAU tak jejak kaki langsung semasa tarbiah minggu ni. Tahu jugak KAU takut pada Lan Gajah yang KAU duk tuduh dok perabih duit KAU dan dok suruh tanggung anak dia kat Kolej di Kuantan!!!
Terbaru..... KAU duk heboh master zemi dah bawa lari duit KAU RM8 juta. Baik punya tempat zemi parking. Si zemi plak duk heboh KAU yang banyak simpan duit puluhan juta dalam Safe Box di 2 BANK di Ibunegara. Skang nih, Bukan aku sajer yang 'fitnah' KAU. KAU dan master zemi pun dah join dah fitnah!!!!
BERITA HANGAT!!! HYDROFUEL akan dilancarkan dalam sehari dua ini TETAPI BUKAN dengan JNSSB. Carilah maklumat.... Jom, kita meriahkan bersama.
Oiii... Zainudin Jabar, Izan Johor, Yusof Somban. Bangkitlah defend!!!
Aku mintak mana-mana forumer semua, Post. Jawab balik ini semua 'fitnah' otaibnm yang selalu sangat tulis soal peribadi. Ini baru 'fitnah' pertama di hari pose yang ke.... Lupa lah plak pasal selalu ikut sangat Kpl JJ yang tak pernah nak puasa dan sembahyang.
Tapi, kalau setakat nak tulih tunggu 90hari. Tak payah tulih tak per. Memang extend punya!!! Itu aku tak 'fitnah' lagi dengan 5 pertuduhan BNM.
Tunggu 'fitnah' ke-2, fasal duit Authorised Dealer yang berjumlah 200 orang dikalikan dengan RM50,000 = RM10 juta. Mana pegi??? Duit agreement RM20 dikalikan dengan 25,000 ahli = RM500,000. Mana pegi??? Duit SSP, Duit Smart Moving, Duit JMC, Duit Kenduri Tahlil arwah RM60, duit Kursus Khas RM1000, duit....duit.....duit.... Tak tahulah aku nak sebut, banyak sangat. Nampaknya aku terpaksa berbuka pose (batal) kerana emosi!!!
p/s: Apooo janggg????? Kpl JJ nak panggil aku meeting. Aku mintak diri dulu, nanti tak dapek den nak sampaikan berito terkini plak kat pengunjung setio & tiger. Sorry tiger, mintak diri jap.
Posted by
Semut
6
comments
Labels: otaibnm
Monday, September 24, 2007
"Signal" Dari Pengarah - By Semut
Assalamualaikum...
Pernah kah anda terfikir, kenapa seorang demi seorang pengarah menjadi "pengkhianat bangsa"??? Bermula dengan Dr. Mazuki, Mejar Mokhtar, Hj Zainal dan Kak Jamilah serta lain2... Dimanakah mereka berada sekarang??? Siapakan pengkhianat sebenarnya???
Dr. Jai @ kpl JJ tidak pernah disclose account syarikat kepada pengarah2 nya... Beliau juga tidak pernah memberikan penerangan tentang perjalanan syarikat kepada pengarah, terutamanya mengenai jualan stromberg sehingga dapat untung 35juta sebulan... Setiap pengarah dialihkan tumpuan kepada tugas2 lain bagi mengelakkan mereka mengetahui "sesuatu" tentang perjalanan syarikat... Dr. Mazuki dengan HFT nya, Hj Zainal dengan JMC nya, Cikgu Idzham dengan kursus nya dan sebagainya....
Ahli2 nya juga dialih kan perhatian kepada konsep "perjuangan" yang diterapkan semasa kursus, menyebabkan mereka lupa untuk menyelidik mengenai perjalanan syarikat yang penuh misteri... sehingga sekarang pun masih ramai yang "tidur nyenyak" dengan konsep perjuangan tersebut walaupun "hari kebenaran" semakin hampir...
"Sesuatu" yang misteri tentang jai, iaitu, apa yang disifatkan oleh Dr. Mazuki sebagai Model perniagaan Jai, sedang dihidu dan semakin terserlah... Walau bagaimanapun, ia adalah suatu kerahsiaan bagi kpl JJ dan tidak mahu mendedahkannya kepada Dr. Mazuki... Setelah menyelidik kembali, maka, Dr. Mazuki telah terjumpa "sesuatu" tentang model perniagaan Jai... Beliau berasa bersalah dan terus berhenti dari JNSSB sebagai tanda "ingin terus berjuang"... Itu adalah signal pertama yang diberi kepada ahli2 Jai... Walau bagaimanapun, ramai yang tidak nampak...
Perjumpaan tergempar di kuantan dibuat untuk memberikan penjelasan kenapa Dr. Mazuki berenti. Tujuan utama ialah untuk melenyapkan signal yang diberikan oleh Dr. Mazuki kepada ahli2 jai, disebabkan pengaruh Dr. Mazuki amatlah besar... Fitnah disebarkan bagi membunuh kredibility dan kepercayaan ahli kepada Dr. Mazuki... pelbagai tuduhan dilemparkan menyebabkan majority ahli percaya yang Dr. Mazuki adalah "pengkhianat"... Ini adalah langkah berjaga2 bagi menyenangkan kpl JJ mencantas Dr. Mazuki apabila beliau cuba membuka mulut satu hari nanti...
Apabila BNM datang freeze akaun, maka, mejar mokhtar banyak membantu kpl JJ dalam membantu siasatan... Semakin lama, Mejar Mokhtar semakin nampak "sesuatu" tentang perjalanan syarikat... Maka, Mejar Mokhtar mengambil keputusan untuk berhenti sebagai pengarah... Seperti biasa lah, jika tidak sehaluan dengan syarikat, maka, akan dilabel sebagai "pengkhianat"... Maka, pelbagai fitnah dikenakan terhadap Mejar Mokhtar, termasuk mendalangi fitnah di internet... dan juga dalang disebalik blog semut...
Pengarah JMC, Hj Zainal dan kak jamilah juga sudah ternampak "sesuatu" dalam Jai Network menyebabkan mereka juga mengambil langkah yang sama untuk berhenti... Kita tunggu lah, beberapa hari lagi untuk mendengar fitnah tentang mereka pula...
Apa yang semut maksudkan sebagai "sesuatu" tersebut ialah ape yang semut jangkakan sejak awal2 dulu, iaitu, jai main rolling duit atau skim piramid... Kalau mereka semua satu ketika dulu anda sanjung, sekarang mereka telah memberi anda signal untuk anda sendiri berfikir, apa rasionalnya tindakan mereka... Fikir lah dengan minda yang waras dan tenang, kalau boleh, jumpa sendiri mereka secara personal...
Posted by
Semut
4
comments
Labels: Semut
Stevie Award - By Semut
Assalamualaikum...
Sebenarnya banyak lagi yang saya nak hurai, tapi pendedahan saya stakat ini sudah cukup untuk membuka hati sesiapa sahaja yang membacanya dengan fikiran terbuka... Golongan taksub akan terus taksub walaupun apa yang saya tulis... sebenarnya saya ingin menghuraikan mengenai stevie award yang dikatakan dimenangi kpl JJ... Tetapi rasanya tak perlu lah dihurai panjang memandangkan hari "kebenaran" sudah semakin hampir.... cukuplah sekadar tulisan ringkas sahaja...
Sebenarnya kpl JJ hanya calon sahaja, dan bukan pemenang award tersebut... sesiapa pun boleh mencalonkan diri sendiri untuk ditempek nama di laman web tersebut... rujuk kriterianya disini.... mengenai gambar trofi tersebut, tempah kat kedai pun boleh... hehehe... pastu letak dalam opis kat kuantan.... tak hairan lah, jika surat sokongan Pak Lah pun dia palsukan... Ade ke patut surat sokongan original tu die letak dalam frame kat opis kuantan.... patutnya yang tu dihantar ke KPDNHEP, kata nak mintak lesen AJL.... ok lah, habis bab stevie award...
Posted by
Semut
6
comments
Sunday, September 23, 2007
Skim Piramid Terancang - By Semut
Aku tertarik dengan kenyataan seorang forumer dengan nick "post mortem"di jai2u. Ni mesej die:
aku dah lama mengikuti, jenis2 skim pelaburan, seawal labu peram, pak man telo, skim 250 & pelbagai, sehingga makin lama makin canggih. aku pernah bersama dengan seorang penganjur skim pelaburan, modus operandi sama saje.... awal kutip duit dan bayar kau kau. kemudian sendiri buat repot. sbelum buat repot sorok 80% duit pelaburan. bila akaun kena beku si penganjur dapat alasan tak boleh bayar sebab kjaan bekukan. mereka belajar dari pak man telo, aku ingat lagi arwah bapa aku setengah gila, duit pencen RM 50 ribu bagi kat pak man. bila kena tangkap pak man kata bukan tak nak bayaq tapi depa beku duit kita. lepas pak man kena buang daerah sampai kini hidup senang kaya raya. sahabat sekelian ambil lah iktibar, semua penganjur menggunakan alasan yang sama dan modus operandi yang telah dicipta oleh pak man telo. sebab sebelum tu tauke labu peram dipukul orang ada penganjur disantau, ada juga tidak tahu kemana ghaibnya, jalan paling selamat repot, kena tangkap kes CBT tak lama, pada pelabur alasan dah ada duit dibekukan oleh krjaan (dah selamat tak kena pukul dan santau), tapi dia tak cakap berapa yang dia sorok (mereka ini saudara mara georg soros agaknya)
Aku delete sket, panjang sangat, nak tengok yang asal, sila click disini...
Pada pendapat aku ler, apa yang dikatakan oleh post mortem ada benarnya... mari kita lihat website ni http://jai-investment.com/ Siapakah yang membuat website ini??? adakah musoh seperti yang pejuang2 jai cakapkan??? ataupun didaftarkan sendiri oleh Ketua Pejuang berpangkat koperal(B) dengan menggunakan khidmat mercumaya.net dan didaftarkan pada 15 February 2007??? mereka sangat fobia dengan perkataan investment atau pelaburan... kenapa? adakah BNM itu budak kecik yang tak tahu lansung beza antara pelaburan dan jualbeli???
Ketika syarikat masuk senarai Alert List SC sekitar bulan April 2007, kita lihat kpl JJ sangat ambil ringan perkara ini, seolah2 beliau sendiri tidak kisah jika syarikat diambil tindakan... alasan beliau mudah sahaja, kompeni yang disenaraikan tu tiada "s"... kita ada "s"... tiada penjelasan rasmi dibuat dan tiada tindakan susulan untuk menyisat oleh ahli2 nya... hanya sekadar berpuas hati dengan penerangan Kpl JJ... penerangan pula sekadar ditulis di laman web nya oleh IT executive sahaja, seolah2 perkara ini hanya masalah kecil... rentetan dari perkara ini lah yang menyebabkan jai diserbu bank negara...
Ini seolah2 menunjukkan kpl JJ memang "menjemput" BNM untuk bekukan akaun rentetan dari sikap nya yang "mengizinkan" nama jai network berada didalam alert list SC... tetapi, rajin pula kpl JJ untuk membuat perjumpaan tergempar apabila Dr. Marzuki berhenti sebagai pengarah... seolah2 ia satu masalah besar bagi JNSSB apabila pengarah berhenti berbanding senarai amaran SC... Di sini kita dapat lihat, jika seorang pengarah berhenti, lantik lah pengarah baru, ape nak risau... jika nama syarikat masuk alert list SC, alamatnya datang lah BNM bertandang... Jadi, yang mana sepatutnya dibuat perjumpaan tergempar???
Kononnya kerana 414 pucuk surat, maka BNM datang bekukan akaun... adakah BNM akan datang hanya kerana 414 pucuk surat aduan tersebut??? Ataupun kerana memang jai bersalah kerana mengambil deposit secara haram dan pada masa yang sama tersenarai di dalam alert list SC??? Jelas menunjukkan kpl JJ memang inginkan nama jai network berada dalam SC... agar apabila laporan dibuat, maka BNM terus datang untuk freeze akaun...
Sebelum itu, beliau telah pun memindahkan duit2 tersebut ke akaun proxy, apabila bank negara datang, hanya freeze saki baki sahaja... daripada sumber orang dalam syarikat menyatakan, duit yang dibekukan adalah 15 juta sahaja... otaibnm juga bersetuju dengan jumlah ini dan mencabar sesiapa yang dapat membuktikan fakta ini salah...
Petunjuk yang aku dapat skang hanyalah bank negara takkan unfreeze duit tersebut meskipun tempoh 90 hari dah tamat... Jika JNSSB tidak bermasalah, siasatan tak sepatutnya mengambil masa sehingga 90 hari... walau bagaimanapun, marilah kita tunggu keputusan rasmi... Sekiranya terus terbeku, maka, cerita Pak Man Telo diatas sama sahaja, dimana kpl JJ akan cakap, bukan kita tak nak bayar, BNM yang beku akaun kita... Maka kpl JJ sudah selamat...
Mungkin ada yang bertanya pasal pekida, mudah sahaja jawapannya, badan itu akan digunakan bagi mengelak kpl JJ dari didakwa sahaja... Jika tidak, apa rasionalnya pengaruh pekida jika duit BNM tak unfreeze??? Ataupun mungkin juga untuk dijadikan kambing hitam...
Pada masa ini, barulah ramai yang sedar, nak melantik lawyer kononnya, untuk saman kpl JJ, bagi mendapatkan duit kembali... tetapi kpl JJ apa yang ada skang??? semua duit2 yang disembunyikan tadi berada atas nama orang lain... sekarang, nasi sudah menjadi bubur... kpl JJ akan tetap berlakon seperti biasa, berusaha untuk release duit tersebut, pada masa ini, sudah ramai yang buka mata dan melihat ini adalah lakonan semata2... tetapi ade masih tidur, yang sanggup menunggu, bersabar dan berdoa seperti biasa (bersabar la ngko sampai hari kiamat)...
Mari kita jumlahkan aset Jai yang bakal kita dapat (kalo lawyer kita menang kes) jika akaun terus terbeku:
Mermain Inn : 5 juta
Wisma Jai : 2 Juta
Kereta Mewah Jai 6 bijik : 2 Juta
ade lagi ke hah??? ok la, lain2 harta: 1 juta
Jumlah RM 10juta... Bila harta ni dilelong, bukan dapat 1o juta pon, tapi let say la 10 juta, bahagi 25 ribu ahli, dapat ler sorang RM400... Amacam??? berbaloi tak lantik lawyer??? Lawyer tu tak kene bayar ke???
Nasi sudah menjadi bubur, aku pun tak harapkan sangat duit tu.... So, aku cadangkan, setiap orang pegi jentik je kepala kpj jj & master tu, puas hati... kene 25 ribu kali jentik boleh maut gak tu.... hehehe... jangan jentik kuat sangat, kang cepat pulak die mati, tak sempat orang lain nak jentik.... hahahaha...
Selain itu, upline juga mesti bertanggung jawab... sebab janji2 manis serta promosi anda lah downline anda masuk... maka, jangan cuba untuk berlepas tangan... Jika tidak, anda adalah same jer dengan Pak Man Telo dan kpl JJ, yang berlepas tangan dengan alasan duit kene beku BNM... kepada downline2 sekelian, awasi upline anda... mintak IC die siap2.... wakakakaka... jahatnye aku....
Posted by
Semut
9
comments
Saturday, September 22, 2007
'JANGAN LANGSUNG LAYAN & LIHAT FITNAH INTERNET' msg Kpl (B) JJ - By otaibnm
Aku tertarik dengan msg dari Kpl JJ yang diterima oleh Ichigo KL yang telah dipublish di forum ini:- http://www.topix.net/forum/world/bru...6L2/p153#c3266
Aku ingatkan nak tolong publish. Tapi tak per dah ader orang tolong letakkan. Msg Kpl JJ berbunyi:-
Dalam jnssb setakat ini BNm pening gila nak caj kita x dapat nak tunjukkan bukti kukuh lagi, dan semalam pihak bank nak berunding dengan kita dan nak release segalanya selepas tempoh 90 hari sebab itu wajib dilaknasakan sebab jika kurang 90 jika dilepaskan akan jadi satu sebab pihak musuh mempunyai ruang untuk khianati kita dengan alasan ada unsur fitnah rasuah, tolong fahamkan pada downline semua, tentang fitnah yang berleluasa oleh mej mokhtar di internet jgn lansung layan atau dilihat, nabi muhammad pada menyarankan pada umatnya agar jangan mendekati orang2 yang sedang mengumpat atau memfitnah agar dosa yang bakal diterima sama saje dengan pengumpat dan pendengar. saya tetap macam dulu, berjuang dan terus berjuang tanpa gentar, Allah maha adil dan maha mengetahui. Amin
Haahahhahahahha
Aku merasa sungguh geli hati... Aku telah dituduh dengan pelbagai jelmaan. Ada yang kata sama macam semut=cikgu reza=kesian korang=CSI, dll didalam forum. Diluar pula aku dituduh jelmaan Mejar (B)=Dr Mazuki=dll. Terpulanglah Kpl JJ....
Tapi sekurang-kurangnya OTAIBNM ada jugak pangkat Mejar besar dari Koperal, ada jugak pangkat Dr. (original tuh) baik dari Dr buatan sendiri JSU-Jai Succes University (NeverGoUniversity).Skit hari lagi dapat pangkat Menteri duk sebelah Dato' Jamaludin Jarjis plak... Macam-macam... Tapi kau Kpl (B) Jailani Jabar. Apa dapat??? Malahan dipanggil B*B*, B**GS*T, P*K* M** dll.. Begitulah kalau dah dasar penipu BANGSA MELAYU!!!
Tak tahan aku melihat msgnya, BNm pening gila nak caj kita x dapat nak tunjukkan bukti kukuh lagi
Kpl JJ... janganlah nak menipu orang untuk meletakkan keyakinan orang sebegitu rupa. Aku tahu, Kpl JJ terpaksa ke BNM pada 17 September 2007 (ISNIN) adalah untuk mendengar 5 pertuduhan yang telah dinyatakan oleh BNM terhadap JNSSB.
Nak takut aper kalau TAK BERSALAH, BNM dah lepas lama dah. Jangan lah pulak duk bagi alasan kalau kurang 90 hari ada orang akan khianati. Takut dengan bayang-bayang sendiri ker Kpl JJ??? Tapi tak per Kpl JJ, kalau kau tak nak beritahu dan sebarkan kepada ahli-ahli akan 5 pertuduhan tuh. Aku akan nyatakan dan kupas disini nanti.
Pandai kau menyebut Nabi Muhammad dan Allah s.w.t. Tahu pun kau siapa yang berkuasa!!! Tapi yang kau duk tunggang air syaitan dan bermaksiat bersama-sama GRO tuh!! Ape cite!! Dah lah pakai duit SP orang-orang MELAYU ISLAM.
Kawan-kawan CG yang dihormati...
Kalau nak tahu cite terbaru, boleh tanya dgn Cikgu Idzham. Apa rasa PIL yang diberikan oleh Kpl JJ tuh. Ok ker??? Bleh masuk dalam modul Kursus Khas tak??? Saper pulak yang akan jadi MANGSA PIL Kpl JJ lagi? Adakah Hj Zainal?? Hj Yusoff???
p/s: Kpl JJ tak bagi baca fitnah internet katanya... Mana tahan aktiviti dah BOCOR skang. Panas punggung Kpl JJ tuh. Nak lari mana??? Dunia ni kecik jer... Luar negara, Sorry??? Dlm negara pun dah pening!!!! Kepada ahli-ahli yang baca, beritahu kat Kpl JJ, saya tak pernah pun tengok dan melayari forum CG nih... Muakakakakka
Kpl JJ ingat dia boleh bodohkan orang MELAYU skang....
Posted by
Semut
0
comments
Labels: otaibnm
OTAIBNM ADALAH OTAIBNM
Akum....
Baru beberapa ketika aku tak menjenguk forum CG nih, dah jauh ketinggalan pages dibuatnya. Letih gak nak review balik. Tapi tak per, aku akan cuba jawab beberapa persoalan tertentu..
Apa yang aku nak tegaskan disini ialah aku menulis dengan bukti dan fakta yang aku ada dan perolehi. So, tak ada masa aku nak register dan menyamar dengan banyak username. Aku TETAP dengan OTAIBNM. Tapi kalau nak beranggapan aku ini adalah orang yang sama dengan bagan_pola, kesian, semut, cikgu reza, CSI dll. Aku tak nak nafikan atau iyakan. Aku angguk jer lah... Tapi empunya username sendiri yang akan tersengeh...
Saudari Tiger, saya bukan nak menyerang peribadi keluarga saudari tiger membuta tuli. Tapi sedarkah keadaan kakak saudari tiger skang. Menjadi pemilik berdaftar bagi sebuah syrikat (BISNES EFEKTIF SDN. BHD) yang tidak jelas modus operandi bisnesnya (Hanya mengambil deposit orang ramai). TIADA LESEN AJL & TIADA PRODUK. Semua perjalanan syarikat dikepalai oleh Kpl (B) Jailani Jabar dan MD nya Master Zemi yang bakal dikenali sebagai JUTAWAN MUFLIS & JUTAWAN MENGGANGGUR!! Tapi yang nak menanggung akibat bahana penipuan ini, SIAPA??? Janganlah bersengkokol bersama!!! Cepat-cepatlah bertindak!!! Heretlah abg zemi nko tuh!!!
Rujuklah penulisan saya yang lepas-lepas. keadaan di JNSSB yang dicetuskan oleh Kpl JJ. MANGSA-PEMANGSA-MANGSA
Saudari Tiger, Aku bukan tak menyiasat family JAI. Tapi banyak dah aku citer pasal Kpl (B) JJ nih kat sini. Tinggal nak percaya atau tak jer... Sampai skang pun aku tak tengok lagi orang yang nak menafikan bukti & fakta aku. Terlampau banyak, antaranya:
1. Berkenaan fitnah keatas Datuk Jamaludin Jarjis dimana CD ucapan Kpl JJ dah dihantar ke S/U POLITIKNYA sebagai bahan bukti. Tunggu jer lah natijahnya..
2. Kes Cik Yaslina berkenaan CD Pengarah Terlampau.
3. Duit hutang dengan Madrasah Kelantan & Terengganu RM300,000.
4. Duit parking di acc proxy.
5. Pembatalan perjanjian dengan HFI kerana JNSSB mempunyai masalah perundangan.
6. Aktiviti Kpl JJ di KL terutama di club-club malam bersama GRO. Cuba fikirkan, bagaimana orang yang nak perjuangkan islam, kalau air ayaitan & maksiat menjadi teman hidup.
7. Dan banyak lagi.... Bleh layari http://jnssb.blogspot.com
8. 5 Pertuduhan BNM. Belum bleh nak publish lagi. Tunguuuu....
Satu lagi berita yang agak panas masa kini. Kpl JJ menyatakan bahawa duit ahli-ahli JNSSB telah habis dikikis oleh PEKIDA BUKIT BINTANG. Ayahanda Lan Gajah, betul ker nih?? Siapa yang nak bertanggungjawab??? Adakah seorang Mejar (B) iaitu bekas pengarah atau Kpl (B), bapak segala pengarah???? Siapa kenakan siapa??? Adakah Mejar (B) kerana telah memperkenalkan Kpl (B) kepada PEKIDA dengan muslihatnya tersendiri ataupun muslihat Kpl (B) sendiri untuk memindahkan kesalahannya kepada PEKIDA???? Atau sebenarnya ada pakatan 'BAIK PUNYA' antara Mejar(B) dan Kpl (B)!!! Duit...duit... Berkuasa sungguh kamu yer...
Dulu aku tak lah susah macam nih tiger. Tapi skang dah banyak hutang laaa.... Pening kepala gak aku nih?? Maksimum plak tuh acc bini ngan anak-anak aku.
Tapi, alangkah indahnya kalau kakak nko upline aku. Kan dia tengah usaha nak bayar balik. Ishk...ishk....
Apalah niat kakak nko yang nko maksudkan tuh??
p/s: Oklah dulu tiger... Aku ada meeting plak ngan Kpl JJ nih. Nanti lambat, kantoi lah pulak. Tak dapek den nak update latest berito nanti....
Posted by
Semut
5
comments
Labels: otaibnm
Thursday, September 20, 2007
HFT bukan milik JNSSB??? - By Semut
Assalamualaikum...
Sekian lama leader2 jai menjaja kepada downline yang jai jual stromberg di 56 negara2 asia, maka pada tanggal 17 September 2007, Kpl JJ telah dipanggil menghadap bank negara... pada saat itu juga kpl JJ diminta untuk menunjukkan bukti transaksi jualan stromberg kepada pihak BNM... Malangnya, beliau GAGAL menunjukkan transaksi tersebut menyebabkan satu pertuduhan dikenakan keatas beliau bersama 4 lagi pertuduhan lain, menjadikannya 5 tuduhan terhadap kpl JJ yang bakal dikupas oleh otaibnm....
Sekarang, sudah terbukti. Maka, 25,000 orang ahli jai sudah ditipu oleh seorang PEJUANG ISLAM sehinggakan hampir semuanya percaya berkenaan jualan stromberg tersebut... walau bagaimanapun, sesetengah TALI BARUT kpl JJ sudah pun tahu akan hal ini, rujuk perbualan semut dan otai... tetapi demi mendapat 10% maka tali barut ini sanggup menyembunyikan apa yang mereka tahu dan terus berkempen dengan mengatakan jualan tersebut memang mendapat sambutan di 56 buah negara2 asia....
Hari ini juga, saya ingin mengupas satu lagi perkara yang diketahui oleh TALI BARUT tersebut, tetapi beliau menyembunyikan apa yang beliau tahu demi mendapat 10% untuk plan SSP, memandangkan beliau sudah pun pergi brainwash tahap 3 dan sudah pun menyiapkan website untuk promosi, iaitu http://clix.to/2x...
Disini, saya ingin menyampaikan sebab2 mengapa JNSSB sekarang sedang menghadapi risiko pembatalan kontrak dengan HFI... Ingin saya jelaskan, HFI (Hydro Fuel Industries) adalah satu kompeni yang dimiliki Dr. Halim... Produk kompeni ialah HFCS (Hydro Fuel Car System)... teknology die dipanggil HFT (Hydro Fuel Technology)...
JNSSB pula hanya pengedar produk ni sahaja.... bukan pemilik... walau bagaimanapun, ade sumber yang mengatakan jai ade bagi fund kepada kompeni ni untuk bina kilang di banting... saya tak tahu lah sejauh mana kebenarannya... sebab kpl jj memang bermati matian tidak memberi ahli die melawat kilang tersebut.... cuma untuk beberapa event je mereka dibenarkan masuk... jelas menunjukkan yang kilang tersebut bukan milik jai, tetapi milik orang lain... ingat, JNSSB hanya pengedar HFCS (tapi lebih glamer dengan name HFT) sahaja...
Selepas serbuan, tersebar khabar angin yang dibawa oleh otai sendiri di CG yang berbunyi begini:
- Jai Network disahkan bersalah dan terlibat dgn sistem pyramid
- Jai Network disahkan bersalah atas mencipta Stromberg tiruan yg mana kilangnya terletak di Melaka. Ada lebih kurang 60,000 stok simpanan Stromberg tiruan
- Dr Halim dlm proses nak cari duit, utk refund semula Jai Network utk produl Hidrofuel (utk refund taraf Pengedar Tunggal di Asia tenggara yg JNSSB beli dan utk refund AD yg member2 bayar)
saya lebih tertarik dengan kenyataan ke tiga, iaitu Dr Halim dlm proses nak cari duit, utk refund semula Jai Network utk produl Hidrofuel... Sejauh manakah kebenaran khabar angin ini???
Beberapa minggu lepas, kita telah dikejutkan dengan pemulangan duit dari Dr. Halim kepada Dr. Jai sebanyak RM20 juta... walau bagaimanapun, kenyataan ini dinafikan oleh otai dengan menyatakan jumlahnya hanya RM10 juta sahaja... Saya berpendapat bahawa duit tersebut adalah termasuk bayaran RM50k untuk jadi AD Hydrofuel yang dibayar oleh ahli satu ketika dahulu.... Maka, jelas disitu bahawa khabar angin itu benar dengan berlakunya peristiwa pemulangan duit tersebut... rujuk disini...
Sumber orang dalam saya sudah pun memberitahu saya bahawa kerjasama HFI dan JNSSB akan terhenti dengan 3 sebab:
1. HFI mempunyai produk yang bagus... rekod jai network pula sudah buruk kerana disiasat BNM... sudah tentu memberikan reputasi yang buruk kepada Dr. Halim dan HFI sendiri... memang la blum dibuktikan bersalah, tapi kalo orang tu ditahan polis untuk membantu siasatan, sudah tentu kita pandang slek kat die...
2. Ada pihak lain yang berminat dengan produk ini... iaitu orang politik melayu... saya tak nak jelaskan banyak2 pasal ni, tapi beliau memang menawarkan fund dari kementrian beliau kepada Dr. Halim... yer laa, kalo tak, darimana Dr. Halim dapat duit RM20 Juta tu??? produk die blum jual lagi... (bende ni shahrudin pun tahu mase aku borak2 ngan die haritu, rujuk balik perbualan semut dengan Mr. Otai, yang aku sensor tu bende ni laa)
3. Yang ni aku tak nak reveal lagi... hehehe... bahaya wooo...
Maka, sejauh manakah keyakinan anda yang HFT milik JNSSB selama lamanya???
Posted by
Semut
4
comments
Wednesday, September 19, 2007
Terang Lagi Bersuluh - By otaibnm
Akum...
Aku kembali lagi... Tapi bukan lagi untuk menyatakan & mengupas 5 pertuduhan yang telah pun dikeluarkan oleh Bank Negara pada hari Isnin yang baru ni 17 September 2007. Tapi untuk membuktikan kepada pengunjung-pengunjung setia CG yang dihormati tentang kebenaran akan penulisan saya semalam yang bertajuk 'Duit dipunggah dengan Effektifnya' di pages 1009.
Hari ini 19 September 2007, tersebarnya dengan luas satu msg drpd Master Zemi kepada semua para leader & PEJUANG JAI yang SEJATI. Msgnya berbunyi:-
Salam, maklumat penting. Tlg hentikan dulu kemasukan duit ke semua akaun bisnes efektif buat sementara waktu, utk mengelakkan dari disiasat oleh bnm. Hanya bayaran secara cash sahaja diterima sementara waktu ini. Harap maklum. Adzmi.
Apakah motif msg diatas??? Ini menunjukkan modus operandi yang dijalankan oleh Bisnes Efektif adalah menyalahi undang-undang negara. Nampaknya, tak serik-serik jugak walaupun menyedari kesalahan yang telah dan sedang dilakukan oleh Bisnes Efektif iaitu mengambil duit orang ramai. Diingatkan sekali lagi bahawa Bisnes Efektif TIADA LESEN AJL dan TIADA PRODUK!!! Syarikat Takut nak suruh PEJUANG SEJATINYA bank in kan duit, tapi masih menyuruh PEJUANGNYA menghantar cash money ke Kuantan. Nak mengaburi pihak Bank Negara ker?? Tahu tak kesan pertuduhan BAFIA & AMLA ni!!! Adakah pihak Bisnes Efektif betul-betul nak mencabar kredibiliti pihak Bank Negara Malaysia dan KPDN&HEP???
Nampaknya, forum CG ini sebenarnya sentiasa diikuti oleh pihak-pihak yang berkenaan. Termasuklah Kpl JJ sendiri walaupun melalui orang pertengahan (Iyelah, nak on PC pun mintak tolong org) dan Master Zemi sendiri serta mereka-mereka yang sewaktu dengannya....
Sebenarnya pengunjung-pengunjung yang dihormati...
MAster Zemi fikir dia boleh terlepas dari segala permasalahan dan pertuduhan yang akan dikenakan keatasnya. Kita sedia maklum bahawa Master zemi seorang yang MUFLIS. Tapi master perlu ingat bahawa master adalah MD bagi JNSSB. Kpl JJ pun dah ader perangkap untuk master. Tungguuu...
Kita juga sedia maklum bahawa segala permasalahan yang timbul pada Bisnes Efektif, Orang yang akan bertanggungjawab ialah Pn Airani (wife master) dan Pn Rosiah (wife Din). Kpl JJ fikir dia selamat lagi.. Tunggu yer 'kek' untuk Kpl JJ!!!
Sedikit berita tentang acc HLB Bisnes Efektif. Skang tinggal RM120,000 sahaja setelah pada 14 September 2007 dikeluarkan sebanyak RM500,000 dan yang terbaru adalah sebanyak RM400,000. Punggah.... punggah cepat-cepat. BNM tak nampak??? Hehehhe....
Sekarang.. penilaian terletak ditangan masing-masing. Gunakanlah anugerah akal dengan sebaik-baiknya.... Saya percaya bahawa pengunjung-pengunjung CG ini adalah orang-orang yang hebat dari pelbagai bidang dan cabang.. Renung-renungkanlah...
p/s: En. Hafiz Bagai Wangsa, Trip ke Labuan dah Penuh ker??? Mesti master zemi duk seat depan skali...
Arif kat Maxis pun menghilangkan diri hari ni. Hehehe..
Posted by
Semut
3
comments
Labels: otaibnm